Thursday, August 18, 2011

Kurus...Salah Ke?


Entri ni memang ada kena mengena ngan aku. Nak cakap pasal masalah ORANG KURUS.

Sebenarnya, kalau korang nak tau...orang kurus (macam aku ni) ada 1 masalah. Nak tau masalah ape?


JENIS-JENIS MASALAH ORANG KURUS

1. Terlalu ramai sangat orang yang 'concern' dengan tubuh badannya yang kurus tu
2. Terlalu bosan dengan kutukan & nasihat orang yang sibuk suruh naikkan berat badan
3. Terlalu tertekan sebab bila cuba nak ikut cakap diorang, tapi tetap tak gemuk2 jugak
4. Telinga dah tuli dengan teguran orang yang 'busybody' dengan kekurusan yang mereka miliki.

Sebenarnya, itu masalah utama orang yang KURUS macam kami. Kami bukanlah ada masalah kesihatan sangat sebab aku rasa orang yang GEMUK lagi berisiko untuk mendapat bermacam-macam penyakit kalau KEGEMUKAN mereka itu tidak dikawal. Tapi masalah kami orang-orang KURUS ni bila berhadapan dengan orang2 yang rasa berat badan dia ideal sangat, rasa macam potongan badan dia menggiurkan atau mungkin rasa dia terlalu sihat dengan bentuk badan yang dia miliki.



Apa yang mereka kata & apa yang aku boleh FIGHT dengan jawapan?

Kata mereka,
"Kau ni kurus sangat lah. Nanti pakai baju apa pon, tak cantik."
aku jawab
"Kau rasa dengan tubuh badan kau yang kononnya chubby & anggun tu, kau dah cukup cantik ke pakai apa-apa baju?"

Kata mereka
" Kau ni naikkanlah berat badan sket. Dah macam lidi penyapu dah aku tengok"
aku jawab
" Kalau aku lidi penyapu, kau mesti macam kayu balak 3 pemeluk kan?"

Kata mereka
" Kau kalau kurus sangat, tak cantik. Takde shape."
aku jawab
" Biar aku takde shape, janji bila aku pegi kedai...ada baju untuk size aku. Daripada kau yang kononnye ada shape, selalu bermasalah nak cari size sbb sana terlebih, sini terlebih."

Kata mereka
" Kau ni, kalau kena tiup angin...aku rasa memang akan melayang"
aku jawab
" Aku sanggup melayang daripada aku terseksa kena hempap dengan orang segemuk kau."

Kata mereka
"Aku rasa kau ni kena minum Weight Gain ni bagi berat badan badan kau naik sikit."
aku jawab
" Tapi aku rasa kau ni pon kena pergi buat rawatan laser ni, sebab lemak yang berkepul-kepul kat pinggang kau tu menaikkan berat badan kau."

Kata mereka
" Lelaki suka perempuan chubby macam aku. Lelaki tak cari permpuan yang kurus meleding mcm kau."
aku jawab
" Tapi aku pasti lelaki yang suka badan kau yang chubby tu akan lari selepas kawen. Sebab mesti berat badan kau bertambah dan dia asyik sesak nafas sebab kena hempap."

Kata mereka
" Orang yang badan berisi lebih senang melahirkan anak"
aku jawab
" Aku rasa aku lagi percaya Qada' & Qadar tuhan dari aku percaya kata-kata kau yang langsung takde fakta tu."

Kata mereka
"Kau ni susah hati ke? Makin lama makin kurus aku tengok."
aku jawab
"Aah. Aku susah hati sebab tengok engkau makin lama, makin macam belon yang di pam-pam"


Jadi, golongan-golongan KURUS jangan mudah tertindas dengan kata-kata mereka yang merasakan diri mereka cantik, chubby & anggun sebab hanya Allah yang dapat menentukan nasib hamba-hambaNya. Bukan mereka. Jodoh, pertemuan, perpisahan, nasib, ajal & maut semuanya kerja Tuhan.

Biar kurus, janji sehat, mudah bergerak, hati senang & tenang. Dari gemuk, memanjang sakit, berisiko penyakit, susah bergerak, sukar nak cari size & susah hati selalu.

Renung-renungkan & selamat beramal! (^_^)

p/s: kite selalu dengar budak-budak kalo nak menyakat bunyinya macam ni,"Yea yea! Budak GEMUK! budak GEMUK!"
tapi kite jarangla dengar budak2 mengejek dengan bunyi macam ni," Yea yea! Budak KURUS! budak KURUS!" macam pelik je bunyinye kan? so sape lagi malu rasanye? hehe....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...