Tuesday, August 16, 2011

Sebok Nak Cari Incik Vikneswaran....

Entri lepas geram.

Hari ni je aku dapat hampir 5-6 missed call dari no yang tak dikenali (i guess itu no office). Bukan aku tak nak angkat, tapi aku PASTI sangat bila aku jawab, orang di talian itu akan bertanya,

"May I speak to Mr. Vikneswaran?"

So, ape yang korang rasa aku perlu jawab untuk soalan macam tu. Yes. Memang jawapan yang paling tepat adalah SORRY MISS/MR....U'VE DIALLED THE WRONG NUMBER.

Tapi, masalahnye sekarang, jawapan tu dah berpuluh kali (i guess) aku berikan kepada no yang sama setiap kali dia call. That's why today aku malas nak jawab call nye. But, sometimes aku takleh tengok HP aku vibrate menggila (sbb dah silent-kerana ia mengganggu tugas aku di office). So, kali ke 4 dia call hari ni, aku pon angkat dan cakap macam ni.

"Saya tau cik mesti nak cakap dengan Encik Vikneswaran. Saya tak tau & taknak tau ape tujuan sebenar cik cari dia. Tapi masalahnye sekarang, saya rasa dah beratus kali saya cakap yang this is NOT Mr. Vikneswaran's no. Maybe long time ago, he used this number. Tapi itu zaman tok kaduk dulu, cik. Sekarang saya yang pakai no ni. Nearly 5 YEARS dah saya guna.Dan nama saya bukan Vikneswaran. Saya tak kenal pon sape lelaki India yang cik cari tu. Saya seorang perempuan & I'm a MUSLIM. I'm not trying to be rude, but please take note & delete my no from your contact list. Gotta go. TQ bye..."

Aku terus putuskan line tanpa orang tu sempat cakap apa-apa. Mungkin nampak macam kurang ajar kan? Tapi aku manusia biasa. Kalau dah beratus kali call & mencari orang yang aku tak kenal, haruskah aku terus bersabar & bersabar?

Kalau lepas ni no yang sama call & cari ENCIK VIKNESWARAN lagi...aku rasa better aku jual je no ni kepada sesapa lelaki India bernama Vikneswaran supaya manusia yang menghubungi aku tu tidak terus kecewa & kecewa sebab, tak berjaya cakap dengan incik Vikneswaran nye itu. (*_*)

p/s: aku wonder jugak, ape yang Incik Vikneswaran ni dah buat sampai beratus kali orang cari dia? Penjenayah ke? Atau dia ni Six Milion Dollar Man?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...