Salam uollssssss!!! Wowweee......! Agak lama jugak blog aku ni berhibernasi. (^_^) So, hari ni baru berkesempatan untuk menjenguk sekali lagi blog yang hampir dah bersarang lelabah ni. Huhu...kali ni jom tulis entry untuk diri sendiri. Ahaks!
Kalau review balik entry-entry yang ada dlm
ashuohashu.blogspot.com ni, memang banyak entry pasal majlis kahwin member-member aku. Dari kawan sekolah rendah sampaila ke universiti. So, ape kata kali ni aku bagi korang tengok gambar-gambar masa
Engagement Saya Sendiri on
10 Nov 2012 yang lepas. Wedding? Ehhhh! Bukan laaa....majlisnya taun depan. Lambek laie.....(^_^)
Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Majlis yang diadakan walaupun kecil tapi agak meriah. Sebab my family not only celebrating my engagement, malah buat kenduri cukur jambul untuk si kenit, Aimy Nur Zahra, anak sulung my big brother =) Ok-ok...stop mumbling. Jom tengok gambor (^_^)
Finally.....
saya pakai jugak veil & crown sambil memegang bunga seperti ini. Haha!
My future mum-in law....
mekaseh makcik sebab sudi datang jaoohhhh dari Sg Petani utk majlis kami ni (^_^)
Nervous?
Entah. 5 minit rasa nervous, pastu 5 minit rasa rileks,
5 minit kemudian rasa kelam kabut,
5 minit seterusnya rasa gembira.
Short words, perasaan tak menentu kala ini.
Ni baru bertunang, kalau nikah...aku tak taula macam mana nanti. Huhu!
And....this is my fiance. (^_^)
Walaupun tak sehensem Fizo Omar atau Adi Putra atau mungkin Fahrin Ahmad (pooojaaann hatikuu)
Walaupun tak sekaya Datuk K atau mana-mana pemain bola negara,
Hehe....tapi alhamdulilah, Allah pilihkan dia untuk saya.
Dia menerima aku & keluarga seadanya.
Aku & keluarga juga menerima dia seadanya.
(^_^)
Dengan sebentuk cincin yang disarungkan di jari,
aku pasti Nenek adalah orang yang paling gembira ketika itu.
Sebab, nenek adalah orang yang sangat-sangat menantikan
Bilalah cucunya yang seorang ini mahu disunting orang
Dia risau kot-kot aku jadi anak dara tua agaknya. Ahakss!
And of course this is for you,Nek. Muahhh!
My both sis...
Tapi dalam gambar cuma ada sorang. Sebab masa ni along terpaksa balik segera atas sebab-sebab yang tak dpt dielakkan. Apepon, terima kasih yang tak terhingga pada mereka berdua sebab...
Merekalah yang bersusah payah dari membakar cupcakes, kek hantaran, men'deco' pelamin, meneman beli baju tunang sehinggalah memakaikan make up. Seingat aku,2,3 minggu sebelum majlis ni,
diorang yang sgt beriya-iya membuat persiapan, sedangkan aku sendiri masih sibuk bekerja.
Sampaikan mama cakap "Ni siapa yang nak bertunang sebenarnya ni?" (^_^)
Kata diorang,
"Kami buat sungguh-sungguh untuk majlis kau ni sebab masa zmn kami dulu, kami tak merasa majlis happening mcm ni.Bukan sebab pilih kasih, tapi sebab ketika itu adik-adik kami baru nak membesar. Sebagai tidak mahu menyusahkan mama & ayah, jadi sebaiknya biarlah ala kadar sahaja.Lagipon kau sorang jela adik perempuan kami yang tinggal. Plus, masa tu idea crazy2 mcmni mana nak muncul lagi. Al-maklumlah, tahun 90 an..."
(^_^) walau apepon...thanks sgt2! Sayang kakak-kakak ku!
Umi & Zaza...antara sahabat baik aku yang hadir. Thanks korang! Appreciate sgt-sgt! (^_^)
Nadia & Tn Shaifun a.k.a Matpun...thanks uolls! Sweet sgt korang nih... (^_^)
Si didit yg kena cukur jambul, lepas bercukur jambul, dia belasah biskut marrie...hehe!
Utk majlis kecil aku ni...mostly semua persiapan adalah DIY (Do It Yourself)
Hehe...orang kata utk bertunang tak perlulah nak membazir banyak sangat kan...
Kalau ada bakat, ada idea, semuanya kita boleh hasilkan sendiri.
Dari bekas-bekas hantaran, pelamin sampailah candy's corner semuanya kami buat & deco sendiri.
Plus, rasa lebih sedikit puas hati sebab ia adalah hasil 'keras' tangan (kraftangan) sendiri! (^_^)
Begitu jugak dengan goodies, make up & fotografi.
Aku menggunakan sepenuh & sebaiknya kepakaran kakak-kakak & abang aku.
Along part goodies, Angah part make up & Abg Rizal part fotografi.
Ditambah sorang photographer 'propessioonnnaalll' iaitu my uncle...Busu Jasni (^_^)
Thanks la uollssss....baaaanyyyaaakkkk seepppp kan bajet iollss! Ahaks!
Hantaran-hantaran yang I 'Do It Myself'...heeeee!
I mean, bekas-bekasnya lah. Yang kek tu...OF COURSE lah tempah.
Iolls mane terer masakkk! Apetah lagi baking cakes! Huhu!
Thanks Ayah (berbaju melayu kuning) sebab melayan 'orang sebelah' dengan baik...
Budak 'cyg cemuanya cudah termamat' ayah ni akhirnya disunting olang. (^_^)
Mama (bertudung coklat), jgn risau...ashu akan tetap telefon mama setiap hari
walaupon dah jadi tunang orang. Hehe....itu yang biasanya dia risaukan. (^_^)
Untuk makcik-makcik & pakcik-pakcik aku yang turut sama 'turun padang'
membantu apa yang patut di samping memeriahkan majlis...Thanks a lot! Sayang korang semua!
Saudara-mara saya dunia akhirat (^_^)
Nenek berdoa kesyukuran. Sayang nenek saya! Muuuaahh! (^*^)
Berzanji. Menambahkan lagi keberkatan majlis. Alhamdulilah...
Ye. Dan inilah budak yang melalak sebab takut kena cukur jambul.
Ishhh...gerammnye! Ashu gigit pipi Zara nanti! Tunggu la...
And she'll become a sister soon (^_^)
Kenapa Nek? Confuse? Hehe....
Antara sepupu sepapat yang turut menjayakan majlis. You rockkk guysss! v(^_^)v
My lil bro (Nike shirt) pon dengan bersusah payah driving balik untuk majlis ni walaupun dalam keadaan sebelah kaki yang bersimen. Huhu...sian dia. Tak mtk banyak, cukup kita 5 beradik ada pada hari special tu, da sangat alhamdulilah & membahagiakan...akak sayang ko dik! (^_^)
Tak lupa jugak kepada abang-abang & kakak ipar saya yang bertungkus lumus utk majlis ini...
thankkksss sgt2! Syg kamu semua juge (^_^)
Mane gambar? Ok, yg tu kena tanya photographer kiter. Saya tak tau apa-apa! Hehe...
Terima kasih jugak kepada 'orang-orang belakang tabir' yang banyak sangat membantu family kami.
Majulah kampung kita untuk semua! Yieeehhaaa! (^_^)
Tak lupa juga kepada yang datang makan. Makan itu juga satu ibadah, kalian.
Terima kasih, terima kasih (^_^)
Dan semoga ikatan permulaan & janji pertama kita ini membawa kepada ikatan yang tiada akhirnya serta janji-janji seterusnya yang membahagiakan.
Doakan kami berkekalan sehingga ke jinjang pelamin & ke akhir hayat. Insyaallah....
I love you, dear (^_^) *blush*blush*
Eh, Kawenn nanti Iolls jemput Uolls okeeyyy! (^_^)