Monday, June 27, 2011

Mimpi Sahabat (^_^)

memulakan pagi ni dengan dibasahi hujan...hmm habis basah uniform aku. huhu! tapi harap ia adalah hujan rahmat yang mengiringi hari aku berpuasa. (puasa ganti kot!)

nak citer pasal mimpi semalam. mimpi yang membuatkan aku taknak bukak mata. kalau terbuka, aku cepat2 lelap balik sebab taknak mimpi tu tamat takat tu saja. cop! ini bukan mimpi yang mengarut2 hokeh! (tolong jgn pikir negatif)

di dunia realiti, aku sangat membenci seorang manusia ni. padahal dia adalah teman aku yang agak rapat suatu ketika dulu. oleh kerana sedikit salah faham, (actually aku sendiri tak berapa nak pasti kenapa aku marahkan dia) aku membuang dia keluar dari kehidupan aku. apa yang aku pasti, aku pernah berkecil hati dengan dia dulu.

so semalam, aku mimpikan dia. aku rasa macam happy sangat sebab dapat tengok dia. (padahal dalam mimpi je) so, apekah maknanya? adakah aku merindui persahabatan itu? adakah aku sebenarnya masih tidak membuang dia dari kehidupan aku? haa...bencila dalam dilema macam ni. nak ikut kata hati ke, nak ikut kata akal?

walaupun benci & marahkan dia...tapi sebenarnya kan...aku still lagi rasa dia adalah sahabat yang baik. yang sanggup mendengar masalah & ceritera hidup aku yang clumsy ni. ahahah! tapi mungkin kerana satu kesilapannya, aku membuang dia jauh-jauh. aku yang kejam atau keadaan sebenarnya yang memutuskan persahabatan ni?

dan akhirnya, bangun je dari tidur pagi tadi. aku terus kembali mencari dia dalam FB. hoho! apekah? tapi betul orang cakap...persahabatan yang berlandaskan kematangan adalah sesuatu yang sukar dilupakan, sukar ditinggalkan. satu hari nanti kita pasti akan cari balik. ego kita pasti akan kalah dengannya. dan kepada sahabat tersebut, aku mintak maaf kerana setelah sekian lama menyepi. jauh di sudut hati,mimpi semalam betul2 buat aku gembira dan tak sangka. bertemu kamu di dalam mimpi & mendengar kamu berseloroh seperti dahulu. that's the unique of you. i'll never forget you (^_^)

Tuesday, June 14, 2011

Antara Cinta & Buta...mana satu?

Inilah Cinta....

Ada seorang gadis buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Gadis tu selalu berkata,

"Saya akan mengahwini awak kalau saya boleh melihat."

Suatu hari, ada orang telah mendermakan mata kepada gadis tersebut. Bila gadis itu telah boleh melihat, dia merasa sungguh terkejut apabila mengetahui bahawa kekasihnya juga adalah seorang yang buta. Kekasihnya bertanya,

"Awak sudah boleh melihat. Sekarang, sudikah awak mengahwini saya?"

Gadis itu menolak mentah-mentah. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata,

"Baiklah. kalau macam tu, saya pergi dulu. Cuma satu saya minta...Tolong jaga mata saya baik-baik. Hanya itu bukti cinta saya pada awak."

Gadis itu terkesima.

Pengajaran: Jangan bagi mata kita pada orang yang tak reti menepati janji. hehe! just kidding...u all lagi bijak utk menentukan apekah pengajaran yang sebetulnya kita ambilkan? (^_^)

Sunday, June 12, 2011

Bila Kita Rasa Tidak Diperlukan...

kita rasa tidak diperlukan...

bila kita cuba mengambil berat...
tapi kita disisih jauh...
sejauh yang boleh mereka letakkan kita...

kita rasa tidak diperlukan...

bila kita cuba memberi komitmen sebaik mungkin...
tapi komitmen kita disalah ertikan...

kita rasa tidak diperlukan...

bila kita cuba mengalah...
kita akan dilayan tidak ubah seperti...
kita yang berdosa dan kita seorang sahaja yang bersalah...

kita rasa tidak diperlukan...

bila setiap janji yang kita buat...
diperlekehkan ibarat janji kita itu cumalah secebis sampah...
yang layak dibuang dan terbuang...

bila kita rasa tidak diperlukan...
jauhkanlah diri...
hilangkanlah dari mata hati...
melangkah lah pergi sejauh yang mampu...
kerana kita juga punya maruah...
yang layak dibela dan ditinggikan darjatnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...