Kita selalu salah kan anak-anak bila mereka melakukan kesalahan, tak kira ketika diorang masih kecil atau pun telah remaja & dewasa. Namun, kita tak sedar...apa yang sedang kita ajar dalam kehidupan diorang (di masa kini atau di masa lepas) sebenarnya telah membentuk diri mereka yang anda lihat sekarang ini. Bukti? Ok, jom ikuti dialog antara parents & anak-anak mereka ni :
Dialog 1
Anak: Ayah, semalam cikgu kata...merokok tu membahayakan kesihatan. Kenapa ayah merokok?
Ayah: Alah...cikgu kamu tu pun sama 2 x 5 je macam ayah. Depan kamu je dia tak merokok. Belakang kamu, berkotak-kotak rokok dia hisap.
Anak: Ooo...macam tu ke... (sambil berfikir & mula mempercayai)
Dialog 2
Anak: Ibu, kenapa ibu tak kasi adik main dekat padang sana tu?
Ibu: Sebab dekat situ ada hantu penanggal, ada orang potong kepala! Kalau adik nak kena sorok hantu, nak kena potong kepala...pergilah main kat sana.
Anak: (memeluk kaki ibu ketakutan)
Dialog 3
Anak: Ayah, kalau adik puasa penuh...ape adik akan dapat, ayah?
Ayah: Sehari penuh ayah kasi RM 1. Kalau adik cukup puasa 30 hari, berapa adik dapat?
Anak: RM 30! Yeaayyyy!
Ayah: Ok, kalau nak RM30, puasa kena cukup tau.
Dialog 4
Ayah: B*b* betul kereta ni! Berani kau main cilok-cilok ye. Pastu potong depan aku pulak tu!
Anak: Kenapa ayah tak bagi dia potong depan ayah?
Ayah: Orang b*d*h macam ni tak boleh dibiarkan. Makin kurang ajar jadinya!
(sambil memotong kereta tersebut dan menunjukkan penumbuk)
Dialog 5
Ibu: Adik! Berapa kali ibu pesan jangan main barang ibu tu!
Anak: Kenapa tak boleh, ibu?
Ibu: Kalau adik main jugak, barang tu akan jadi resakse yang makan adik! nak?
Anak: Tak mau ibu, tak mau! (Sambil meletakkan barang itu kembali)
Dialog 6
Anak: Ibu, kenapa kakak dan abang tu berpeluk-peluk? Diorang tak malu ke?
Ibu: Hish, jangan tengok! Itu hal orang besar.
Anak: (menutup mata sambil kepala berfikir bahawa dia layak untuk melihat perkara itu bila telah dewasa kelak)
Dialog 7
Anak: Ayah tak pegi masjid ke? Adik tengok ayah Haikal tu hari-hari pergi masjid.
Ayah: Itu nak tunjuk riak namanya, dik. Ayah tak suka jadi orang riak ni.
Anak: Oooooo.....
Dialog 8
Ibu: Kamu ni ape nak jadi, dik? Bila ujian, memanjangnye kamu gagal?!
Anak: Sorry, bu...nanti adik cuba lagi.
Ibu: Kamu ni dik, kalau dah bodoh, bodoh jugak! Langsung tak ikut jejak langkah abang & kakak kamu!
Dialog 9
Ibu: Abang ni asyik layan SMS aje! Entah ber SMS dengan perempuan mana la agaknye tu!
Ayah: Alah! Kamu tu pon ape kurangnye Mah oi! Semalam abang tengok kamu melayan budak-budak bujang sebelah rumah tu, bukan main lemah lembut lagi! Siap bertepuk tampar! Ingat abang tak nampak ke?!
(Anak melihat pertengkaran ibu & ayah dengan rasa penuh confuse. Siapa yang betul? Siapa yang salah?)
Dialog 10
Anak: Ibu, adik nak main komputer sepanjang hari ni boleh?
Ibu: Kerja sekolah dah siap?
Anak: Ala ibu....esokkan hari sabtu. Lusa hari Ahad. Banyak masa lagi nak buat.
Ibu: OK, pergilah main. Esok jangan lupa buat ye....(sambil tersenyum lemah lembut & anak mula naik tocang)
Dalam sedar atau tidak, kita telah mengajar anak-anak kita tentang sesuatu yang negatif walaupun tujuan & niat kita itu baik. Minda kanak-kanak mudah terpengaruh & jika pemikiran negatif itu diterapkan sejak kecil, maka dia akan terbawa-bawa sehingga dia dewasa. Pepatah pun ada mengatakan yang 'Melentur Buluh Itu Biarlah Dari Rebungnya'. So, kalau tak nak anak ikut jalan yang songsang & senget, maka ajarlah dia jalan yang lurus! (^_^)
p/s: Aku belum ada anak, tapi harap-harap perkara ini akan terus kekal diingatan sampai aku dikurniakan cahaya mata kelak. Insyaallah (^_^)
No comments:
Post a Comment