Wednesday, August 24, 2011

Cecita Yang Tak Kesampaian.....

Cecita yang tak kesampaian atau mungkin belum kesampaian....

Masa umur 5 tahun, suka sangat tengok citer superhero. So, pasang niat, dah besar nanti nak jadi SUPERGIRL!




Masuk umur 8 tahun, cecita aku nak jadi EXECUTIVE PETRONAS (walaupun masa tu aku sendiri tak tau keje jenis ape tu) Ini semua kerana ayah bekerja dengan Petronas masa tu. So ayah selalu bawak balik safety helmet yang ada lambang Petronas tu.




Bila umur mencecah 9 tahun, kakak hadiahkan sebuah walkman sebab masa tu aku tak boleh tidur kalau takde muzik yang disumbat di telinga. (sebelum ada walkman, aku sanggup putar music box supaya dia boleh berbunyi sampai aku tertidur. Terukkan?) So, cecita aku bertukar kepada nak jadi DJ RADIO. Sebab aku rasa keje DJ aje yang boleh dengar muzik hari-hari.




Pastu masuk umur 11 tahun, kakak aku masuk Tentera Udara. So, aku pon tukar cita-cita. Nak jadi PILOT! Pilot Fighter plak tuh. Hoho~ Sebab aku rasa cecita ni macam smart sangat. Jarang ada perempuan yang boleh jadi pilot. Lagi2 utk fighter air craft. Cita-cita ni aku pasang dalam tempoh yang agak panjang. Sehinggalah umur aku 15 tahun.


Di tingkatan 4 dan 5, aku mula amik subject Lukisan Kejuruteraan & Teknologi Kejuruteraan. Sebab minat sangat subjek ni, aku teringin nak jadi ARKITEK.




Tapi lepas SPM, aku teringin nak jadi air-crew--> STEWARDESS (walaupun i sedar i tak la canteekk sangat! haha!). Itu pon sebab tengok requirement ketinggian & ukuran badan aku ni macam lepas je untuk jadi stewardess.


Tapi cita-cita ini mendapat tentangan keluarga, maka aku memilih untuk mencari kerja yang selari dengan minat aku bersukan iaitu Coach/ jurulatih netball/ Atlit. So, aku apply UiTM Shah Alam dalam Diploma Sains Sukan bagi merealisasikan hasrat & impian itu.


Namun, belum sempat pergi temuduga fizikal, ia sekali lagi mendapat tentangan keras dari mama. Katanya, kerja aku tu bukan boleh bawak sampai ke tua. Bila dah tua, dah tak kuat, sakit2...dah takde sapa nak panggil aku buat jurulatih, main netball atau bersukan. Katanya lagi, kerjaya tu macam takde masa depan. Mama suruh aku apply nurse & cikgu. Arrgghhh!! Tak minat langsung! Lagi-lagi nurse...(luka besar semut pon takut, macamana nak jadi nurse?!)

Akhirnya aku kembali bercita-cita untuk jadi pilot. Namun, kerana result Fizik & Add Math aku tak berapa nak tough, aku dinasihatkan oleh abang, kakak & bapa saudara untuk masuk 'Universiti Askor' je. Segala-galanya ditanggung dengan syarat, bersedia untuk berkorban demi negara. Ceewwahh! hehe...

Dan setelah 4-5 tahun berhempas pulas, jadi cadet & dalam masa yang sama jadi siswi, akhirnya aku pun grad sebagai Pegawai Tentera....


So, cita-cita itu boleh sentiasa berubah-ubah. Kita rancanglah sehabat mana pun. Tapi kalau Tuhan dah tentukan sesuatu itu, kita lalu ikut mana pun, kita akan tetap mengarah ke jalan yang telah di 'set' kan olehNya. Short words, be thankful. God have the reasons why you are what you are today (^_^)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...