Currently at McD menemani seseorang untuk menonton bola sepak M'sia vs S'pore. Walaupun aku tak minat bola tapi sebabkan semangat terhadap Malaysia maka aku gagahkan jua kaki ke sini. Huhu! Tapi tulah...orang tengok bola, aku tulis blog. Hihi...tapi tak minat bola tak semestinya tak sokong M'sia kan....aku tetap rakyat M'sia yang cintakan negara. (Patriotik plak tetiba rasanya.huhu!)
Tapi pada yang betul-betul minat & semangat tu, baguslah. Sokong tu sokong jugak. Tapi jangan sambil sokong, sambil betting. Lagi ramai yang join betting, lagi mewahla harga taruhannya. Haaa....jangan lupa. Tuhan itu ada tak kira korang tengah buat apa. Even tengah sokong bola kat warung mamak skalipon.
Semangat kesukanan & kenegaraan tu dah bagus dah. Tapi korang rakyat yang jauh lebih hebat kalau menjauhkan diri dari pertaruhan. Bukan ape, semua tu akan jadi darah daging kita. Kalau korang nak kata, duit tu korang tak makan, tapi korang buat isi minyak, buat beli barang, buat beli rumah, buat bayar hutang...ia tetap tak berkat. Sape tau, sebab takde keberkatan tu, pas korang isi minyak dengan duit tu, keta korang excident...barang & rumah yang korang beli tu kena rompak, terbakar...hutang yang korang bayar tu akan membuatkan korang lebih byk berhutang dan terus dikejar pengutip hutang sampai mati, sampai ke anak cucu korang. Haaa...itu semua sebab tak berkat lah. Tak semestinya tak jadi darah daging, korang tak rasa padahnye.
Aku mengingatkan diri sendiri dan sesiapa sahaja yang membaca blog ni. Kalau boleh kita elakkan, so jom kita elakkan. Majulah sukan untuk negara, Basmilah Rasuah dan Betting Juga Untuk Kebahagiaan Hidup Bersama (^_^)
No comments:
Post a Comment