Sunday, February 9, 2014

Ku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang. LOL (^_*)

Gemuk...sekarang baru tau apa perasaan orang yang dilabelkan sebagai gemuk. Memang stress.

STRESS

Stress bila nak sarung baju yang kita beli dulu, alih-alih tengok banyak bahagian yang dah sendat.
Stress bila duduk bersila, time nak bangun tu...ya ampunnn, seksa!
Stress bila nak sarung kasut, rasa macam kasut tu bukan size kita.
Stress bila nak jalan laju sikit, baru 5,6 tapak...rasa mengah nafas tu ya tuhan....
Stress bila nak panjat tangga, tapi rasa macam panjat gunung Everest.

WAKTU MAKAN

Kalau dulu, waktu makan tu boleh kira berapa kali je dalam sehari. Masa duduk KL dan Penang time bujang dulu, waktu lunch tu biasa aku 'jamak' je dengan waktu dinner. Makan nasi dalam pukul 4 petang. So, tengahari dan malam aku tak perlu makan. Plus, boleh 'include' kan waktu minum petang sekali. Huhu! Bukan kerana ikat perut atau apa-apa alasan berjimat yang lain. Tapi jawapan sebenarnya adalah MALAS nak makan. Sampai macam tu sekali tahap aku melayan nafsu makan ketika itu. 

Tapi dalam pada tak makan sangat tu, aku masih rajin untuk keluar berjogging atau cycling. Mungkin sebab itu tak mustahil berat aku boleh maintain antara 45-49 kg aje. Rekod terbaik setakat 27 tahun hidup ni. Fuhh! See. Owh, I miss the good old days. Rindukan 'keringanan' yang dulu.


Tapi sekarang, kat ofis, dalam kereta, kat rumah, dalam bilik tidur, stok makanan mesti ada. Kalau di ofis, ada 1 x mini bar yang aku beli time hidup bujang dulu. Mini bar tu menjadi semakin penuh bila aku berbadan dua. Susu dan air kotak especially. Memang kena refill setiap minggu. See.

(Abaikan botol kicap tu. Itu adalah 'ulam' bila setiap kali makan nasi. Huhu!)


Makan sekarang ni pun semuanya kena DOUBLE. Kalau beli nasi lemak, kena beli dua. Beli karipap, kena beli dua. Beli donut, kena beli dua. Beli choqqq keriaa, kena beli dua. Beli roti, kena beli banyakkk! Ha, yang coklat tu x payah cerita lah. Mana cukup 2. Kalau nak beli, kena beli stok untuk seminggu punya. Huhu...






'S/M' SIZE TO 'L' SIZE

Dan sebab tu lah agaknya, kaki makin sembab dan tembam. Baju kurung dalam almari semua tak boleh sarung dah. Sebab dulu pakai size S dan M. Sekarang size L aje yang muat. Huhu. Kalau nak pergi dinner atau majlis apa-apa, kenalah beli baju baru. (*_*)

Kasut size 7 bertukar jadi kasut size 8. Itu pun muat-muat kaki je. Lasak sikit berjalan, confirm melecettt uollssss! Tu tengok, kasut jalan pun nampak sendat, kasut kerja lagi lah sendattt dan ketatttt! Arggghhh stresss!






Dan inilah realiti 'ketembunan' aku sekarang...jika nak di 'compare'kan dengan yang dulu.


Ini DULU.


Ini SEKARANG.

'Ku yang dulu bukanlah yang sekarang' 
Hehehe...!

Mungkin bagi orang lain, naik berat badan tu perkara yang biasa dan normal. Tapi bagi aku yang tak pernah rasa berat badan naik mendadak, tak pernah rasa berat badan exceed lebih dari 50kg, tak pernah rasa nak bawak badan sendiri pon tak larat, memang ini jadi satu perkara luar biasa dalam hidup.Orang zaman sekarang cakap, satu anjakan paradigma. Ceeewaahh!

Tapi.....biar tembun, biar gemuk, biar sendattt, biar ketat, biar susah nak duduk, susah nak bangun, susah nak berjalan, biarlah orang nak cakap ape pun....mummy sanggup! Mummy gagahkan jua! Janji si comel dalam tummy mummy ni keluar dengan selamat, sihat dan sempurna. Kan sayang?


Pray for me & baby ya! Ameennnn....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...