Thursday, July 28, 2011

Bola Itu Bulat! Hohoho! (^_^)

Currently at McD menemani seseorang untuk menonton bola sepak M'sia vs S'pore. Walaupun aku tak minat bola tapi sebabkan semangat terhadap Malaysia maka aku gagahkan jua kaki ke sini. Huhu! Tapi tulah...orang tengok bola, aku tulis blog. Hihi...tapi tak minat bola tak semestinya tak sokong M'sia kan....aku tetap rakyat M'sia yang cintakan negara. (Patriotik plak tetiba rasanya.huhu!)

Tapi pada yang betul-betul minat & semangat tu, baguslah. Sokong tu sokong jugak. Tapi jangan sambil sokong, sambil betting. Lagi ramai yang join betting, lagi mewahla harga taruhannya. Haaa....jangan lupa. Tuhan itu ada tak kira korang tengah buat apa. Even tengah sokong bola kat warung mamak skalipon.

Semangat kesukanan & kenegaraan tu dah bagus dah. Tapi korang rakyat yang jauh lebih hebat kalau menjauhkan diri dari pertaruhan. Bukan ape, semua tu akan jadi darah daging kita. Kalau korang nak kata, duit tu korang tak makan, tapi korang buat isi minyak, buat beli barang, buat beli rumah, buat bayar hutang...ia tetap tak berkat. Sape tau, sebab takde keberkatan tu, pas korang isi minyak dengan duit tu, keta korang excident...barang & rumah yang korang beli tu kena rompak, terbakar...hutang yang korang bayar tu akan membuatkan korang lebih byk berhutang dan terus dikejar pengutip hutang sampai mati, sampai ke anak cucu korang. Haaa...itu semua sebab tak berkat lah. Tak semestinya tak jadi darah daging, korang tak rasa padahnye.

Aku mengingatkan diri sendiri dan sesiapa sahaja yang membaca blog ni. Kalau boleh kita elakkan, so jom kita elakkan. Majulah sukan untuk negara, Basmilah Rasuah dan Betting Juga Untuk Kebahagiaan Hidup Bersama (^_^)

Tuesday, July 19, 2011

Jenis-jenis KAWAN...Anda yang mana satu? (^_*)

Salam pagi Selasa semua! It's nearly 2a.m. Tapi mata still tak mau lelap. Actually baru lepas stay up. Minggu depan ada exam lah. Huhu! Exam ape, jgn tanye. Mungkin ramai yang tau, mungkin jgk tidak. Tapi itu tak penting. Yang penting sekarang, aku nak cerita pasal jenis-jenis kawan. Jenis-jenis kawan yang aku tengok dari kaca mata aku sepanjang 25 tahun Tuhan beri aku bernafas di bumi milik Nya ni. Pemantauan & kajian yang sangat lama & based on pengalaman-pengalaman sendiri & kawan-kawan sekeliling.

1. KAWAN
Secara generalnya, sesiapa pun di dunia ni, selagi yang kita belum gelar ia sebagai musuh, ia masih lagi dianggap kawan kepada kita. Sama ada kita mengenalinya atau tidak, pernah bertemu dengannya atau tidak malah tidak kira dengan medium apa sekalipun kita berinteraksi dengannya, bagi aku...semuanya aku anggap kawan. Sekalipun, hanya sekali sahaja seumur hidup, kita mengenalinya.

2. KAWAN BAIK
Kawan yang baik hatinya. Boleh membantu kita dalam tugas-tugas ringan yang kadangkala kita tidak berkesempatan untuk melakukannya. Walaupun ada kalanya kawan baik ini, tidak mengenali 100% tentang hal peribadi kita, tapi selagi kita boleh meminta pertolongan darinya dan dia berhati terbuka untuk menolong...aku anggap dia adalah sebagai kawan baik.

3. KAWAN SEJATI
Kawan yang bukan sahaja boleh membantu tugas-tugas yang ringan, tetapi juga sanggup berkorban masa, tenaga & harta untuk kita. Kawan yang mengetahui hampir 99.5 % perihal peribadi kita. Kawan yang apabila kita bercerita sesuatu rahsia, dia adalah penyimpan & pendengar yang terbaik. Malah mungkin juga boleh menjadi penasihat dan penyumbang idea terbaik demi menyelesaikan masalah dan kecelaruan yang kita hadapi dalam hidup. Kawan yang boleh menangis & tertawa bersama.

4. KAWAN DUNIA AKHIRAT
Aku iktirafkan dia sebagai Kawan Dunia Akhirat bila dia sanggup menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan nyawaku. Aku juga iktirafkan dia sebagai kawan dunia akhirat bila nama aku disebut di dalam doanya selepas solat. Bila dia ingat kita di waktu solat, Insyaallah aku percaya ketika dia mahu melangkah ke pintu syurga, sekurang-kurangnya dia akan memberitahu pada Tuhan bahawa bawa lah aku sebagai sahabatnya melangkah masuk bersama ke dalam syurga.

5. KAWAN MAKAN KAWAN
Dalam erti kata lain, kawan tikam belakang. Kawan yang depan kita dia manis, di belakang kita dia adalah racun. Kawan seperti ini sekiranya dia diberi pilihan antara kekayaan dan persahabatan, dia akan memilih kekayaan. Sekiranya kita dan dia berada di tepi juram & salah seorang perlu terjun untuk mengelakkan tanahnya runtuh, maka dia akan menolak kita bagi mengelakkan dia yang terjatuh. Kawan seperti ini hanya layak ada, apabila kita bersiap sedia untuk menjadi kawan yang penuh kesabaran di dada. Sebab bila-bila masa saja dia akan pancung kita. Kawan seperti ini, bukan lagi,"U jump, I jump" tapi..." U jump, I watch & I laugh"

6. KAWAN SUKA
Kawan yang hanya ada di masa kita tersenyum & tergelak. Biasanya Kawan Suka ni hanya wujud bersendirian tanpa ditemani oleh Kawan Duka. Sebab, ramai yang hanya mampu menjadi kawan suka daripada menjadi kawan duka. Jarang ada orang yang boleh tersenyum & boleh jua menangis bersama kita.

7. KAWAN BLUR
Kawan yang tak tau ape yang perlu dia lakukan sebagai kawan. Kawan yang sentiasa confused, ape peranan dia sebagai orang yang sedang menjalinkan talian persahabatan. Kawan yang kalau kita minta tolong apabila kita jatuh longkang, tapi dia di tepi longkang, masih lagi menggaru kepala memikirkan apa yang dia patut lakukan ketika itu.

9. KAWAN NERAKA
Kawan yang mengajak kita melakukan sesuatu yang mungkar & membuang kita dari terus menjadi sahabatnya apabila kita tidak mahu mengikut apa yang menjadi amalannya. Kawan yang mengatakan kita kolot kerana tidak menjadi se'up dated' dia. Kawan yang mengatakan," come on la. hidup hanya sekali. kita perlu buat sesuatu yang kita tak pernah buat, yang orang lain tak berani buat. Kita kena cuba sesuatu yang baru. Kalau kita sibuk nak fikir pasal agama, sampai bila-bila kita takkan maju. Kalau berdosa, dah tua nanti kita bertaubat lah. Masa masih panjang la." 

10. KAWAN FACEBOOK
Kawan yang kita baru  update status 2 saat, dia dah 'like' & post comment dah. Memang laju sepantas kilat lah!. hehe! (^_*)

Thursday, July 14, 2011

Kereta ku Rumah ku (^_^)

Rasa macam nak buat aktiviti mengemaskan kereta lah minggu ni. Kereta aku tu dah penuh habuk segala bagai dalam tu. Hehe...dulu masa mula-mula beli...COPP!! Semua orang takleh MAKAN & MINUM dalam kereta aku ok! Tapi itu 6 bulan pertama beli kereta. Selepas dari tu, AKU lah ketua segala makanan yang ada dalam kereta tu. Huhu! Aku ni kalau driving, manjang nye lah nak mengunyah!

Lagi menambahkan sisa-sisa makanan yang berterabur bawah seat, atas seat, celah-celah seat tu...bila anak-anak buah aku yang antu jajan tu, naik kereta aku. memang tak sah kalau diorang tak bawak jajan-jajan mereka itu. Nasib baik anak buah...Hehe!

" Mama tengok, keta kau ni dah macam 'rumah bergerak' dah. Segala macam ada." Itu ayat mama aku sebaik saje dia buka bonet kereta. hoho! Tak dinafikan, ayat mama memang tepat. Memang segala macam ada dalam kereta tu. Kalau orang lain, benda penting yang perlu ada dlm kereta, mesti TOOL BOX kan? Sebab utk standby in case ada ape-ape berlaku kat tgh jalan.

Tapi, aku TIDAK sama sekali. hehe! Tool box tu tetaplah ada. Aku tak pernah usik pon benda tu, melainkan kalau ayah aku nak tengok-tengokkan kereta tu. maka dia jelah yang akan bukak kotak tu. huhu! terukkan aku?

Bagi aku, barang2 yang WAJIB ada dalam kereta aku, memang barang2 yg korang rasa merepek2. Meh aku list downkan sket:

1. SWEATER/JACKET
Ha...ini bende yang paling penting skali yang perlu ada dalam kereta aku. Sebab, aku yang sangat kurus dan tidak punya lemak yang tebal ini, sangat tidak tahan dengan air cond. Apetah lagi time malam ataupun driving dalam hujan. Air cond pon memang jarangla pasang kuat. So, sape naik kereta saye...jangan harap nak dapat rasa air cond yang kuat ye. Mintak mahap sangat...(^_^) So,sweater / jacket ni la yang akan aku gunakan bila aku sejuk. 1 lagi utk standby, kalau tetiba keluar, nak tengok wayang. Hehe! So, takdela aku mati kesejukan dalam wayang tu!

2. LOSYEN
Owh, nampak sy macam feminin sangat kan? hoho! Takde maknenye...losyen tu kena ada sebab kulit ni ha, dah la tak cukup zat, badan kurus, so bile kena air cond, cpt je nak kering. Nak mengelupas. Alah...takkan uolls je nak kulit cantik, I pon nak juge...heheh!

3. MINYAK ANGIN
Tak bley blah kalo time tgh driving, tetiba perut sakit. Memang hilang mood nak driving. Lagi-lagi kalau petrol station jauh lagi, dan aku berada di tengah highway. Ha, mase tu, aku akan terjerit sorang-sorang macam orang sasau dalam keta, marahkan keta depan sebab seolah-olah dia menghalang perjalanan aku ke'destinasi' yang perlu aku tujui dengan segera! So, minyak angin perlu ada supaya, aku bley mengawal kemarahan dan kesakitan perut yang melanda. haha!

4. KASUT/ SELIPAR/ SANDAL
Hah! Ini antara item terpenting yang perlu ada di sebilang masa kereta aku bergerak. Sebab aku sangat mementingkan faktor kasut yang sesuai dengan baju yang aku pakai. hehe! Kalau aku pakai baju kurung, takkan aku nak pakai kasut sport kan...kalo aku pakai jeans, takkan aku nak pakai heels tumit tajam tu kan...so, kalau baju, bley la angkut dalam beg. Tapi kalo kasut2 pon nak sumbat dalam beg, agak merimaskan jugak. Kesimpulannye, bonet kereta adalah mangsanya! hehe....cakap je, kasut jenis ape yang takde dalam keta aku tu. Tinggal kasut boot Phua Chu Kang tu je yang takde kot.... (^_*)

5. TISU
Ini pon penting nih. Bukan utk lap peluh, bukan utk lap ape2. Ni utk kesat tangan aku kalau aku makan aiskrim ke, makan keropok ke...sebab aku sangat tak suka stereng aku dicomoti makanan. Melekit2! So, tisu kena la ade =)

6. SELIMUT
Selimut penting sebab, kalau aku travel...aku duduk umah/mess member2...dan diorang tidak cukup kelengkapan tidur utk aku terutamanya SELIMUT, so aku akan gunakan selimut sendiri. Selimut memang sangatlah penting ketika aku tidur malam. BIAR TAKDE BANTAL,JANGAN TAKDE SELIMUT! Lebih-lebih lagi tidur di bilik yang ber air cond! Memang sangat tak bley blah.....

7. MP3
Bila dah terlampau pekak dengar DJ membebel kat radio, aku terpaka pasang MP3 utk mengelakkan aku mengantok lalu terbabas. Hanya lagu-lagu fevret seperti Ella dan Evanescene je yang akan boleh membuatkan aku sedikitt segar. Sebab aku tak boleh diam kalau dengar lagu diorang ni. Mulut tu mesti nak kumat kamit punye. hehe!

8. MAKANAN / MINUMAN 
Macam yang aku cakap tadi, kalau aku driving, lagi-lagi dalam jarak yang jauh...aku mesti kena mengunyah. Sebab tu la 2 bende ni kena sentiasa ada dalam kereta =)

So, kesimpulan yang tidak dapat diungkap ialah....jadilah pemandu yang berhemah seperti saya. Hahah!

Sunday, July 10, 2011

Citer Pasal TAHI LALAT! Haiipp..!! (^_^)

Haaa....i'm so sure that this topic akan menarik minat ramai orang. Bukan tu je, aku sure sangat ramai jugak yang akan duduk depan cermin dan tak senang duduk mencari spot-spot kat badan yang ada tahi lalat. Hehe...ha, ape lagi? Sila baca, cari tahi lalat korang & tafsir siapa diri kamu itu...hehe!
  • Ubun-ubun – Tamak akan harta benda, jahat dan jahil
  • Unyeng-unyeng – Banyak akal, pendiam tapi cerdas
  • Kepala bagian belakang – Dapat dipercaya, pemberani dan sabar
  • Kepala sebelah kanan – Banyak rezeki
  • Kepala sebelah kiri – Wataknya buruk
  • Dahi kanan atau kiri – Wataknya buruk
  • Dahi tengah-tengah – Pandai dan baik hati
  • Pelipis kanan atau kiri – Banyak rezeki
  • Kelopak mata atas kanan/kiri – Pandai membawa diri
  • Kelopak mata bawah kanan/kiri – Sering menderita
  • Ujung mata kanan/kiri – Dapat dipercaya dan pendiam
  • Pangkal hidung – Pandai dan baik hati
  • Alis kanan – Suka menolong
  • Alis kiri – Dicintai banyak orang
  • Hidung – Banyak rezeki
  • Hidung bawah – Pandai bicara, banyak rezeki
  • Bibir atas – Cerdas, banyak rezeki
  • Bibir bawah – Baik hati
  • Pipi kanan/kiri – Dermawan
  • Pipi tengah – Disukai
  • Ujung mulut kanan – Pandai bicara
  • Dagu – Pandai bicara dan jujur
  • Telinga kanan – Keras dan mudah marah
  • Telinga kiri – Pandai dan jujur
  • Leher depan – Bijaksana
  • Leher belakang – Kecil hati, putus asa
  • Bahu kanan – Pendiriannya teguh
  • Bahu kiri – Pikirannya selalu ruwet
  • Buah dada kanan/kiri – Nafsunya besar
  • Punggung – Dapat dipercaya
  • Tengah perut – Dapat dipercaya
  • Pinggang – Jujur dan tabah
  • Pangkal paha – Tangkas dan banyak rezeki
  • Kemaluan – Nafsunya besar
  • Lutut depan – Kuat berjalan
  • Lutut sebelah dalam – Hatinya tidak tetap
  • Betis – Dapat dipercaya
  • Tulang kaki kanan – Pemboros
  • Tulang kaki kiri – Pemberani
  • Pergelangan kaki – Kuat berjalan
  • Tumit – Tidak dapat dipercaya
  • Jari-jari kaki – Suka bekerja
  • Lengan kanan/kiri – Suka bekerja
  • Telapak kaki – Baik hati
  • Telapak tangan kanan – Pandai menyimpan harta
  • Telapak tangan kiri – Pemboros
  • Telapak belakang – Kuat kaya
  • Hujung siku – Baik hati
  • Siku bahagian dalam – Selalu tabah
  • Jari-jari tangan – Banyak rezeki
  • Pergelangan tangan – Pemboros
Ha, amacam? Agak-agak, berape ribu tahi lalat yang korang ada? Hihi...anyway, semua itu hanyalah sekadar ramalan je deq non uii...janganlah percaya 100%. Sebab mempercayai sesuatu lebih dari mempercayai kuasa Allah adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang SYIRIK & JAHIL. So, bacalah sekadar hiburan. Janganlah taksub, excited atau sedih sangat ye. Lagipon kita ni kan ada akal yang bijak untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. So, pandai-pandaila yek (^_^)

p/s: UNYENG-UNYENG tu ape? huuu....

Saturday, July 9, 2011

Sorry...mungkin SENSORED sikit. (*_*)

Sorry kalau korang rasa artikel kali ni macam sensored & BLUE sket. Tapi aku rasa macam syok plak tengok. Ahahaha! kalau korang rasa tak sanggup nak tengok, jangan scroll. Tapi aku tak rasa yang korang TAKKAN scroll. hehe....

::::::::::::
::::::
:::
::::::::::::
::::::
:::
::::::::::::
:::::::
:::
::::::::::::
::::::
:::
::::::::::::
::::::
:::
::::::::::::
::::::
:::








Haha! Korang musti agak kecewa kerana ia cumalah pasangan baby yang baru nak mengenal dunia. Hehe. Kalau budak-budak buat, macam suweeettt jer kan nampak. Kalau orang dewasa? Dah lama dah kena dakwa. Hahaha!

Friday, July 8, 2011

Victoria Waterfall Is Sooooo Scary!! (*_*)

Secara jujurnya aku memang tak berapa gemar dengan aktiviti mandi laut, mandi air terjun, mandi di taman tema atau apa saja aktiviti yang perlu membuatkan aku berenang. Aku just suka dengan air bila time aku mandi harian je sebab aku tak perlu nak berenang. Duduk bawah shower jelah. Ahaha!

Tapi artikel ni ada melibatkan air terjun dan berenang. Pernah dengar Victoria Waterfall? Air Terjun yang SANGAT tinggi. Memang cantik. Tapi ia jugak boleh dikategorikan sebagai air terjun yang NGERI bila korang sebagai pengunjung dan perenang di situ, buat aktiviti macam ni. Silalah scroll. Tengok manusia-manusia yang berani mati ni. Hehe...





Siap bawak anak kecik lagi tu. Memang takleh blah btoi diorang ni.



Ni kalau angin kuat sikit ni, memang sia-sia je melayang ke bawah....



 Salah landing memang terus ke bawah la jawabnye dik oi...


Macam musykil....kenapa kawasan macam ni tak di isytiharkan sebagai KAWASAN LARANGAN ek? Dan kalau betul pon dah di isytiharkan, macamana dorang boleh terlepas sampai ke situ? 

Do Not Pump Full Tank of Petrol (^_^)

Aku tak tau la sejauh mana kebenaran fakta ini. Sebab zaman aku belajar Teknologi Kejuruteraan mase Form 4 & Form 5 dulu, aku tak belajar sampai ke tahap ni.

So, seandainya ini adalah fakta yang benar, jadikanlah ia sebagai ingatan & panduan. Tapi seandainya tak benar, bacalah sekadar untuk hiburan saje.

Many of us are not aware that the petrol kiosk pump has a return pipe-line (in black). When the petrol tank (in the car) reaches full level, there is a mechanism to trigger off the pump latch and at the same time a return-valve is opened (at the top of the pump station) to allow excess petrol to flow back into the sump. But the return petrol has already pass through the meter, meaning you are donating the petrol back to the petrol station!



Nasib baik aku jenis pemandu kereta yang gemar mengisi minyak separuh-separuh je. tak kisah la time aku tengah kaya ke, tengah sengkek ke. Kalau tak RM 20...mesti RM 30. Tu jela averagenye. Jarang la isi penuh. kalau nak travel jauh je baru isi sampai RM 60. Full tank kereta aku. Kedekut ke camtu? Hehe...Kalau benar fakta kat atas ni, maknanye kedekut aku tu berbaloi la. huhu!

Tapi, aku pernah ada pengalaman isi minyak penuh. Masa tu tank aku still ada satu takuk lagi minyak. So, aku isi dalam RM 60. Sebab esoknya nak travel jauh ke Sungai Petani. Dan korang tau ape kesudahannya? MINYAK TU MELIMPAH KELUAR! Mase tu ada 2,3 orang member yang follow aku isi minyak. Ha, diorang apelagi....bertempiaran lari la. Kunon takut terbakar/ meletup. Sabar jela aku kan.... (*_*)

So, sebenarnya betul ke tak fakta ni, korang nilai la sendiri. Kalau nak lagi sahih, sila berjumpa dengan orang yang arif tentang Kejuruteraan Bendalir ni. (^_^)

Cobe Teke Ini Tempat Ape & Kat Mane (^_^)


SALAM SUMER!!

Ha, arini aku nak bagi minda korang teruji sket. Cobe korang scroll sampai ke bawah, sambil kamu teke apekah tempat ini dan dimanakah ia terletak? Scroll tau, jgn tak scroll!
(jgn risau, dihujungnya takde hantu yang akan membuatkan anda menjerit macam yang orang suka buat kat aku tu [*_*] )












Blur? Ha...jawapannye...ini adalah sebuah PENJARA di AUSTRIA.
Huiii...kelas giteww kan. dah macam exclusive academy plak aku tengok.
Tapi cobe korang imagine kalau penjara sebegini di bina di Malaysia? Jawabnye...aku rasa ramai yang akan berlumba-lumba masuk penjara. Mungkin sampai kerajaan terpaksa limitkan kuota atau menyenaraikan semula kes-kes yang layak dihukum dengan hukuman penjara. Hehe...dunia-dunia....

Thursday, July 7, 2011

Fakta Menarik Tentang....LELAKI. Wow!

1. Kalau Bercakap, Sukar Nak Detail.

Menurut seorang pakar,wanita boleh mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari.sementara lelaki rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja. So, macamana la diorang nak cakap secara detail sesuatu bende tu kan, sebab diorang memang tak banyak cakap! Contoh terdekat, macam ayah aku. Kalau aku tanye, time mood dia tak baik, memang sepatah jelah dia jawab. tapi kalo time mood dia baik sekali pon, lebih sikit la patah perkataan yang keluar tu. Itu pun tengok keadaan.

p/s: apela yang susah nak cakap kan?CA...KAP...CA...KAP....bukan payah pon. kalau orang bagi aku cakap, aku rasa minggu depan pon aku belum boleh berhenti. hoho!




2. Sanggup Berjaga Sepanjang Malam Demi Hobi
Di sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti utk mengukur sudut pandang (angle),kecepatan dan jarak.Namanya adalah Kesedaran Ruang Visual (VSA), yang amat penting peranannya di zaman lelaki harus berburu utk mendapatkan makanan. Dan kalau hasil mereka sedikit,mereka berasa macam loser sangat.

p/s: Contoh, abang & adik lelaki aku. kalau tengok bola kat TV tu...Ya Rabbi...sampai ke subuh pun sanggup! Siap suruh mama gorengkan cekodok sebagai kudapan katanye. Dan aku paling tak suka moment bila aku bersungguh nak tgk drama, mereka sibuk nak tgk bola. Dan seperti biasa sebab Astro kat rumah tu ada 1 je, so...secara auto nye aku kena halau tengok Cerekarama TV3 tu kat TV lain...kejam!




3. Sanggup habiskan duit untuk alat elektronik atau aksesori kereta.
Bagi lelaki,benda 3 dimensi terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka.Oleh itu, mereka sanggup habis gaji untuk tambah aksesori kereta, beli home theatre, beli gitar, beli gadjet2 yang dirasakan up to date. Sampai kadang-kadang ada yang sanggup buat loan!

p/s: tapi orang kata, biar dia habis duit untuk benda-benda mcm ni dari dia habis duit untuk perempuan lain! hahaha!




4. Jarang Datang Dengan Jambangan Bunga.
Sejak awal kelahiran,otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik. So, secara autonye hal-hal bunga ni langsung tak membangkitkan rasa segar dalam otak mereka. Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari dianggap satu pembaziran.

p/s: Bukan lelaki je...aku pon tak berapa nak setuju kalau lelaki bg aku bunga. Bukan boleh makan. Chaiit! Baik bagi coklat. boleh gak kunyah-kunyah time tengok drama. Paling koman pon, bg la duit, bley jugak aku shopping2. Ha, kelas gitewww.... (^_^)




5. Mereka Jarang Bergossip/Mengumpat.
Sebenarnye lelaki pon bergosip.Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Pendekata diorang pandai cover line. Kalau mereka punya masalah dengan seseorg,biasanya mereka menyelesaikannya,atau melupakannya. Kalau mereka nak lepaskan marah pon, kat situ jugak diorang dah bagi sebijik penumbuk atau sedas penerajang.

p/s: Tapi rasanya tu lelaki zaman Hail Amir, DJ Dave, Kuswadinata atau Mustapha Maarof dulu. Zaman Lelaki Macho. Tapi yang zaman sekarang, aku rasa mulut dia lagi lebih dari perempuan. Kadang-kadang sampai terjuih2 bibir mengumpat. Haaaa...manisnye kurma itu....ahhhh! sempoottt! haha!





6. Mereka Suka Mengaggungkan IBU mereka.
Bagi lelaki, ibu mereka merupakan wanita ideal dan hebat dalam hidup mereka. Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya,bagaimana ayah mereka melindungi ibunya.Makanya,tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.Titik!

p/s: cuba korang yang ladies ni try kutuk mak dia kaw-kaw punye, tak mustahil selembar pelempang atau mungkin say goodbye terus kat korang. hahaha! Tapi memang tak dinafikan, ibu itu adalah segala-galanya. Kalau tak masakan syurga itu Tuhan letakkan di bawah telapak kaki mereka.




7. Mereka Suka Melihat Wanita Memakai Skirt Pendek (mini skirt)-
Asalkan Bukan Kekasihnya.

Bagi lelaki,kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita.Kalau buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian “rangsangan” yang lainnya– mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata lelaki-lelaki lain…so, diorang suka tengok perempuan lain pakai skirt pendek sekadar untuk mencuci mata. hiiisshh...betol ke statement ni...?

p/s: Aku rasa lelaki sekarang ni lagi memaksa aweks nye memakai sexy2 yang kalau boleh tak payah nak tinjau-tinjau dah. Kasi nampak clear terus! kalau awek tak sexy, dikatanya,"Sayang ni ketinggalan zaman la.Cuba up to date sikit." ha, pada wanita-wanita yang dapat BF macam ni, nasihat UTAMA, sila tinggalkan. Bukan contoh ketua keluarga yang baik macam ni. Besok da kawen, kamu makin tak sexy, maka kamu berisiko untuk mendapat madu...yang lebih sexy. huhu!



Fahami Tugas Saya (^_^)

Dah banyak kali berdepan dengan orang yang "mahu kita faham prosedur kerja dia, tapi dia tak faham, malah TAK MAHU FAHAM prosedur kerja kita". Apekah kategori yang paling tepat untuk saya berikan pada manusia seperti ini? Klasifikasi apa yang paling sesuai? Atau kumpulan mana yang perlu saya asingkan manusia-manusia macam ni?

Pengurusan kewangan. Semua orang tau, apa sahaja berkaitan duit ni, manusia memang akan mudah bertukar rupa. dari miskin kepada kaya. dari baik kepada jahat. dari rileks kepada gelabah. dari takut kepada berani. dari hebat kepada hina. dari ingat kepada lupa, dari waspada kepada leka. Dan sebut sahaja pasal duit, kalau nak pastikan kita buat kerja dengan jujur & bagus, GARIS PANDUAN, ARAHAN, PERATURAN, UNDANG-UNDANG, PROSEDUR yang betul, kita kena ikut. Bila kita abaikan semua tu, banyak benda yang kita akan 'missing' & lalai. Menjadikan pengurusan kewangan kita tidak stabil.

Ha, kelas giteww...nampak macam belit-belit sangat ape yang aku cuba nak sampaikan, kan? hehe...well, let me go straight to the point dengan cara berkias dan bahasa paling indah. Fahamilah bahawa, tugas saya mengawal duit, merancang & menguruskan kewangan, semuanya adalah berdasarkan prosedur. kerana ia melibatkan DUIT. Duit yang boleh menggelapkan mata semua manusia. Orang kata tugas macam saya ni, sebelah kaki memang dah letak dalam penjara & neraka.

So, bila saya bekerja mengikut peraturan & prosedur seperti yang dikeluarkan pihak atasan, maka akurlah dengan tindakan saya. Ada sebab kenapa saya reject, kenapa saya mintak justifikasi, kenapa saya mengawal & mengehadkan, kenapa ada yang terpaksa saya abaikan, kenapa saya memberi cadangan. Janganlah disebabkan saya memberikan jawapan-jawapn sebegitu, saya dipersoalkan dengan bermacam-macam soalan yang tidak munasabah, soalan-soalan yang menghina peribadi & merendah-rendahkan kuasa yang saya ada, sehingga memaksa saya membuka segala jenis fail, peraturan,undang2 dan garis panduan yang saya simpan.

Sepertimana kita nak orang faham dengan tugas kita. kita nak orang faham kenapa kita datang lewat, kita nak orang faham kenapa kita terpaksa mintak cuti, kita nak orang faham kenapa kita submit kerja yang tak complete, kita nak orang faham kenapa kita marah orang bawahan kita, kita nak orang faham panduan dan jalan yang benar dalam tugas kita. So, samalah macam saya. Ayat lebih manis: Fahami tugas saya. Fahami peraturan2 yang telah digazetkan oleh pihak atasan saya.

Saya mahu tarik sebelah kaki saya yang dikatakan telah diletakkan di dalam penjara & neraka. Disebabkan itu, saya perlukan PERATURAN & GARIS PANDUAN yang akan melindungi saya. Dan apabila kamu bertegas untuk mendapatkan hak yang tidak sepatutnya kamu dapat, YE, saya boleh berikan TAPI DENGAN SATU SYARAT.

Tuliskan hitam putih yang mengatakan bahawa KAMU YANG MENYURUH saya untuk mendapatkan apa yang tidak sepatutnya kamu dapat. Tandatangan & copkan jawatan. Apabila kamu diberi apa yang kamu minta, nikmatinya lah tanpa perlu reward saya apa-apa. Saya tidak akan meminta barang sesen pon. TAPI, sekiranya pihak atasan mendapati kamu menerima hak yang tidak sepatutnya kamu dapat, HITAM PUTIH yang lengkap ditandatangani tadi akan saya berikan tanpa segan silu. Saya akan katakan dengan penuh yakin bahawa DIA YANG MINTA SAYA LAKUKAN walaupun seawalnya saya telah memaklumkan bahawa dia tidak layak menerima hak itu. Fullstop.

Jadi, kalau kita tak mahu tertangkap dengan perbuatan yang sepatutnya kita boleh elakkan, maka jangan memaksa saya untuk melakukan apa yang TIDAK boleh saya lakukan. Apabila saya reject claim & memberitahu sebabnya, maka terimalah. Andai boleh diperbaiki dan masih sempat, lakukanlah. Saya akan bayar hak kamu. Tidak sekali-kali saya akan menafikan hak kamu itu jika segala keperluan dokumentasi yang saya minta itu lengkap & teratur. Kamu faham kerja saya, saya akan bantu kamu segala apa yang saya termampu.

Ha, BERKIAS kan ayat aku? kelass giteww....aku tau ada yang faham dan ada yang macam blur-blur. Apa la si Ashu ni merepek kan...hehe. Bukan merepek. Just nak beritahu, PROSEDUR TETAP PROSEDUR. Walau siapa pun kamu, kamu tetap kena ikut prosedur. Kerana dengan hanya mengikut prosedur dan peraturan sahajalah yang akan menyelamatkan saya dan kamu. Setuju? TQ. (^_^)

Monday, July 4, 2011

BERSIH sangat ke kita ni?

sana BERSIH...sini BERSIH...situ BERSIH...belakang BERSIH...atas BERSIH...bawah BERSIH...dalam BERSIH...luar BERSIH...


Semua sibuk bercakap pasal PERHIMPUNAN BERSIH. ape BERSIH sangat ke kehidupan kita ni sampai kita nak adakan perhimpunan macam tu...atau BERSIH sangat ke parti politik yang sedang kita join sekarang ni sampai kita nak melancarkan sesi PEMBERSIHAN secara besar-besaran.

adalah lebih baik kalau kita tolong mak,bini atau suami kita BERSIH kan halaman rumah, belakang rumah atau mungkin BERSIHkan tempat tidur sendiri. mungkin lebih baik dan lebih aman. mak suruh BERSIH kan laman rumah, bersungut. bini mintak tolong BERSIH kan dapur, lari pegi kedai kopi. sedangkan semua tu kita tak larat nak BERSIH kan, ini kita sibuk nak BERSIH kan benda lain.


bukan nak menyebelahi mana-mana pihak. tidak berkeinginan pon nak jadi orang yang kuat politik. tapi macam tak berapa nak faham mentaliti orang yang terlalu OBSES sangat dengan politik ni. sedangakn anak bini sendiri pun tah ke mana hala, ini sibuk nak memimpin orang ramai. cuba kita duduk sat kat satu sudut, fikir. adakah hati aku ni dah betul-betul BERSIH untuk mengikuti perhimpunan ni?

dan kalau hati kita betul-betul dah BERSIH, adakah kita terfikir bahawa perhimpunan sebegini, akan membawa kepada bencana dan darurat kepada negara. kita susahkan anggota polis,tentera, JPA,pihak hospital, bomba & sebagainya. diorang ni bukan boleh nak berehat, nak layan keluarga, anak dan bini. asyik sibuk nak mengawal rakyat yang terlalu obses dengan semangat yang tak bawak ke mana tu. semangat nak tengok bola, tapi diakhirnya sibuk nak bergaduh. susahkan polis dan JPA. bawak motor & kereta punye la semangat nak berlumba, pastu eksiden,mati, tersepit. susahkan bomba & hospital. bocorkan rahsia negara, konon nak bantu negara tapi sebenarnya bantu musuh nak jajah negara. tengok, dah susahkan tentera.


perhimpuanan ni mungkin akan mengakibatkan kecederaan, kemusnahan malah lebih teruk jika berlaku kematian. kita tak marah kalau yang mati tu bukan kaum kerabat kita. tapi kalau benda tu berlaku pada kaum kerabat kita? ape perasaan kita agaknye?

sia-sialah Tuhan beri manusia ni akal tapi tak boleh nak berfikir secara waras. baik bagi ayam, kambing dan lembu tu otak. mungkin mereka lebi bijak berfikir dari kita. takkan nak tunggu sampai Tuhan berikan TSUNAMI macam di Jepun tu, baru kita nak sedar?


bukan tak boleh nak berpolitik. tapi biarlah perlaksanaan politik kita itu lebih membawa kebaikan pada semua orang. lebih membawa kemakmuran pada rakyat jelata. bukan ke kita banyak saluran yang betul untuk kita ketengahkan pendapat kita, untuk kita naikkan para pemimpin kita?

ape? pemimpin sekarang lebih banyak menipu dan menggunakan cara kotor? hmm, pernah tak kita di ajar tentang kepercayaan pada kuasa Tuhan? kalau betul mereka itu seperti yang anda tuduh, biar saja Tuhan yang balas perbuatan itu. hanya ALLAH yang layak menghukum. dah Dia janjikan bahawa setiap perbuatan itu pasti ada balasan. jadi kita ni tak perlu la nak bersusah payah utuk menghukum orang lain. sesungguhnya, ALLAH itu lebih dan MAHA MENGETAHUI...


so, daripada kita join benda-benda yang membawa kepada kemudaratan, adalah lebih baik kita betulkan apa yang bengkok dalam jalan kehidupan kita sendiri. sembahyang 5 waktu kita pon tak berapa nak cukup, ini nak pandu orang lain supaya duduk bawah pimpinan kita. mungkin lagi sesat agaknya manusia di zaman ini.

short words people....BERSIHkan lah amalan, hati & perbuatan kita dulu. baru kita LAYAK untuk BERSIHkan keadaan politik negara. class gitew?hehe....

haa...orang kuning DIGI pon kena cekup. tak pasai-pasai...kan da susahkan sumer orang tu? (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...