Hype semua!
Apa bikin kamoo? Sudah balik terawikh ke? Kalau dah, alhamdulilah (^_^) Semoga kita mendapat keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ni. Insyaallah...
Nak story mory morning glory sket pasal ape yang men'takzub' kan mata aku di kala pergi window shopping weekend yang lepas.
Selama ni, aku kalau nak shopping, memang nampak SOGO, MAJU JUNCTION, MID VALLEY, MINES jela...objek2 yang dicari adalah berbentuk perhiasan diri & more towards clothes. (biasa la kan...org pompuan. hoho~)
Tapi kan, nak dijadikan cerita haritu lepas round SOGO & Jln Tar...kaki aku ter'langkah masuk' ke 1 kedai (i'm not sure nak panggil kedai ke, emporium ke, hyperstore ke...) tapi dia lebih kurang macam IKEA sket susun aturnye. nama kedai tu HOUZ Depot. Btol-btol kat simpang 4, berdepan dengan SOGO & MAJU JUNCTION tu. Selama ni sibuk sgt cari tempat shopping baju, so mungkin sebabtu aku terlepas pandang dengan kewujudan kedai ni. (*_^)
Ape yang aku nak sampaikan sebenarnye adalah....barang-barang perabot & electrical kat situ boleh tahan murah2 juga! Sangat teruja bila masuk kedai tu. Tapi nasib baik duit belum cukup banyak utk membelinya. Kalau tak, mungkin aku dah borong semua brg2 tu. =p
Tapi memang boleh dikatakan ia setanding IKEA. Perabot dia boleh tahan 'urban' jugak. So aku suggest kan kepada sesapa yang berminat dengan 'urban style' home decoration, yang rasa bajet takdelah berpuluh ribu hanya utk mencari barang2 yang OK, boleh kunjungi HOUZ Depot ni untuk mengecapi impian anda.
Perkara paling sengal sekali yang aku tak buat mase tu adalah mengambil gambar. Sebab sibuk sangat dengan rasa takjub tu, aku tak teringat langsung nak amik gambar perabot-perabot yang aku minat. Tapi sebab nak cerita jugak dalam ni, aku surf internet dan cari pasal HOUZ Depot tu. Hasilnye....this is HOUZ Depot yang aku maksudkan....http://www.houzdepot.com/
So, HOUZ Depot akan menjadi sasaran untuk aku cari barang rumah selepas kahwin nanti. Bila kahwin? Aiseyy....soalan tu rasanya belom boleh jawab lagi kot buat masa sekarang ni. Sbb yang 'di atas' belom bagi green light lagi utk aku naik pelamin. hehe ( boleh terima tak alasan camtu? =p )
No comments:
Post a Comment