Saturday, August 20, 2011
Putus Cinta....Aduuuhhh!! Peritnya!
Nak bercakap pasal PUTUS CINTA. Anda mesti nak tanya, "Ashu, adakah ini based on true story OR based on ur OWN experience?"
HAHAHA! Mungkinlah kot...tapi, salah ke untuk aku share? Sebab tengok lately ramai yang putus cinta. Muka sedih. Hati tak gumbira. Kesian tengok... (>_<)
Setiap manusia Tuhan telah tentukan karma hidupnya. Ada yang bercinta sekali saje, dah berpanjangan sehingga ke jinjang pelamin. Ada yang berpuluh kali atau mungkin beratus kali mencuba, tapi belum seorang pon lagi yang lekat sebagai pasangan sehidup semati. Ada yang telah berjumpa dengan pasangan sehidup semati tapi setelah naik pelamin, dia nampak orang lain yang dirasakan lebih tepat untuk sehidup semati dengannya.
Semua itu orang panggil Qada' & Qadar Tuhan. Tiada siapa yang bertuah dan tiada siapa yang malang. Kita nampak, pasangan itu sweet sgt. Bercinta, bertunang kemudian berkahwin. Nampak perfect & bertuah....TAPI kita tak tahu di masa depan, mungkin tuhan ingin menguji mereka dengan kegoyahan rumah tangga atas apa sahaja punca yang kita sendiri tidak boleh meramal dengan tepat.
Kita nampak seorang manusia ni macam malang sangat. Bercinta berpuluh kali, namun tidak ada satu pun yang lekat. Hidupnya sentiasa dirundung malang kalau sebut sahaja tentang cinta. TAPI, kita tak tahu di masa depan, entah tuhan nak temukan dia dengan pasangan yang PALING IDEAL untuknya dan selepas itu dia bahagia selama-lamanya. Sape tau?
So, putus cinta itu tidak bermakna kamu akan terus dirundung malang & kesedihan. Aku mengaku, memang perit. Diri ni sendiri pun hampir jatuh terjelepuk menyembah bumi bila mengalami simptom putus cinta. Memang rasa dunia ni gelap. Rasa macam haduhhhh...how can i live without him? Siapa lagi yang aku nak call & SMS setiap malam? Dengan siapa lagi aku nak keluar untuk tengok wayang, makan-makan, bergelak ketawa kalau dia dah takde?
Masa tu, orang cakap lah ape pun, semuanya bagai angin...yang masuk telinga kiri & keluar telinga kanan. dalam kepala masa tu asyik fikir," KORANG TAK KENA, BOLEH LAH KORANG CAKAP." Masa tu, bila tengok aje couple makan bersama, jalan bersama, ketawa bersama...aku dah rasakan macam perit sangat. Rasa macam nak jerit je kat pasangan tu, " KORANG PERGI BERCINTA JAUH-JAUH BOLEH TAK?!"
Nak makan, tak lalu. Selera hilang.
Nak tido, takleh lelap.
Nak gelak, tapi lebih banyak rasa nak nangis.
Nak belajar/bekerja, takde mood.
Nak tengok TV, rasa macam nampak semua siaran tergendala.
Nak berjalan, rasa payah sangat nak melangkah.
Dalam kepala hanya terfikir, alangkah bagusnya kalau keadaan seperti dahulu. Alangkah bahagianya kalau aku/dia tidak ego. Alangkah bahagianya kalau tidak munculnya orang ketiga di antara kami. Alangkah bahagianya kalau aku jaga hubungan ini dari awal. Alangkah bertuahnya kalau ibu dan bapa merestui hubungan ini. Alangkah indahnya, kalau perhubungan kami berpanjangan sehingga ke akhir hayat.
TAPI!
Aku nak pesan pada adik-adik, kawan-kawan atau sesapa saje yang sedang dilanda putus cinta. Cuba kita tengok balik apakah PUNCA & SEBAB utama perhubungan itu tidak kekal? Jom kita tengok sama-sama. Adakah kita tergolong dari salah satu punca tersebut:
1. Masa kita bercinta, kita lupa nak bersyukur pada tuhan atas segala nikmat kasih sayang yang telah dianugerahkan.
2. Kita leka bercinta, dan kita lupa kepada segala suruhan-Nya.
3. Kita lupa ibu bapa & keluarga, kita kurang ajar dengan mereka kerana ingin menegakkan hubungan kita. Mendahulukan pasangan kita lebih dari segala-galanya.
4. Kita alpa dengan nikmat dunia, kita tinggalkan amalan untuk faedah di hari akhirat kelak.
5. Kita lupa kita mungkin pernah menjatuhkan/menghancurkan/menyakiti hati orang lain suatu masa dulu.
6. Kita riak dengan hubungan yang kita miliki.
7. Kita terlalu obses dengan hubungan itu & tidak mempercayai bahawa setiap ajal, maut, jodoh & pertemuan adalah di tangan Tuhan.
8. Kita yakin bahawa pasangan kita akan menyayangi kita selama-lamanya, namun kita tidak pernah sekalipun memohon doa pada Nya agar Tuhan memanjangkan jodoh & memberkati perjalanan perhubungan ini.
9. Kita terlalu ego dan tidak pernah mahu mengalah.
10. Kita dengki dengan hubungan orang lain & akibatnya hubungan kita sendiri yang goyah.
Sebenarnya banyak lagi punca & sebab yang menyebabkan perhubungan kita itu tidak kekal. Tapi korang mesti boleh fikir sendirikan, apa dosa kita di masa lampau yang menyebabkan tuhan turunkan balasan dengan cara begini.
Muhasabah lah diri. Kita ini bukan manusia yang sempurna. Jangan menuding jari & jangan terlalu menyalahkan diri sendiri. Terima segalanya dengan redha kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Jom baca MUTIARA KATA ni. Sape tau ia boleh membangkitkan kembali semangat kamu setelah putus bercinta?
1. Bila kamu sedang menatap langit, lihatlah ketika malam yang tak berbintang, hanya sang bulan yang merasa kesunyian. Tapi dia tetap setia menyinari, dan tetap memberikan senyum untuk semua yang memerlukannya. So, senyumlah kerana senyuman kamu itu masih diperlukan oleh keluarga, teman-teman & pasangan sejati kamu kelak. (^_^)
2. Bintang itu beribu banyaknya, dan rintik hujan itu tak terhitung jumlahnya. Bila bintang berhenti bersinar, dan bila hujan berhenti menitik, jangan terlalu kau bersedih, kerana mereka akan kembali dengan yang lebih baik. Patah tumbuh, hilang berganti (^_^)
3. Sedarkah & terpikirkah oleh kamu? Mengapa tuhan juga mengizinkan dia untuk meninggalkan kamu?. Kini memang kamu hanya oleh bersedih dan menangis untuk menjawabnya, tapi kelak, suatu jawapan akan datang dan membuat kamu sangat bersyukur kerana ini telah terjadi.
4. Tuhan sengaja temukan kamu dengan orang yang salah supaya kamu dapat belajar 1001 pengajaran dari percintaan yang silap itu. Dan kemudian Dia akan menemukan kamu dengan orang yang tepat & kamu boleh mengaplikasikan apa yang kamu belajar dari percintaan silap kamu yang lepas (^_^)
5. Cinta pada dunia, dunia akan pergi,
Cinta pada manusia, manusia akan mati,
Cintalah pada Allah kerana Dialah yang kekal abadi.
6. Cinta itu datang dan pergi. Kamu menangislah sepuasnya hari ini kerana cinta yang tidak berkekalan itu, kemudian berhenti. Dan bersedialah untuk menempuhi hari esok dengan lebih tenang, tanpa air mata & berazam untuk bertemu dengan orang yang lebih tepat & membawa kamu ke jalan yang lebih indah dan dirahmati. Insyaallah.
p/s: jangan syedih-syedih ok! (^_^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment