Monday, July 2, 2012

DIY: Tutorial Mudah Felt Key Chain (^_^)

Terbaeekk!

Malam ni aku find out satu lagi kebolehan & ke'termampu'an aku menghasilkan satu lagi aktiviti D.I.Y (Do it yourself). Orang selalu cakap, benda yang kita tak suka tu kadang-kadang membawa 1000 kebaikan kepada kita secara tak sedar.

Masa secondary skool dulu, subjek ERT aku menjadi corot sebab...projek jahitan aku 'kelaut'. Ingat lagi cikgu ERT aku cakap jahitan utk bekas kotak muzik aku, macam jahit kain buruk katanya. Maka dengan senang hatinya dia bagi aku C. Huhu....Tapi cikgu, hari ini saya buktikan C yang cikgu bagi tu saya tak simpan begitu saja. Terima kasih sebab bagi saya C. Saya tau C tu untuk CEMERLANG atau mungkin cikgu segan nak beritahu saya yang jahitan saya CUTE. (^_^)


Memula of course la aku kena beli kain felt, benang & jarum. Benda tak jadi kalau takat nak guna kain buruk. Hehe... (saya tak perli cikgu saya, ok!)


At 1st try, memang buruk sungguh.  Tapi...tak boleh putus asa! Kena cuba lagi.


Then,aku 'upgrade' lagi kasi background sikit.


Dan setelah berhempas pulas, sampai terlupa nak dinner, maka terhasil lah 'key chain' seperti yang dibayangkan dalam kepala pada mula-mula sentuh kain ni tadi.

Orang cakap, kalau kita tak cuba, kita tak tau hasilnya. Kita tak tau apa kebolehan kita. Memanglah tidak sebaik yang orang lain pernah buat. Memanglah ramai orang dah cuba. Tapi itu cerita orang lain. Diri kita sendiri macamana? Tak semestinya dalam hidup ni kita nak jadi pelopor je. Kadang-kadang kena jadi 'practitioner' jugak. Betul tak?

Ok, saya sangat happy malam ni. Nak pergi makan pulak. Tadi leka menjahit sampai lupa nak makan nasik. =p 

Babai!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...