1. Hari Isnin adalah hari permulaan minggu (bagi yang bekerja) selepas SYOK BERCUTI selama 2 hari.
2. Hari Isnin la boss nak buat macam-macam MEETING. Meeting nye lama plak tu. Kadang-kadang lepas lunch sambung lagi.
3. Hari Isnin la boss nak tegur kesilapan yang kita buat pada minggu lepas. Kalau kesilapan tu besar, maka pepagi buta lagi boss akan BERTEMPIK. Bosan.
4. Hari Isnin kebiasaannya semua clients, supplier, customer nak buat TEMUJANJI itu dan ini pasal business. Nak makan pon tak sempat apetah lagi nk jawab call awek.
5. Hari Isnin paling MALAS nak bangun sebab dah 2 hari tido sampai pukul 12 tghari. Kadang-kadang, bangun je terus dinner. Huhu!
6. Hari Isnin tu la handphone/telefon office nak BERBUNYI tak henti-henti. Dari Boss sampai la ke kerani & despatch dok telefon tanye itu dan ini.
8. Hari Isnin tu la BANK nak call, tanye bila nak bayor duit keta yang dah tertunggak 3 bulan.
9. Hari Isnin la hari segala MASALAH nak datang.
10. Sebab UTAMA korang benci hari Isnin, adalah kerana korang dah SET kan dalam kepala otak korang untuk memBENCI hari tersebut. So, sampai bila-bila pon la korang akan terus membenci ISNIN yang tak bersalah tu. Huhu!
p/s: Kesian orang yag bernama Isnin / Ithnin. Tak pasal-pasal orang benci dengar nama korang. Huhu!
No comments:
Post a Comment