Kedatangan Ramadhan yang sentiasa dinanti....
Bersyukurlah kepada Ilahi kerana kita masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat Ramadhan buat kesekian kalinya.
Aku happy sangat dengan kedatangan Ramadhan kali ini. Rasa macam tiada bulan yang lebih istimewa berbanding bulan Ramadhan. Yelah, tahun lepas, aku berpuasa dalam kursus. So, feel Ramadhan tu tak terasa sangat sebab sibuk dengan jadual training. Tapi tahun ni, alhamdulilah, aku menyambut kedatangan Ramadhan dengan penuh kesediaan & kelapangan dada. Segala kursus dah exam dan berlalu sebelum Ramadhan tiba. Maka dapat la aku fokuskan hari-hari berpuasa dengan amal ibadah yang lebih kepada Nya.
Happy jugak sebab minggu ni ramai sedara mara yang balik ke kampung sebagai tanda bersama-sama menyambut kedatangan bulan yang cukup mulia ni. Suasana riuh rendah tu rasa macam suasana raya pulak. Happy tengok nenek tersenyum lebar dengan kehadiran anak cucu dan cicit memenuhi rumah pusaka tu. Kata nenek, biarlah rumah nenek ni bersepah, asalkan anak cucu tak lupakan dia di hari-hari yang bermakna ni.
Dan suasana menyambut Ramadhan jugak sangat hebat di kampung aku. Ada yang sampai tumbang lembu 2,3 ekor. Itu dinamakan 'Mantai' bagi orang Negeri Sembilan. Seronok tengok di sepanjang jalan, orang jual daging, jual lemang, bila malam...masjid penuh dengan orang yang solat terawikh. Lagi terasa esok bila Ramadhan masuk hari ke 15 dan ke atas. Rumah-rumah akan mula dipasang pelita. Suasana kedatangan bulan Syawal akan tiba dengan semulajadinya.
Feeling macam tu memang takkan dapat di KL ni. Memang takkan sama. Sangat bersyukur aku di kalangan golongan yang memiliki kampung. Tempat yang tidak sabar aku tuju bila menjelangnya bulan puasa & hari raya. Biarla orang nak cakap aku ni, 'budak kampung', 'minah/gadis kampung' sekali pon...sebab aku tau ketenangan-ketenangan seperti ini tidak mampu 'orang bandar' miliki walau se'urban' mana pon hidup mereka. Ketenangan ni takkan dapat dibeli dan direka dengan duit. The originality of celebrating Hari Raya di kampung-kampung tidak boleh wujud di bandar-bandar yang penuh dengan hiruk pikuk kemodenan & kesibukan manusia.
Dan semoga kedatangan Ramadhan ini, boleh kita penuhi dengan aktiviti-aktiviti yang diredhai oleh Nya. Kurangkan mengumpat, kurangkan maksiat, kurangkan dosa. Tambahlah ibadah, tambahlah keberkatan & tambahkanlah pahala. Insyaallah. Wish u all happy fasting. May this Ramadhan bring a thousand meaning & happiness to everyone. Ameen.
No comments:
Post a Comment