Wednesday, November 6, 2013

The Simptoms & Risk of Placenta Previa (PP)...My Own Experience ^_^

Salam!

Honestly, for the very 1st time,while I'm on my journey to be a mother, aku sangat kurang berpengetahuan tentang DO & DON'T as a pregnant woman or as a mummy-to-be. Di sepanjang tempoh aku mengandung ni, ramai 'rakan-rakan seangkatan' jugak yang sedang pregnant. Dan aku tengok, diorang sangat agressif untuk mencari tips-tips dan petua-petua untuk senang bersalin, untuk kekalkan kesihatan bayi di tahap yang baik sama ada ketika dalam perut atau pun setelah dilahirkan. 

Luckily, aku ada member-member ladies, sisters, mama & MIL, other mommies around me yang sedikit sebanyak membantu beritahu aku perkara-perkara yang aku tiba-tiba rasa nak tau pasal pregnancy dan baby. And sometimes, diorang lebih concern beritahu macam-macam tips tanpa perlu aku bertanya.

Tapi bila aku malas nak bertanya, aku akan duduk diam je and just wait for what happen next. Poor you, Ashu! Huh!

Until 1 day, dalam minggu lepas (week 23), aku mengalami sedikit masalah pasal pregnancy. Aku mengalami MINOR BLEEDING. Really minor. SIMPTOM-simptom yang aku alami adalah:

a. Warna bleeding bukan merah. Cuma coklat-coklat sahaja.
b. Happened only twice. Late evening sekali (29 Oct) dan early morning sekali (30 Oct).
c. Langsung tak rasa sakit.
d. Baby still aktif macam biasa. 

But aku punya worry, sangatlah MENGGUNUNG TINGGI! 1st baby kan. Aku fikir macam-macam. I keep on sms-ing asben to tell him yang aku sangat rasa tak sedap hati dengan keadaan itu. Aku google segala macam website yang menceritakan tentang masalah yang sama yang aku hadapi. Aku tanya dengan semua orang yang pernah ada pengalaman mengandung dan bleeding.

***********************************************************

Melalui pembacaan aku dan penceritaan daripada orang-orang yang berpengalaman, banyak KEMUNGKINAN yang boleh dijangka bila berlakunya minor bleeding. 

1. Ia merupakan saki baki darah period yang tidak keluar habis dari vagina.

2. Aktiviti pregnant mummy yang terlalu lasak.

3. Mengangkat beban yang berat dan beri pressure pada rahim.

4. Sex activity with husband yang menyebabkan berlaku sedikit pendarahan pada salur vagina.

5. Risiko mengalami masalah PLASENTA PREVIA @ P.P which is ada 4 level. Dari tahap normal kepada tahap bahaya.

************************************************************

So, aku pun mulalah eager nak Google pasal ape yang dimaksudkan dengan Plasenta Previa. Dari beberapa sumber yang aku perolehi, barulah aku tahu ape itu Plasenta dan Plasenta Previa @ P.P sebenarnya.


APA ITU PLASENTA?


Plasenta dalam bahasa yang biasa kita sebut adalah 'Uri'. Fungsi uri adalah sambungan antara bayi dan ibu untuk pemakanan, pernafasan, perkumuhan janin, penyimpanan, rembesan hormon dan perlindungan melalui tali pusat.


This is the real placenta. *sumber Google*


Plasenta berhubung dengan bayi melalui tali pusat. *sumber Google*

APA ITU PLASENTA PREVIA @ P.P

4 tahap PP adalah seperti berikut:


  • Type 1 (Low Lying) --> Uri berada di bahagian bawah rahim tetapi tidak melindungi bukaan rahim. Jaraknya antara uri dan bukaan rahim kurang dari 2cm dalam ultrasound scan.
  • Type 2 (Marginal) --> Uri menyentuh tetapi tidak melindungi bukaan rahim.
  • Type 3 (Partial) - -> Uri menutup sebahagian permukaan rahim.

  • Type 4 (Complete) --> Uri menutup keseluruhan bukaan rahim.


*sumber Google*

*sumber Google*


APA AKAN BERLAKU SEKIRANYA DISAHKAN MENGALAMI PP?

  • Anda boleh melahirkan bayi secara normal/ vaginal birth sekiranya anda berada di tahap Type 1 & Type 2.
  • Anda perlu melahirkan bayi secara Cesarean/ pembedahan sekiranya berada di tahap Type 3 & Type 4.

APAKAH RISIKO PP KEPADA IBU DAN BAYI?
  • Pendarahan tanpa rasa sakit - Bermula dengan pendarahan yang sedikit atau sederhana kepada yang lebih teruk. Berlaku tiba-tiba.
  • Kedudukan bayi tidak normal - Melintang, songsang atau oblique.
  • Tanda-tanda kelahiran pra matang - Nisbah kepada 1:5 wanita yang ada PP berisiko untuk melahirkan bayi pra matang di mana pengecutan rahim berlaku.
  • Tiada sebarang gejala - Hanya boleh dikesan melalui ultrasound scan.
*********************************************************

So, atas nasihat asben, aku pergi check pada doktor di klinik kecil tempat aku bekerja. Kat sana aku kena buat ultrasound scan untuk tengok kadar degupan jantung baby dan mengesan di mana kedudukan plasenta aku sebenarnya.

I'm not lucky for that day, bila scan itu tidak menunjukkan dengan jelas kedudukan plasenta aku. Doc also tidak confident untuk memberikan jawapan kerana that machine memang tidak dapat menunjukkan plasenta tu dengan jelas. Yela, kadang-kadang kelengkapan kat klinik kerajaan tidaklah secanggih klinik/hospital swasta. Aku faham dengan keadaan tu.

So, at 1st she decided to refer this case pada Klinik Kesihatan Daerah atau General Hospital. But, bila dia tahu aku baru 23 weeks on that time, doc kata,

'Why don't we wait for another 1 week. Kita tengok sama ada the minor bleeding is still happen and if it's true that the plasenta is not in the right position, adakah plasenta itu akan bergerak ke atas semula selepas 1 minggu'.

Sebab aku difahamkan oleh doktor, sebelum minggu ke 28, plasenta akan masih boleh berubah-ubah kedudukannya kerana baby masih lagi kecil pada waktu tu. But, bila sampai je week 28 dan ke atas, plasenta akan stay di mana dia berada dan tidak akan berubah banyak dari kedudukannya selepas itu. Sebab baby dah membesar dan semakin memenuhi ruang.

Aku pun bersetuju dengan cadangan tu. Tapi bila balik rumah, aku jadi makin bimbang sedangkan aku sendiri dapat rasa yang baby sangat aktif masa tu. Well, orang takde pengalaman kan...macam tu lah gayanye. Risau memanjang. Hehehe...

So, the next 2 days (1 Nov), asben pon yang tak senang duduk, (kejap-kejap dia pegang perut untuk rasa baby bergerak atau tidak) ajak aku pegi scan di klinik luar. Dia sanggup amik cuti kecemasan. Then, kami pun pegilah ke klinik swasta.

Kat sana barulah kami dapat confirmkan daripada 2 orang doktor sekaligus, bahawa my plasenta is still in a good position. I'm not facing the risk of Plasenta Previa. Kata doktor-doktor tu lagi, minor bleeding tu mungkin adalah disebabkan oleh aku yang terlalu lasak dengan rutin harian.

Yes, aku memang mengaku yang aku sangatlah lasak sejak masuk minggu ke-20 pregnant ni. Sebab aku bajet perut aku kecik, badan aku masih ringan, so aku dengan berlagaknya buat macam-macam kerja walaupun asben dah marah banyak kali. Menyapu, mengemop dan kalau asben takde aku dengan beraninya angkat kerusi lah, angkat kotaklah. Maybe this is why aku menghadapi minor bleeding. Nasib baik tak serius!

Tapi doktor ada jugak pesan, the risk untuk mengalami masalah PP is still there, selagi aku tak masuk minggu ke 28. So, berhati-hati dan keep on eye tentang masalah tu.

So, mommies out there...hope pengalaman kecil yang berlaku pada aku ni dapat dijadikan iktibar kepada mommies di luar sana. Don't easily pandang remeh dengan pregnancy. Keep on seraching semua jenis tips dan learn from your own experience and others. Even itu bukanlah kehamilan yang pertama. Kadang-kadang ada mummy yang cakap, dulu mase 1st pregnancy dia ok je. So, 2nd pregnancy should be ok. Itu adalah tanggapan yang salah.

Wish me luck and please pray for us! (^_^)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...