Salam pagi Selasa semua! It's nearly 2a.m. Tapi mata still tak mau lelap. Actually baru lepas stay up. Minggu depan ada exam lah. Huhu! Exam ape, jgn tanye. Mungkin ramai yang tau, mungkin jgk tidak. Tapi itu tak penting. Yang penting sekarang, aku nak cerita pasal jenis-jenis kawan. Jenis-jenis kawan yang aku tengok dari kaca mata aku sepanjang 25 tahun Tuhan beri aku bernafas di bumi milik Nya ni. Pemantauan & kajian yang sangat lama & based on pengalaman-pengalaman sendiri & kawan-kawan sekeliling.
1. KAWAN
Secara generalnya, sesiapa pun di dunia ni, selagi yang kita belum gelar ia sebagai musuh, ia masih lagi dianggap kawan kepada kita. Sama ada kita mengenalinya atau tidak, pernah bertemu dengannya atau tidak malah tidak kira dengan medium apa sekalipun kita berinteraksi dengannya, bagi aku...semuanya aku anggap kawan. Sekalipun, hanya sekali sahaja seumur hidup, kita mengenalinya.
2. KAWAN BAIK
Kawan yang baik hatinya. Boleh membantu kita dalam tugas-tugas ringan yang kadangkala kita tidak berkesempatan untuk melakukannya. Walaupun ada kalanya kawan baik ini, tidak mengenali 100% tentang hal peribadi kita, tapi selagi kita boleh meminta pertolongan darinya dan dia berhati terbuka untuk menolong...aku anggap dia adalah sebagai kawan baik.
3. KAWAN SEJATI
Kawan yang bukan sahaja boleh membantu tugas-tugas yang ringan, tetapi juga sanggup berkorban masa, tenaga & harta untuk kita. Kawan yang mengetahui hampir 99.5 % perihal peribadi kita. Kawan yang apabila kita bercerita sesuatu rahsia, dia adalah penyimpan & pendengar yang terbaik. Malah mungkin juga boleh menjadi penasihat dan penyumbang idea terbaik demi menyelesaikan masalah dan kecelaruan yang kita hadapi dalam hidup. Kawan yang boleh menangis & tertawa bersama.
4. KAWAN DUNIA AKHIRAT
Aku iktirafkan dia sebagai Kawan Dunia Akhirat bila dia sanggup menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan nyawaku. Aku juga iktirafkan dia sebagai kawan dunia akhirat bila nama aku disebut di dalam doanya selepas solat. Bila dia ingat kita di waktu solat, Insyaallah aku percaya ketika dia mahu melangkah ke pintu syurga, sekurang-kurangnya dia akan memberitahu pada Tuhan bahawa bawa lah aku sebagai sahabatnya melangkah masuk bersama ke dalam syurga.
5. KAWAN MAKAN KAWAN
Dalam erti kata lain, kawan tikam belakang. Kawan yang depan kita dia manis, di belakang kita dia adalah racun. Kawan seperti ini sekiranya dia diberi pilihan antara kekayaan dan persahabatan, dia akan memilih kekayaan. Sekiranya kita dan dia berada di tepi juram & salah seorang perlu terjun untuk mengelakkan tanahnya runtuh, maka dia akan menolak kita bagi mengelakkan dia yang terjatuh. Kawan seperti ini hanya layak ada, apabila kita bersiap sedia untuk menjadi kawan yang penuh kesabaran di dada. Sebab bila-bila masa saja dia akan pancung kita. Kawan seperti ini, bukan lagi,"U jump, I jump" tapi..." U jump, I watch & I laugh"
6. KAWAN SUKA
Kawan yang hanya ada di masa kita tersenyum & tergelak. Biasanya Kawan Suka ni hanya wujud bersendirian tanpa ditemani oleh Kawan Duka. Sebab, ramai yang hanya mampu menjadi kawan suka daripada menjadi kawan duka. Jarang ada orang yang boleh tersenyum & boleh jua menangis bersama kita.
7. KAWAN BLUR
Kawan yang tak tau ape yang perlu dia lakukan sebagai kawan. Kawan yang sentiasa confused, ape peranan dia sebagai orang yang sedang menjalinkan talian persahabatan. Kawan yang kalau kita minta tolong apabila kita jatuh longkang, tapi dia di tepi longkang, masih lagi menggaru kepala memikirkan apa yang dia patut lakukan ketika itu.
9. KAWAN NERAKA
Kawan yang mengajak kita melakukan sesuatu yang mungkar & membuang kita dari terus menjadi sahabatnya apabila kita tidak mahu mengikut apa yang menjadi amalannya. Kawan yang mengatakan kita kolot kerana tidak menjadi se'up dated' dia. Kawan yang mengatakan," come on la. hidup hanya sekali. kita perlu buat sesuatu yang kita tak pernah buat, yang orang lain tak berani buat. Kita kena cuba sesuatu yang baru. Kalau kita sibuk nak fikir pasal agama, sampai bila-bila kita takkan maju. Kalau berdosa, dah tua nanti kita bertaubat lah. Masa masih panjang la."
10. KAWAN FACEBOOK
Kawan yang kita baru update status 2 saat, dia dah 'like' & post comment dah. Memang laju sepantas kilat lah!. hehe! (^_*)
No comments:
Post a Comment