Thursday, July 7, 2011

Fakta Menarik Tentang....LELAKI. Wow!

1. Kalau Bercakap, Sukar Nak Detail.

Menurut seorang pakar,wanita boleh mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari.sementara lelaki rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja. So, macamana la diorang nak cakap secara detail sesuatu bende tu kan, sebab diorang memang tak banyak cakap! Contoh terdekat, macam ayah aku. Kalau aku tanye, time mood dia tak baik, memang sepatah jelah dia jawab. tapi kalo time mood dia baik sekali pon, lebih sikit la patah perkataan yang keluar tu. Itu pun tengok keadaan.

p/s: apela yang susah nak cakap kan?CA...KAP...CA...KAP....bukan payah pon. kalau orang bagi aku cakap, aku rasa minggu depan pon aku belum boleh berhenti. hoho!




2. Sanggup Berjaga Sepanjang Malam Demi Hobi
Di sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti utk mengukur sudut pandang (angle),kecepatan dan jarak.Namanya adalah Kesedaran Ruang Visual (VSA), yang amat penting peranannya di zaman lelaki harus berburu utk mendapatkan makanan. Dan kalau hasil mereka sedikit,mereka berasa macam loser sangat.

p/s: Contoh, abang & adik lelaki aku. kalau tengok bola kat TV tu...Ya Rabbi...sampai ke subuh pun sanggup! Siap suruh mama gorengkan cekodok sebagai kudapan katanye. Dan aku paling tak suka moment bila aku bersungguh nak tgk drama, mereka sibuk nak tgk bola. Dan seperti biasa sebab Astro kat rumah tu ada 1 je, so...secara auto nye aku kena halau tengok Cerekarama TV3 tu kat TV lain...kejam!




3. Sanggup habiskan duit untuk alat elektronik atau aksesori kereta.
Bagi lelaki,benda 3 dimensi terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka.Oleh itu, mereka sanggup habis gaji untuk tambah aksesori kereta, beli home theatre, beli gitar, beli gadjet2 yang dirasakan up to date. Sampai kadang-kadang ada yang sanggup buat loan!

p/s: tapi orang kata, biar dia habis duit untuk benda-benda mcm ni dari dia habis duit untuk perempuan lain! hahaha!




4. Jarang Datang Dengan Jambangan Bunga.
Sejak awal kelahiran,otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik. So, secara autonye hal-hal bunga ni langsung tak membangkitkan rasa segar dalam otak mereka. Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari dianggap satu pembaziran.

p/s: Bukan lelaki je...aku pon tak berapa nak setuju kalau lelaki bg aku bunga. Bukan boleh makan. Chaiit! Baik bagi coklat. boleh gak kunyah-kunyah time tengok drama. Paling koman pon, bg la duit, bley jugak aku shopping2. Ha, kelas gitewww.... (^_^)




5. Mereka Jarang Bergossip/Mengumpat.
Sebenarnye lelaki pon bergosip.Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Pendekata diorang pandai cover line. Kalau mereka punya masalah dengan seseorg,biasanya mereka menyelesaikannya,atau melupakannya. Kalau mereka nak lepaskan marah pon, kat situ jugak diorang dah bagi sebijik penumbuk atau sedas penerajang.

p/s: Tapi rasanya tu lelaki zaman Hail Amir, DJ Dave, Kuswadinata atau Mustapha Maarof dulu. Zaman Lelaki Macho. Tapi yang zaman sekarang, aku rasa mulut dia lagi lebih dari perempuan. Kadang-kadang sampai terjuih2 bibir mengumpat. Haaaa...manisnye kurma itu....ahhhh! sempoottt! haha!





6. Mereka Suka Mengaggungkan IBU mereka.
Bagi lelaki, ibu mereka merupakan wanita ideal dan hebat dalam hidup mereka. Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya,bagaimana ayah mereka melindungi ibunya.Makanya,tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.Titik!

p/s: cuba korang yang ladies ni try kutuk mak dia kaw-kaw punye, tak mustahil selembar pelempang atau mungkin say goodbye terus kat korang. hahaha! Tapi memang tak dinafikan, ibu itu adalah segala-galanya. Kalau tak masakan syurga itu Tuhan letakkan di bawah telapak kaki mereka.




7. Mereka Suka Melihat Wanita Memakai Skirt Pendek (mini skirt)-
Asalkan Bukan Kekasihnya.

Bagi lelaki,kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita.Kalau buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian “rangsangan” yang lainnya– mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata lelaki-lelaki lain…so, diorang suka tengok perempuan lain pakai skirt pendek sekadar untuk mencuci mata. hiiisshh...betol ke statement ni...?

p/s: Aku rasa lelaki sekarang ni lagi memaksa aweks nye memakai sexy2 yang kalau boleh tak payah nak tinjau-tinjau dah. Kasi nampak clear terus! kalau awek tak sexy, dikatanya,"Sayang ni ketinggalan zaman la.Cuba up to date sikit." ha, pada wanita-wanita yang dapat BF macam ni, nasihat UTAMA, sila tinggalkan. Bukan contoh ketua keluarga yang baik macam ni. Besok da kawen, kamu makin tak sexy, maka kamu berisiko untuk mendapat madu...yang lebih sexy. huhu!



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...