Thursday, July 14, 2011

Kereta ku Rumah ku (^_^)

Rasa macam nak buat aktiviti mengemaskan kereta lah minggu ni. Kereta aku tu dah penuh habuk segala bagai dalam tu. Hehe...dulu masa mula-mula beli...COPP!! Semua orang takleh MAKAN & MINUM dalam kereta aku ok! Tapi itu 6 bulan pertama beli kereta. Selepas dari tu, AKU lah ketua segala makanan yang ada dalam kereta tu. Huhu! Aku ni kalau driving, manjang nye lah nak mengunyah!

Lagi menambahkan sisa-sisa makanan yang berterabur bawah seat, atas seat, celah-celah seat tu...bila anak-anak buah aku yang antu jajan tu, naik kereta aku. memang tak sah kalau diorang tak bawak jajan-jajan mereka itu. Nasib baik anak buah...Hehe!

" Mama tengok, keta kau ni dah macam 'rumah bergerak' dah. Segala macam ada." Itu ayat mama aku sebaik saje dia buka bonet kereta. hoho! Tak dinafikan, ayat mama memang tepat. Memang segala macam ada dalam kereta tu. Kalau orang lain, benda penting yang perlu ada dlm kereta, mesti TOOL BOX kan? Sebab utk standby in case ada ape-ape berlaku kat tgh jalan.

Tapi, aku TIDAK sama sekali. hehe! Tool box tu tetaplah ada. Aku tak pernah usik pon benda tu, melainkan kalau ayah aku nak tengok-tengokkan kereta tu. maka dia jelah yang akan bukak kotak tu. huhu! terukkan aku?

Bagi aku, barang2 yang WAJIB ada dalam kereta aku, memang barang2 yg korang rasa merepek2. Meh aku list downkan sket:

1. SWEATER/JACKET
Ha...ini bende yang paling penting skali yang perlu ada dalam kereta aku. Sebab, aku yang sangat kurus dan tidak punya lemak yang tebal ini, sangat tidak tahan dengan air cond. Apetah lagi time malam ataupun driving dalam hujan. Air cond pon memang jarangla pasang kuat. So, sape naik kereta saye...jangan harap nak dapat rasa air cond yang kuat ye. Mintak mahap sangat...(^_^) So,sweater / jacket ni la yang akan aku gunakan bila aku sejuk. 1 lagi utk standby, kalau tetiba keluar, nak tengok wayang. Hehe! So, takdela aku mati kesejukan dalam wayang tu!

2. LOSYEN
Owh, nampak sy macam feminin sangat kan? hoho! Takde maknenye...losyen tu kena ada sebab kulit ni ha, dah la tak cukup zat, badan kurus, so bile kena air cond, cpt je nak kering. Nak mengelupas. Alah...takkan uolls je nak kulit cantik, I pon nak juge...heheh!

3. MINYAK ANGIN
Tak bley blah kalo time tgh driving, tetiba perut sakit. Memang hilang mood nak driving. Lagi-lagi kalau petrol station jauh lagi, dan aku berada di tengah highway. Ha, mase tu, aku akan terjerit sorang-sorang macam orang sasau dalam keta, marahkan keta depan sebab seolah-olah dia menghalang perjalanan aku ke'destinasi' yang perlu aku tujui dengan segera! So, minyak angin perlu ada supaya, aku bley mengawal kemarahan dan kesakitan perut yang melanda. haha!

4. KASUT/ SELIPAR/ SANDAL
Hah! Ini antara item terpenting yang perlu ada di sebilang masa kereta aku bergerak. Sebab aku sangat mementingkan faktor kasut yang sesuai dengan baju yang aku pakai. hehe! Kalau aku pakai baju kurung, takkan aku nak pakai kasut sport kan...kalo aku pakai jeans, takkan aku nak pakai heels tumit tajam tu kan...so, kalau baju, bley la angkut dalam beg. Tapi kalo kasut2 pon nak sumbat dalam beg, agak merimaskan jugak. Kesimpulannye, bonet kereta adalah mangsanya! hehe....cakap je, kasut jenis ape yang takde dalam keta aku tu. Tinggal kasut boot Phua Chu Kang tu je yang takde kot.... (^_*)

5. TISU
Ini pon penting nih. Bukan utk lap peluh, bukan utk lap ape2. Ni utk kesat tangan aku kalau aku makan aiskrim ke, makan keropok ke...sebab aku sangat tak suka stereng aku dicomoti makanan. Melekit2! So, tisu kena la ade =)

6. SELIMUT
Selimut penting sebab, kalau aku travel...aku duduk umah/mess member2...dan diorang tidak cukup kelengkapan tidur utk aku terutamanya SELIMUT, so aku akan gunakan selimut sendiri. Selimut memang sangatlah penting ketika aku tidur malam. BIAR TAKDE BANTAL,JANGAN TAKDE SELIMUT! Lebih-lebih lagi tidur di bilik yang ber air cond! Memang sangat tak bley blah.....

7. MP3
Bila dah terlampau pekak dengar DJ membebel kat radio, aku terpaka pasang MP3 utk mengelakkan aku mengantok lalu terbabas. Hanya lagu-lagu fevret seperti Ella dan Evanescene je yang akan boleh membuatkan aku sedikitt segar. Sebab aku tak boleh diam kalau dengar lagu diorang ni. Mulut tu mesti nak kumat kamit punye. hehe!

8. MAKANAN / MINUMAN 
Macam yang aku cakap tadi, kalau aku driving, lagi-lagi dalam jarak yang jauh...aku mesti kena mengunyah. Sebab tu la 2 bende ni kena sentiasa ada dalam kereta =)

So, kesimpulan yang tidak dapat diungkap ialah....jadilah pemandu yang berhemah seperti saya. Hahah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...