Wednesday, November 6, 2013

The Simptoms & Risk of Placenta Previa (PP)...My Own Experience ^_^

Salam!

Honestly, for the very 1st time,while I'm on my journey to be a mother, aku sangat kurang berpengetahuan tentang DO & DON'T as a pregnant woman or as a mummy-to-be. Di sepanjang tempoh aku mengandung ni, ramai 'rakan-rakan seangkatan' jugak yang sedang pregnant. Dan aku tengok, diorang sangat agressif untuk mencari tips-tips dan petua-petua untuk senang bersalin, untuk kekalkan kesihatan bayi di tahap yang baik sama ada ketika dalam perut atau pun setelah dilahirkan. 

Luckily, aku ada member-member ladies, sisters, mama & MIL, other mommies around me yang sedikit sebanyak membantu beritahu aku perkara-perkara yang aku tiba-tiba rasa nak tau pasal pregnancy dan baby. And sometimes, diorang lebih concern beritahu macam-macam tips tanpa perlu aku bertanya.

Tapi bila aku malas nak bertanya, aku akan duduk diam je and just wait for what happen next. Poor you, Ashu! Huh!

Until 1 day, dalam minggu lepas (week 23), aku mengalami sedikit masalah pasal pregnancy. Aku mengalami MINOR BLEEDING. Really minor. SIMPTOM-simptom yang aku alami adalah:

a. Warna bleeding bukan merah. Cuma coklat-coklat sahaja.
b. Happened only twice. Late evening sekali (29 Oct) dan early morning sekali (30 Oct).
c. Langsung tak rasa sakit.
d. Baby still aktif macam biasa. 

But aku punya worry, sangatlah MENGGUNUNG TINGGI! 1st baby kan. Aku fikir macam-macam. I keep on sms-ing asben to tell him yang aku sangat rasa tak sedap hati dengan keadaan itu. Aku google segala macam website yang menceritakan tentang masalah yang sama yang aku hadapi. Aku tanya dengan semua orang yang pernah ada pengalaman mengandung dan bleeding.

***********************************************************

Melalui pembacaan aku dan penceritaan daripada orang-orang yang berpengalaman, banyak KEMUNGKINAN yang boleh dijangka bila berlakunya minor bleeding. 

1. Ia merupakan saki baki darah period yang tidak keluar habis dari vagina.

2. Aktiviti pregnant mummy yang terlalu lasak.

3. Mengangkat beban yang berat dan beri pressure pada rahim.

4. Sex activity with husband yang menyebabkan berlaku sedikit pendarahan pada salur vagina.

5. Risiko mengalami masalah PLASENTA PREVIA @ P.P which is ada 4 level. Dari tahap normal kepada tahap bahaya.

************************************************************

So, aku pun mulalah eager nak Google pasal ape yang dimaksudkan dengan Plasenta Previa. Dari beberapa sumber yang aku perolehi, barulah aku tahu ape itu Plasenta dan Plasenta Previa @ P.P sebenarnya.


APA ITU PLASENTA?


Plasenta dalam bahasa yang biasa kita sebut adalah 'Uri'. Fungsi uri adalah sambungan antara bayi dan ibu untuk pemakanan, pernafasan, perkumuhan janin, penyimpanan, rembesan hormon dan perlindungan melalui tali pusat.


This is the real placenta. *sumber Google*


Plasenta berhubung dengan bayi melalui tali pusat. *sumber Google*

APA ITU PLASENTA PREVIA @ P.P

4 tahap PP adalah seperti berikut:


  • Type 1 (Low Lying) --> Uri berada di bahagian bawah rahim tetapi tidak melindungi bukaan rahim. Jaraknya antara uri dan bukaan rahim kurang dari 2cm dalam ultrasound scan.
  • Type 2 (Marginal) --> Uri menyentuh tetapi tidak melindungi bukaan rahim.
  • Type 3 (Partial) - -> Uri menutup sebahagian permukaan rahim.

  • Type 4 (Complete) --> Uri menutup keseluruhan bukaan rahim.


*sumber Google*

*sumber Google*


APA AKAN BERLAKU SEKIRANYA DISAHKAN MENGALAMI PP?

  • Anda boleh melahirkan bayi secara normal/ vaginal birth sekiranya anda berada di tahap Type 1 & Type 2.
  • Anda perlu melahirkan bayi secara Cesarean/ pembedahan sekiranya berada di tahap Type 3 & Type 4.

APAKAH RISIKO PP KEPADA IBU DAN BAYI?
  • Pendarahan tanpa rasa sakit - Bermula dengan pendarahan yang sedikit atau sederhana kepada yang lebih teruk. Berlaku tiba-tiba.
  • Kedudukan bayi tidak normal - Melintang, songsang atau oblique.
  • Tanda-tanda kelahiran pra matang - Nisbah kepada 1:5 wanita yang ada PP berisiko untuk melahirkan bayi pra matang di mana pengecutan rahim berlaku.
  • Tiada sebarang gejala - Hanya boleh dikesan melalui ultrasound scan.
*********************************************************

So, atas nasihat asben, aku pergi check pada doktor di klinik kecil tempat aku bekerja. Kat sana aku kena buat ultrasound scan untuk tengok kadar degupan jantung baby dan mengesan di mana kedudukan plasenta aku sebenarnya.

I'm not lucky for that day, bila scan itu tidak menunjukkan dengan jelas kedudukan plasenta aku. Doc also tidak confident untuk memberikan jawapan kerana that machine memang tidak dapat menunjukkan plasenta tu dengan jelas. Yela, kadang-kadang kelengkapan kat klinik kerajaan tidaklah secanggih klinik/hospital swasta. Aku faham dengan keadaan tu.

So, at 1st she decided to refer this case pada Klinik Kesihatan Daerah atau General Hospital. But, bila dia tahu aku baru 23 weeks on that time, doc kata,

'Why don't we wait for another 1 week. Kita tengok sama ada the minor bleeding is still happen and if it's true that the plasenta is not in the right position, adakah plasenta itu akan bergerak ke atas semula selepas 1 minggu'.

Sebab aku difahamkan oleh doktor, sebelum minggu ke 28, plasenta akan masih boleh berubah-ubah kedudukannya kerana baby masih lagi kecil pada waktu tu. But, bila sampai je week 28 dan ke atas, plasenta akan stay di mana dia berada dan tidak akan berubah banyak dari kedudukannya selepas itu. Sebab baby dah membesar dan semakin memenuhi ruang.

Aku pun bersetuju dengan cadangan tu. Tapi bila balik rumah, aku jadi makin bimbang sedangkan aku sendiri dapat rasa yang baby sangat aktif masa tu. Well, orang takde pengalaman kan...macam tu lah gayanye. Risau memanjang. Hehehe...

So, the next 2 days (1 Nov), asben pon yang tak senang duduk, (kejap-kejap dia pegang perut untuk rasa baby bergerak atau tidak) ajak aku pegi scan di klinik luar. Dia sanggup amik cuti kecemasan. Then, kami pun pegilah ke klinik swasta.

Kat sana barulah kami dapat confirmkan daripada 2 orang doktor sekaligus, bahawa my plasenta is still in a good position. I'm not facing the risk of Plasenta Previa. Kata doktor-doktor tu lagi, minor bleeding tu mungkin adalah disebabkan oleh aku yang terlalu lasak dengan rutin harian.

Yes, aku memang mengaku yang aku sangatlah lasak sejak masuk minggu ke-20 pregnant ni. Sebab aku bajet perut aku kecik, badan aku masih ringan, so aku dengan berlagaknya buat macam-macam kerja walaupun asben dah marah banyak kali. Menyapu, mengemop dan kalau asben takde aku dengan beraninya angkat kerusi lah, angkat kotaklah. Maybe this is why aku menghadapi minor bleeding. Nasib baik tak serius!

Tapi doktor ada jugak pesan, the risk untuk mengalami masalah PP is still there, selagi aku tak masuk minggu ke 28. So, berhati-hati dan keep on eye tentang masalah tu.

So, mommies out there...hope pengalaman kecil yang berlaku pada aku ni dapat dijadikan iktibar kepada mommies di luar sana. Don't easily pandang remeh dengan pregnancy. Keep on seraching semua jenis tips dan learn from your own experience and others. Even itu bukanlah kehamilan yang pertama. Kadang-kadang ada mummy yang cakap, dulu mase 1st pregnancy dia ok je. So, 2nd pregnancy should be ok. Itu adalah tanggapan yang salah.

Wish me luck and please pray for us! (^_^)


Sunday, November 3, 2013

Small Preparation For Feb 2014 (^_^)

Salam!

Lama tak update blog since netbook aku starts acting `slow motion`. Huh! Mintak upgrade la tu.... *_* Tunggulah...sekarang bukan lagi masa untuk upgrade gadjet atau modified kereta dah. Huhu...itu hobi zaman bujang. So, siapa yang masih bujang...enjoy your single life sebaiknya. I mean, kepada perkara yang baik-baik la. Bukan pada perkara-perkara yang mengarut. Sebab bila dah kahwin, bukanlah tak boleh enjoy lagi. Tapi, rasa nak enjoy tu akan jadi lebih kepada enjoy bersama family--> suami/isteri dan anak-anak. Duit yang ada tu rasanya lebih berbaloi untuk spend bersama family.

Sekarang, bila da berkeluarga, duit takleh la nak lenjan sangat, lagi-lagi dah berbadan dua ni kan? Alhamdulilah, rezeki semakin bertambah since berkeluarga, apetah lagi bila dapat tau dah mengandung. 1st trimester pregnancy, kami asssben and waifff ni dah start saving money untuk beli barang-barang persediaan bagi persediaan menunggu kelahiran si sweetheart. Masuk 2nd trimester, kami start beli sikit-sikit barang yang perlu. 

Ada pihak2 yang cakap, it`s too early untuk beli barang baby pada 2nd trimester ni. Yelah, orang tua ada cakap, jangan get into over excited. Tapi kami bukanlah over excited. Cuma bila fikir aku ni baru 5 bulan dah sakit pinggang bagai, apelah ceritanya nanti kalau dah masuk 7 ke 8 bulan. Mesti nak jalan pun tak larat. So, persediaan awal sebelum aku tak larat nak keluar rumah, it`s better la kan kalau beli sikit-sikit dari sekarang. Sekurang-kurangnya nanti takdelah menyusahkan orang lain untuk beli barang baby kalau aku dah tak mampu nak berjalan-jalan shopping. Nak harap daddy dia pergi beli sorang? Kang suruh beli pampers baby, dia beli pampers orang tua pulak. Hehe!

Kebetulan this week, PISA Penang ada buat expo Mum & Kids 2013, so we took this chance untuk tinjau-tinjau apa yang boleh kami dapat kat sana. By the way, sebelum pergi, asben aku ada cakap macam ni.....

"Syg, expo ni untuk Mum and Kids kan?" kata dia sambil mata tenung banner yang tersangkut kat tiang letrik tepi jalan.

"Aah, Mum and Kids. Kenapa syg?" jawab aku pelik.

"Owh, maknanya, Mummy dengan baby jela kena pegi. Daddy tak pegi pun takpe, kan?" kata asben aku dengan senyuman meleret. Muka nak menyakat.

"Amboi-amboi-amboiiiii.....carik alasan ehhhh! Takde-takde! Jom!" Kata aku sambil memulas telinga dia. Berdekah-dekah Daddy ko ketawa, baby. Sabar jelah Mummy. Hehe...

By the way, alhamdulilah dapat asben yang senang sangat untuk diajak berjalan atau shopping. Plus, kalau dia ada kat rumah waktu cuti, dia takkan bagi sebarang alasan untuk menemani aku keluar. Even nak pegi 7 Eleven. Mesti kena ajak dia. Dan sejak kawen, aku rasa aku dah memang jarang sangat driving kecuali untuk pergi kerja. Itu pun sebab tempat kerja dan masa kerja kami berbeza. He will not let me driving tanpa sebab lagi-lagi since aku sah mengandung. Hah, manja sangat ko kan Ashu.... kikiki.....

So, dipendekkan cerita, disepanjang kami berada di expo tu, kami takdelah borong ape sangat sebab expo kali ni macam tak berapa nak meriah je. But, harga pampers memang sangat murah kalau nak dibanding bezakan dengan harga dekat pasaran. Ok-ok jom tengok apa yang berlaku kat expo. Semua gambar ni di capture oleh asben aku yang tetiba rajin nak mengangkut camera sekali ke sana. Mungkin dia takut bosan bila aku leka dan lama sangat nak memilih barang. Paham sangat dah tu dengan perangai bini dia. Hehehe....

This is the new look of PISA. Management baru-- SP Setia. 
Memang sangat cantekkk dan cool.
Asben sangat tak sabar nak `merasmikan` swimming pool kat situ.
Katanya nak train anak swimming pun kat situ.
Yo yo oo je.... 
* suara tak puas ati seorang mummy yg tak pandai swimming*

  

  See...perut kecik je walaupun dah 5 bulan. Huhu!
Barang Tomme Tippe memang murah. 
Tapi tak jauh beza sangat dengan Sale kat SOGO.
Dalam seringgit dua je beza harganye.


 
Ok, ini muka puas hati bila dapat tawaf satu expo. 
Even takde sangat barang yang berminat untuk dicapai. 
Janji pegi kan? Hehehe..... 



Lepas tu, Daddy bawak Mummy dan baby makan Pasemboqqq kat Gurney.
Ohoiii...pasemboqqq memang sedap.
Tapi sepinggan besar tu cube teka berapa ringgit?
RM30 uollss....memang banyak.
Jenuh nak menghabiskan.
Balik je dari Gurney, Daddy dia mabuk pasemboq...
Muak katanya. Kehkeh!


Bila balik je rumah, lepas rehat-rehat...terfikir apalagi barang baby yang perlu dibeli. Esok ingat nak ajak asben pegi SP pulak. Kat sana ada satu kedai baby yang sangat besar dan quite berbaloi jugak barang dia. Haritu dah pegi window-window shopping dah untuk survey harga.

So, I opened closet yang kami khaskan untuk si sweetheart to find out apa yang perlu dibeli lagi. 
Hmmm rasanya banyak lagi benda yang takde.

Nampak kosong lagi kan? Kesian baby. Baju dia pun tak banyak lagi.

 Botol-botol susu dia. 
Tommee Tippe tu aku grab kat SOGO. 
Got 2 bottle in 1 box. Boleh tahan murah.
Nyesal plak tak beli lagi 1 set. Ekekekek!

Ice pack, cool bag and milk storage from Autumnz.
Yang ni aku grab through online. Pun sangat berbaloi. 
Sebab dia wat harga pakej promotion.
3 barang ni aku dapat dengan harga RM 103 termasuk postage.. 
Tapi kalau harga sebenar barang-barang ni:
Ice pack--> RM 23.90
Milk storage (10bottle) --> RM 38.90
Cool bag --> RM 55.90
TOTAL = RM 118.70 
So, secara auto nye aku dah jimat lebih kurang RM 15.90.

Apa nama website?
Ok, korang try search www.onebabyworld.com
Memang gila tengok website ni. Rambang mata mummy2 sekalian. Huhu...


 Baju? Kalau kira-kira yang ada kat dalam almari tu, tak sampai pun 10 helai. Huhu! Dan semua kaler yang ada tak menjurus kepada jantina baby pun. Semuanya kaler universal je. Heee.... Sebab masa kami beli baju-baju ni, kami belum tau lagi jantina si kecik dalam perut ni. So, Daddy kata, be safe. Nanti kalau keluar boy, takkan nak naya dia pakai baju pink plak? LOL. 

Tapi sekarang dah tau. So boleh la start beli banyak-banyak. Hihihi.....Boy ke girl? 
Alaaa...tunggu la Feb 2014 la. Nanti tak surpriseee. Huhu!

Owh, by the way...
set-set dalam kotak tu semua aku grab dari SOGO Sale.
Semua orang tau kan SOGO kalau sale, bukan sikit-sikit punye sale.
Yang bergantung kat hanger tu pulak semua dari Sunshine Mall, Bayan Baru. 
Sunshine memang terkenal dengan barang baby yang banyak dan quite murah dan berbaloi.

 Pampers. Haaa...kemain banyak kan? Hehe...
Yang ni aku grab kat expo tadi.
Kalau tak silap harga kat pasaran dalam RM 32++
Tapi masa kat expo tadi 1 bungkus utk NewBorn punye size RM 25 je.
Beli 2 x NB + 1 S size--> got free 1x M size Dry Pants + 1 roll soft tissue.
Aku rasa cukup la tu kot sementara nak tunggu si sweetheart ni keluar.

Tapi dalam pada si Mummy dia sibuk beli barang untuk sambut baby, Daddy dia lagi advanced. Daddy dah siap-siap beli tikar ABC evamatic. Katanya, anak dia akan lebih cepat belajar kalau duduk atas tikar ABC ni. Adoii....Daddy...Daddy....sangat jauh Daddy berfikir. Hehe...










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...