Saturday, June 22, 2013

Akad Nikah & Malam Berinai (^_^)

Salam...hello Saturday!

Sambil mengisi masa bekerja di waktu weekend ni, jom kite refresh balik majlis akad nikah & majlis persandingan aku dan hubby yang telah berlangsung 5 minggu yang lepas. Uik? Sedar tak sedar dah sebulan seminggu aku jadi bini orang. Huhu... (^_^)


Saat-saat cuak dan hati berdebar-debar.Heee....


Oh, Mr Hubby pon look handsome dengan baju melayu berwarna bronze pilihannya. 
At 1st, aku tak setuju dengan color ni.
Tapi bila dah jadi sepasang baju...eh! Cantik la pulak. Huuuu...
Pandai awak pilih =)



Masa ni tahap nervous memang tak bley nak diluahkan.
Muka maintain serius.
Nasib baik ada bodyguard besar (pakai kopiah) 
dan bodyguard kecik (Zara) kat belakang tu. Hehe.




Saat-saat mencemaskan.
Cemas untuk pengantin lelaki sebab tak ada pengalaman bernikah.
Cemas untuk si tukang nikah. Ayah sayang.
Sebab last dia nikahkan anak-anak perempuannya (along & angah) 
adalah pada 12 tahun yang lepas. Huuu...
Alhamdulilah, akhirnya semua berjalan dengan lancar. 


Mama sayang. Always ada di belakang memberi semangat.


Ya Allah...
Terima kasih kerana telah mengikatkan hubungan ini dengan ikatan yang sah.
Bantulah kami suami isteri dalam membina sebuah keluarga yang bahagia.


Ameen....
Ya Allah, pimpinlah saya agar menjadi seorang isteri yang solehah dan....
bantulah juga saya supaya saya sentiasa rajin ke dapur
dan pandai memasak untuk suami saya.
Aaammmeeennn...... (^_*)


Ok, saat ni husband komplen....
"Awning tudung awak tu ke depan sangat. Keras pulak tu.
Susah saya nak cium dahi awak. Nasib baik hidung dan muncung saya tajam.
Cecah jugak ke dahi awak"
Pulak.... (*_*)




My both sis. Love u!


Alhamdulilah...everything goes fine di sepanjang hari nikah.


Malam Berinai.
Ape itu malam berinai?

Sumber Wikipedia....
Istiadat berinai besar bermula dengan para tetamu lelaki naik ke pelamin, satu demi satu, untuk membuang sedikit nasi kunyit pada sebelah kiri kanan pengantin lelaki. Perbuatan yang sama kemudian dilakukan dengan bertih. Ini diikuti oleh tangkai daun wangi yang dicelupkan ke dalam air daun setawar dan kemudian digunakan untuk menyentuh kedua-dua belakang tangan pengantin lelaki. Akhirnya, tetamu akan mengambil sedikit pes inai dari longgok di tengah dulang dan selepas meletakkannya pada daun sirih yang disediakan oleh emak pengantin, akan meletakkannya pada tapak tangan pengantin lelaki. Daun sirih itu bertujuan untuk mengelakkan mengotorkan tangan pengantin. Sejurus selepas ini, emak pengantin akan merapatkan kedua-dua tangan pengantin dan menaikkannya pada aras dada sebagai tanda menyembah kepada tetamu yang melakukan istiadat ini. Istiadat ini biasanya dilakukan oleh semua tetamu yang minat, tetapi bilangan mereka harus merupakan bilangan ganjil dan bukannya genap.


 Untuk adat ini, family aku tidaklah strictly ikut sangat adatnya.
Cuma mengambil beberapa bahagian yang ringkas sahaja.
And my family ada norm yang lebih meriah bila buat kenduri kahwin.

Pada malam berinai ni, 
family aku lebih suka untuk memeriahkan lagi suasana
dengan mengadakan kenduri, makan-makan, bunga api dan karaoke.
Sebab my uncles semuanya gila karaoke. Huhu.

Dan malam tu ada la jugak si perantin 2 orang tu memakai sepasang baju.
Pemilihan baju ni actually adalah sebagai menunaikan hajat my grandma.
Dia nak sangat tengok cucu dia pakai sanggul lintang. 
Al maklumlah, keluarga kami ni memang akar umbinya berasal dari Melaka.
 Maka, malam tu aku menahan sedikit berat dan sakit
Untuk memakai sanggul lintang tersebut dan dikenakan dengan baju songket. 


Haa..see. Cantikkan sanggul lintangnye? 
Tapi tuhan jer yg tau betapa beratnya sanggul tu. 
Rasa nak terlentang pun ada. Huhu...


2 comments:

Honey IsyQi said...

accidentaly pg blog ni time search pasal kad kawen.. eh tak sangka tuan zawir dah kawen.. sampai ati dia tak jemput kitorang huhu.. btw kim salam dgn dia yer sis.. moga bbahagia till jannah..

Miss Ashu (^_^) said...

InsyaAllah...Tqvm (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...