Friday, April 29, 2011

Thanks Everybody!

Alhamdulilah...segalanya berjalan dengan lancar dan teratur seperti yang dirancangkan. aku dah selamat menduduki ujian kenaikan pangkat dan keputusannya sangat memberangsangkan.
sekarang cuma tinggal ujian bertulis je lagi yang akan berlaku tak lama lagi. nak ambil kesempatan di sini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak2:
 yang memberi bantuan, kefahaman yang mendalam tentang subjek2 yang diuji dan tak lupa kepada pihak yang tak habis-habis memberi sokongan dan semangat utk aku buat yang terbaik dalam exam tu.
thanks everyone! syukran!

dalam kesibukan menghadapi exam, tak lupe juga kepada yang tersayang,
HAPPY 1st ANNIVERSARY...
walaupun kita tak sambut secara besar-besaran,
tp both of us still igt & have a little surprise sbg tanda mengingati tarikh ni.
semoga perhubungan ini akan kekal sehingga ke syurga.
it's about 1 year of facing bermacam-macam halangan dan dugaan tapi alhamdulilah dengan sikap sabar dan matang, kita boleh menghadapi semuanya dengan tenang.

dan walaupun diganggu oleh 'orang2' yang tak sepatutnya...(hehe) tapi kasih ini tetap utuh dan kuat untuk terus menepis segala cabaran yang mendatang. dan kepada 'orang2' yang tak sepatutnya, tidak usahlah datang mengganggu gugat dengan segala cerita yang kamu rasa dapat merobohkan ikatan ini.
kami tidak takut akan doamu, kami cuma takutkan ALLAH S.W.T...

Monday, April 4, 2011

Kesilapan, Kemaafan & Kesudahan...

kesilapan aku ialah...

aku terlalu megah terbang di angkasa
sehingga aku terlupa bahawa
sayapku tidak punya cukup kekuatan
untuk sampai ke langit ke-7
di suatu tahap di mana semua impian aku dimakbulkan

kesilapan kau pula adalah...

menjadi burung yang setia terbang bersamaku
tetapi di kala kau terasa bahawa sayapmu goyah
kau tidak menasihati aku untuk kembali mendarat ke tanah
sebaliknya kau terbang berlainan arah
mencari dahan pohon yang baru untuk kau singgah

kesilapan aku ialah...

ghairah merakam segala kenangan manis
di kaca mata dan otak pemikiran sehingga ianya tidak mampu dikikis
lalu mencucinya untuk di abadikan di dalam suatu album kenangan

kesilapan kau adalah...

gagal menyediakan sebuah album kenangan
untuk disusun semua gambar yang telah terakam indah
kalau ada pun yang kau susun dan cuba aturkan
ia sudah tidak lagi menceritakan sebuah kisah indah di hari yang cerah

bukan kau tidak memohon maaf...

dengan segala kesilapan dan kekhilafan yang telah kau ciptakan
dengan segala penipuan dan kepalsuan yang telah kau rekakan
dengan segala kepayahan yang kau tempuh
demi untuk melepaskan diri dari kebenaran

dan...

bukan aku tidak mahu memaafkan...

kerana kesilapan dan kekhilafan itu terlalu merentap kesedihan
kerana penipuan itu terlalu pedih untuk ditelan
kerana kepayahan kau itu terlalu sukar untuk aku tafsirkan
bahawa ia adalah sebagai satu ketelanjuran

katamu...andai kau punya waktu untuk kembali ke masa silam...

akan kau padam semua kisah pedih semalam yang menghasilkan kesuraman hari ini
akan kau perbetulkan segala kesilapan yang telah kau ukirkan
akan kau kunci segala nafsu mu untuk menjadi makhluk yang rambang matanya
akan kau teruskan kesetiaanmu terbang bersama aku hingga menuju ke kaki pelangi

dan kataku pula....andai aku punya waktu untuk merubah masa silam

akan aku patahkan sayap yang telah kau hadiahkan kepadaku
supaya aku tidak perlu terbang sehingga lupa asal usulku
supaya aku tidak hanyut di udara bersama janji-janjimu

akan aku ubah haluan ku supaya aku tidak ketemu dengan insan sepertimu
yang tidak mengenal erti setia dan menghargai setiap pengorbananku

akan aku pastikan setiap langkah ku itu agar menghindarkan diri terus darimu
kerana mukaku tidak setebal dan sekuat tembok
yang boleh menahan segala caci maki dan nistamu
setelah kau bertemu dengan yang baru

kita tak mungkin akan terbang bersama kembali
kita tidak mungkin akan bersama-sama berehat di kaki pelangi
kita tidak mungkin akan mempunyai album kenangan yang abadi

lupakan aku...
doakan kehidupanku...
mampu lebih bahagia walaupun tanpa kamu...
dan doaku untuk mu...
agar tiada lagi yang menangis kerana kau meninggalkannya terbang seorang diri di awan biru...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...