kesilapan aku ialah...
aku terlalu megah terbang di angkasa
sehingga aku terlupa bahawa
sayapku tidak punya cukup kekuatan
untuk sampai ke langit ke-7
di suatu tahap di mana semua impian aku dimakbulkan
kesilapan kau pula adalah...
menjadi burung yang setia terbang bersamaku
tetapi di kala kau terasa bahawa sayapmu goyah
kau tidak menasihati aku untuk kembali mendarat ke tanah
sebaliknya kau terbang berlainan arah
mencari dahan pohon yang baru untuk kau singgah
kesilapan aku ialah...
ghairah merakam segala kenangan manis
di kaca mata dan otak pemikiran sehingga ianya tidak mampu dikikis
lalu mencucinya untuk di abadikan di dalam suatu album kenangan
kesilapan kau adalah...
gagal menyediakan sebuah album kenangan
untuk disusun semua gambar yang telah terakam indah
kalau ada pun yang kau susun dan cuba aturkan
ia sudah tidak lagi menceritakan sebuah kisah indah di hari yang cerah
bukan kau tidak memohon maaf...
dengan segala kesilapan dan kekhilafan yang telah kau ciptakan
dengan segala penipuan dan kepalsuan yang telah kau rekakan
dengan segala kepayahan yang kau tempuh
demi untuk melepaskan diri dari kebenaran
dan...
bukan aku tidak mahu memaafkan...
kerana kesilapan dan kekhilafan itu terlalu merentap kesedihan
kerana penipuan itu terlalu pedih untuk ditelan
kerana kepayahan kau itu terlalu sukar untuk aku tafsirkan
bahawa ia adalah sebagai satu ketelanjuran
katamu...andai kau punya waktu untuk kembali ke masa silam...
akan kau padam semua kisah pedih semalam yang menghasilkan kesuraman hari ini
akan kau perbetulkan segala kesilapan yang telah kau ukirkan
akan kau kunci segala nafsu mu untuk menjadi makhluk yang rambang matanya
akan kau teruskan kesetiaanmu terbang bersama aku hingga menuju ke kaki pelangi
dan kataku pula....andai aku punya waktu untuk merubah masa silam
akan aku patahkan sayap yang telah kau hadiahkan kepadaku
supaya aku tidak perlu terbang sehingga lupa asal usulku
supaya aku tidak hanyut di udara bersama janji-janjimu
akan aku ubah haluan ku supaya aku tidak ketemu dengan insan sepertimu
yang tidak mengenal erti setia dan menghargai setiap pengorbananku
akan aku pastikan setiap langkah ku itu agar menghindarkan diri terus darimu
kerana mukaku tidak setebal dan sekuat tembok
yang boleh menahan segala caci maki dan nistamu
setelah kau bertemu dengan yang baru
kita tak mungkin akan terbang bersama kembali
kita tidak mungkin akan bersama-sama berehat di kaki pelangi
kita tidak mungkin akan mempunyai album kenangan yang abadi
lupakan aku...
doakan kehidupanku...
mampu lebih bahagia walaupun tanpa kamu...
dan doaku untuk mu...
agar tiada lagi yang menangis kerana kau meninggalkannya terbang seorang diri di awan biru...
No comments:
Post a Comment