Thursday, July 7, 2011

Fahami Tugas Saya (^_^)

Dah banyak kali berdepan dengan orang yang "mahu kita faham prosedur kerja dia, tapi dia tak faham, malah TAK MAHU FAHAM prosedur kerja kita". Apekah kategori yang paling tepat untuk saya berikan pada manusia seperti ini? Klasifikasi apa yang paling sesuai? Atau kumpulan mana yang perlu saya asingkan manusia-manusia macam ni?

Pengurusan kewangan. Semua orang tau, apa sahaja berkaitan duit ni, manusia memang akan mudah bertukar rupa. dari miskin kepada kaya. dari baik kepada jahat. dari rileks kepada gelabah. dari takut kepada berani. dari hebat kepada hina. dari ingat kepada lupa, dari waspada kepada leka. Dan sebut sahaja pasal duit, kalau nak pastikan kita buat kerja dengan jujur & bagus, GARIS PANDUAN, ARAHAN, PERATURAN, UNDANG-UNDANG, PROSEDUR yang betul, kita kena ikut. Bila kita abaikan semua tu, banyak benda yang kita akan 'missing' & lalai. Menjadikan pengurusan kewangan kita tidak stabil.

Ha, kelas giteww...nampak macam belit-belit sangat ape yang aku cuba nak sampaikan, kan? hehe...well, let me go straight to the point dengan cara berkias dan bahasa paling indah. Fahamilah bahawa, tugas saya mengawal duit, merancang & menguruskan kewangan, semuanya adalah berdasarkan prosedur. kerana ia melibatkan DUIT. Duit yang boleh menggelapkan mata semua manusia. Orang kata tugas macam saya ni, sebelah kaki memang dah letak dalam penjara & neraka.

So, bila saya bekerja mengikut peraturan & prosedur seperti yang dikeluarkan pihak atasan, maka akurlah dengan tindakan saya. Ada sebab kenapa saya reject, kenapa saya mintak justifikasi, kenapa saya mengawal & mengehadkan, kenapa ada yang terpaksa saya abaikan, kenapa saya memberi cadangan. Janganlah disebabkan saya memberikan jawapan-jawapn sebegitu, saya dipersoalkan dengan bermacam-macam soalan yang tidak munasabah, soalan-soalan yang menghina peribadi & merendah-rendahkan kuasa yang saya ada, sehingga memaksa saya membuka segala jenis fail, peraturan,undang2 dan garis panduan yang saya simpan.

Sepertimana kita nak orang faham dengan tugas kita. kita nak orang faham kenapa kita datang lewat, kita nak orang faham kenapa kita terpaksa mintak cuti, kita nak orang faham kenapa kita submit kerja yang tak complete, kita nak orang faham kenapa kita marah orang bawahan kita, kita nak orang faham panduan dan jalan yang benar dalam tugas kita. So, samalah macam saya. Ayat lebih manis: Fahami tugas saya. Fahami peraturan2 yang telah digazetkan oleh pihak atasan saya.

Saya mahu tarik sebelah kaki saya yang dikatakan telah diletakkan di dalam penjara & neraka. Disebabkan itu, saya perlukan PERATURAN & GARIS PANDUAN yang akan melindungi saya. Dan apabila kamu bertegas untuk mendapatkan hak yang tidak sepatutnya kamu dapat, YE, saya boleh berikan TAPI DENGAN SATU SYARAT.

Tuliskan hitam putih yang mengatakan bahawa KAMU YANG MENYURUH saya untuk mendapatkan apa yang tidak sepatutnya kamu dapat. Tandatangan & copkan jawatan. Apabila kamu diberi apa yang kamu minta, nikmatinya lah tanpa perlu reward saya apa-apa. Saya tidak akan meminta barang sesen pon. TAPI, sekiranya pihak atasan mendapati kamu menerima hak yang tidak sepatutnya kamu dapat, HITAM PUTIH yang lengkap ditandatangani tadi akan saya berikan tanpa segan silu. Saya akan katakan dengan penuh yakin bahawa DIA YANG MINTA SAYA LAKUKAN walaupun seawalnya saya telah memaklumkan bahawa dia tidak layak menerima hak itu. Fullstop.

Jadi, kalau kita tak mahu tertangkap dengan perbuatan yang sepatutnya kita boleh elakkan, maka jangan memaksa saya untuk melakukan apa yang TIDAK boleh saya lakukan. Apabila saya reject claim & memberitahu sebabnya, maka terimalah. Andai boleh diperbaiki dan masih sempat, lakukanlah. Saya akan bayar hak kamu. Tidak sekali-kali saya akan menafikan hak kamu itu jika segala keperluan dokumentasi yang saya minta itu lengkap & teratur. Kamu faham kerja saya, saya akan bantu kamu segala apa yang saya termampu.

Ha, BERKIAS kan ayat aku? kelass giteww....aku tau ada yang faham dan ada yang macam blur-blur. Apa la si Ashu ni merepek kan...hehe. Bukan merepek. Just nak beritahu, PROSEDUR TETAP PROSEDUR. Walau siapa pun kamu, kamu tetap kena ikut prosedur. Kerana dengan hanya mengikut prosedur dan peraturan sahajalah yang akan menyelamatkan saya dan kamu. Setuju? TQ. (^_^)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...