dari tadi aku terfikir macamana agaknya anak dia boleh terjatuh dari van tersebut ek? tak lock ke pintu belakang tu? dan musykil jugak sebab kalau van la kan, even di tempat duduk tengah-tengah ataupun di bahagian belakang sekali, mesti ada seat kan? atau van tu sememangnya dah 'kehilangan' seat? huhu....sampaikan anaknya terpaksa bersandar di pintu van tersebut. atau mungkin jugak van tersebut terlalu penuh sampai kanak-kanak tu terpaksa bersandar di dinding...
hmm, walau apepun...kita yang tidak berada di tempat kejadian boleh meramal apa saja kemungkinan penyebab perkara itu berlaku. hanya ibubapa & adik beradiknya saje yang tau apa sebenarnya yang berlaku ketika itu.
dan baru sekarang aku realize dengan segala nasihat dan amaran yang ayah dan mama beri pada aku sewaktu kecil dulu.
setiap kali naik kereta, sebelum kereta bergerak, ayah akan memastikan semua pintu berkunci. kalau bahagian tingkap pula, ayah memang benarkan kami membukanya. tapi,menjadi satu kepantangan dia bila kami mengeluarkan kepala (dulu aku suka sangat keluarkan kepala dan buka mulut luas-luas bila kereta bergerak laju..huhu) atau menghulurkan tangan keluar. kata ayah,
"kalau nak cacat,takde tangan,hilang kepala....ha, korang keluarkan la kepala dan tangan tu. kalau dah puts kena langgar, ayah takkan berhenti pergi kutip."
amaran ayah tu sering menjadi igauan ngeri kami. mula-mula aku marah jugak sebab fikir bahawa ayah saja nak menakut-nakutkan kami. tapi rupa-rupanya,di sebalik ugutan itu, terselindung satu sebab dan alasan yang kukuh kenapa dia melarang kami melakukan perkara yang menjadi kegemaran kami...especially aku. (^_^)
dan sehingga sekarang,ketika aku sudah mampu untuk memandu kereta dengan sendirinya, aku takut untuk mengeluarkan kepala atau tangan keluar tingkap tanpa sebab. (kecuali nak bayar tol la..hehe)
dan kepada ibu bapa di luar sana, pastikanlah keselamatan anak-anak anda semasa menaiki kenderaan.
hah! tetiba aku teringat lagi satu perkara! kepada ibubapa yang suka sangat membawa isteri dan anak-anak menaiki motor...aku tak cakap salah tapi tolongla jangan bawak sampai 5 orang atas motor. aduhai...tak risau ke anak-anak korang cicir? silap-silap dengan isteri-isteri sekali boleh cicir tau. dan bila dah naik beramai-ramai, akan kelihatanlah kaki anak-anak anda terhulur dengan bahayanya di kiri dan kanan motor. buatnya lah ada lori ke, kereta ke, bas ke yang berselisih dengan jarak yang dekat...tak ke sia-sia je tu?
sometimes people....janganlah terlalu mengambil remeh dengan sesuatu perkara walaupun ia sebenarnya dah menjadi satu rutin dalam kehidupan kita. kerana malang itu tidak berbau & menyesal kemudian tiada gunanya....
ini bukan alasan untuk berjimat dengan tidak membeli kereta
p/s: selama 2 tahun pakai kereta, dah 4 kali excident dgn motor & sekali dengan kereta. ha, berjaga-jaga ye penunggang motor sekalian sekiranya memandu dekat dengan kereta saya. saya tak cakap saya memandu secara berbahaya tapi selalunya korang tak nampak kehadiran 'kuda hitam' saya (^_^)