salam everyone (^_^)
benar seperti kebanyakan org berkata, bahawa senyuman adalah perkara terbaik yang melapangkan dada, menceriakan wajah, menyedapkan hati dan memberi 1001 makna dalam kehidupan seharian seseorang itu. tapi dengan syarat, senyuman itu adalah sebuah senyuman yang dilahirkan dengan hati yang ikhlas atau dengan hati yang benar-benar gembira.
jika ada sesuatu yang membuatkan kita tersenyum dikala kita diburu kesibukan bekerja, percayalah bahawa senyuman itu bakal melapangkan otak dan kita akan merasakan bahawa semua bebanan tugas yang kita hadapi ketika itu adalah sesuatu yang bukan lagi dikatakan satu bebanan. pasti semua kerja dirasakan berjalan dengan agak lancar dan kita lebih bersemangat untuk terus melakukannya dengan tenang,kan? maka tersenyumlah ketika anda sedang bekerja. =)
jika ada sesuatu yang membuatkan kita tersenyum dikala kita dirundung kesedihan dan kesusahan, percayalah bahawa senyuman itu bakal membuang serba sedikit kesedihan dan kekecewaan yang ada dlm hati kita. sekurang-kurangnya kita masih boleh berfikir bahawa, kesedihan itu masih lagi tidak berada di tahap yang paling kritikal kerana kita masih mampu tersenyum dikala hati sedang menangis. kita masih boleh berfikir secara waras bahawa tuhan itu sememangnya tidak kejam dengan hanya memberi kesedihan semata-mata kepada hati anda, malah dlm masa yang sama Dia memberi peluang untuk anda merasa sekelumit bahagia sehingga menghasilkan sebuah senyuman. malah, senyuman itu mungkin akan memberikan anda sedikit semangat dan azam yang kuat untuk menghadapi kesedihan dan kesusahan tersebut dengan lebih tabah. fikirkan bahawa ada orang jauh lebih sedih dan susah berbanding kita. maka senyumlah ketika anda sedang bersedih. anda akan merasai nikmatnya. =)
senyuman itu adalah seperti gula dalam sebuah cangkir berisi kopi. semakin banyak gula yang dimasukkan ke dalam kopi yang pahit itu, maka semakin manislah kopi tersebut. begitu juga dengan kehidupan. kehidupan ibarat kopi yang pahit, dan senyuman ibarat gula yang manis. jika sebuah kehidupan ditambah dengan senyuman, maka manislah seluruh kehidupan itu. =)
No comments:
Post a Comment