Salam & selamat pagi!
Rasanya dah lama tak tulis entry since the last entry pasal Placenta Previa aritu kan? By the way...macam-macam yang jadik selama aku tak berkesempatan untuk story mory morning glory kat blog ni. Dengan admitted wad 2 kali nye, dengan tugasan office yang sedikit mencabar hujung-hujung tahun ni. Tapi alhamdulilah, semuanya berjaya dihadapi dengan tenang. Ceewaahh!
Kenapa admitted ward?
This is my very 1st time punya experience masuk wad.
Selama 27 tahun hidup, belum pernah lagi tido atas katil spital.
Honestly, yang tak bestnya,
walaupun tak rasa sakit tapi sebab keliling org sakit,
memang secara auto rasa sakit. Hukhuk....
Tapi yang bestnya....org anta makan sampai ujung kaki. Hehe!
The bleeding still continued for several weeks...plus sampai skrg. But it's actually not exactly macam blood colour, merah. Just spotty yang berwarna koko only. Cuma ada sekali yang keluar tompok darah pekat sebesar syiling 50sen. Aku pun tak pasti kenapa sebab ia memang tak sakit. But dari apa yang aku alami, once aku lasak sket, the stain akan keluar sama ada byk atau sedikit. Tapi kalau duduk-duduk saja, memang clean. Adakah itu bermakna baby nak mummy dia duduk rehat sahaja sepanjang masa? Huhu...tak boleh la macam tu baby, tak terurus lah daddy kamu tu nanti kalau mummy duduk saja tak masak, tak kemas rumah. Hehe!
From doctor punya early analysis, might be the stains bukanlah disebabkan oleh baby. Sebab growth baby adalah normal, movement juga good. Mereka suspect something happen inside my pangkal rahim. OMG...sangat takut. Semua wanita pasti akan takut bila ada masalah dengan pangkal rahim. Itu adalah organ dalaman yang paling bernilai untuk seorang wanita. Betul tak?
So, 2 times of admitted in ward, pap smear test, 3 minggu menunggu result, akhirnya ujian pap smear mengesahkan, aku tidak ada tanda-tanda mengalami kanser mahu pun jangkitan kuman di pangkal rahim. Alhamdulilah....Allah je tahu betapa leganya dengar doktor beritahu pasal result tu.
But the problem masih belum settle. Dari mana datangnya stains itu?
Specialist tanya aku macam ni....
"Dari research kami, your baby is ok, your blood pressure ok, your placenta fundal, HB ok, kitaran period before pregnant ok, you tak demam, takde simptom2 kanser atau terkena jangkitan. Tapi kami pun pelik dari mana datangnya stain tu. You pun tak pasti why you having that stains, ya?"
Aku menggeleng sambil dalam hati cakap....
" Kalau saya tahu dari mana datangnya stains tu, buat apa saya datang sini." Huhu....sabar jelahkan. Kalau doktor yang penuh ilmu perubatan tu pun pelik dgn problem aku ni, aku yang takde knowledge psl perubatan ni apetah lagi.
So, doctor buat kesimpulan mungkin ada berlaku sedikit luka di bahagian pangkal rahim kerana pertukaran sel (disebabkan ini 1st pregnancy) yang apabila aku lasak sedikit akan mengakibatkan pendarahan. Dia bagi aku masa sehingga end of this Dec untuk pantau keadaan ni dan datang appoinment balik on 31st Dec ni. If the bleeding still continue, dan makin teruk, aku akan kena admit ward lagi. Huh...jenuh.
Tapi jauuuuuhhhhh di sudut hati aku berkata...kalau problem ini bukan disebabkan oleh baby atau pangkal rahim aku, aku anggap ia sebagai dugaan kecil yang Tuhan suruh tempuh sebelum aku melahirkan si comel ni. Hanya Allah yang tahu kenapa ujian ini diberikan pada aku. Kadang-kadang ada jugak penyakit yang tidak dapat dikesan oleh perubatan. Akal manusia ni ada batasnya kan?
Lagipun aku percaya, setiap anak ada rezeki dan dugaannya. Kalau bukan dugaan ketika mengandung dan melahirkan, ia mungkin akan datang ketika kita membesarkannya. Semoga aku tabah untuk menghadapi apa jua dugaan dalam proses menerima amanah tuhan ini ke dalam hidup kami suami isteri dan sentiasa bersyukur dengan berkat rezeki yang dikurniakan kerana melahirkan amanah ini. Insyaallah...Apa yang penting baby keluar sihat dan sempurna. Ameen....
Buat masa ni baby masih aktif seperti biasa. Plus, dia dah pandai bagi respon especially bila daddy dia 'sembang teh tarik' dengan dia setiap malam. Pastu daddy suka main 'ketuk-ketuk dinding perut mummy' dengan dia. Daddy ketuk sekali, dia balas 'kick' sekali. Daddy ketuk 2 kali, dia pun respon 2 kali. Even kena tunggu beberapa second or minutes. Tapi kalau dengan mummy, takdela agresif sangat dia nak bagi respon except bila mummy tengah baca Quran atau nak tidur. Dia memang akan gerak dengan agresif. Hmm, memang anak kesayangan daddy la kamu ni nanti, baby. Jangan degil sudah. Mummy zass-zasss dengan rotan nanti. Hehe...
No comments:
Post a Comment