sana BERSIH...sini BERSIH...situ BERSIH...belakang BERSIH...atas BERSIH...bawah BERSIH...dalam BERSIH...luar BERSIH...
Semua sibuk bercakap pasal PERHIMPUNAN BERSIH. ape BERSIH sangat ke kehidupan kita ni sampai kita nak adakan perhimpunan macam tu...atau BERSIH sangat ke parti politik yang sedang kita join sekarang ni sampai kita nak melancarkan sesi PEMBERSIHAN secara besar-besaran.
adalah lebih baik kalau kita tolong mak,bini atau suami kita BERSIH kan halaman rumah, belakang rumah atau mungkin BERSIHkan tempat tidur sendiri. mungkin lebih baik dan lebih aman. mak suruh BERSIH kan laman rumah, bersungut. bini mintak tolong BERSIH kan dapur, lari pegi kedai kopi. sedangkan semua tu kita tak larat nak BERSIH kan, ini kita sibuk nak BERSIH kan benda lain.
bukan nak menyebelahi mana-mana pihak. tidak berkeinginan pon nak jadi orang yang kuat politik. tapi macam tak berapa nak faham mentaliti orang yang terlalu OBSES sangat dengan politik ni. sedangakn anak bini sendiri pun tah ke mana hala, ini sibuk nak memimpin orang ramai. cuba kita duduk sat kat satu sudut, fikir. adakah hati aku ni dah betul-betul BERSIH untuk mengikuti perhimpunan ni?
dan kalau hati kita betul-betul dah BERSIH, adakah kita terfikir bahawa perhimpunan sebegini, akan membawa kepada bencana dan darurat kepada negara. kita susahkan anggota polis,tentera, JPA,pihak hospital, bomba & sebagainya. diorang ni bukan boleh nak berehat, nak layan keluarga, anak dan bini. asyik sibuk nak mengawal rakyat yang terlalu obses dengan semangat yang tak bawak ke mana tu. semangat nak tengok bola, tapi diakhirnya sibuk nak bergaduh. susahkan polis dan JPA. bawak motor & kereta punye la semangat nak berlumba, pastu eksiden,mati, tersepit. susahkan bomba & hospital. bocorkan rahsia negara, konon nak bantu negara tapi sebenarnya bantu musuh nak jajah negara. tengok, dah susahkan tentera.
perhimpuanan ni mungkin akan mengakibatkan kecederaan, kemusnahan malah lebih teruk jika berlaku kematian. kita tak marah kalau yang mati tu bukan kaum kerabat kita. tapi kalau benda tu berlaku pada kaum kerabat kita? ape perasaan kita agaknye?
sia-sialah Tuhan beri manusia ni akal tapi tak boleh nak berfikir secara waras. baik bagi ayam, kambing dan lembu tu otak. mungkin mereka lebi bijak berfikir dari kita. takkan nak tunggu sampai Tuhan berikan TSUNAMI macam di Jepun tu, baru kita nak sedar?
bukan tak boleh nak berpolitik. tapi biarlah perlaksanaan politik kita itu lebih membawa kebaikan pada semua orang. lebih membawa kemakmuran pada rakyat jelata. bukan ke kita banyak saluran yang betul untuk kita ketengahkan pendapat kita, untuk kita naikkan para pemimpin kita?
ape? pemimpin sekarang lebih banyak menipu dan menggunakan cara kotor? hmm, pernah tak kita di ajar tentang kepercayaan pada kuasa Tuhan? kalau betul mereka itu seperti yang anda tuduh, biar saja Tuhan yang balas perbuatan itu. hanya ALLAH yang layak menghukum. dah Dia janjikan bahawa setiap perbuatan itu pasti ada balasan. jadi kita ni tak perlu la nak bersusah payah utuk menghukum orang lain. sesungguhnya, ALLAH itu lebih dan MAHA MENGETAHUI...
so, daripada kita join benda-benda yang membawa kepada kemudaratan, adalah lebih baik kita betulkan apa yang bengkok dalam jalan kehidupan kita sendiri. sembahyang 5 waktu kita pon tak berapa nak cukup, ini nak pandu orang lain supaya duduk bawah pimpinan kita. mungkin lagi sesat agaknya manusia di zaman ini.
short words people....BERSIHkan lah amalan, hati & perbuatan kita dulu. baru kita LAYAK untuk BERSIHkan keadaan politik negara. class gitew?hehe....
No comments:
Post a Comment