Tuesday, June 14, 2011

Antara Cinta & Buta...mana satu?

Inilah Cinta....

Ada seorang gadis buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Gadis tu selalu berkata,

"Saya akan mengahwini awak kalau saya boleh melihat."

Suatu hari, ada orang telah mendermakan mata kepada gadis tersebut. Bila gadis itu telah boleh melihat, dia merasa sungguh terkejut apabila mengetahui bahawa kekasihnya juga adalah seorang yang buta. Kekasihnya bertanya,

"Awak sudah boleh melihat. Sekarang, sudikah awak mengahwini saya?"

Gadis itu menolak mentah-mentah. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata,

"Baiklah. kalau macam tu, saya pergi dulu. Cuma satu saya minta...Tolong jaga mata saya baik-baik. Hanya itu bukti cinta saya pada awak."

Gadis itu terkesima.

Pengajaran: Jangan bagi mata kita pada orang yang tak reti menepati janji. hehe! just kidding...u all lagi bijak utk menentukan apekah pengajaran yang sebetulnya kita ambilkan? (^_^)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...