Wednesday, March 20, 2013

Pre Wedding Review (^_^)

Phewww....!

At last, selesai jugak Pre Wedding Photoshoot session yang telah lama kami rancang sebelum ni. Settle satu perkara. By the way, bukan senang rupanya nak jadi model depan lensa kamera ni ek. Huhu. Lagi-lagi nak bagi pose yang terbaik. Yela, kite mestila nak rasa puas hati bile tengok album gambar kite sendiri kan?

Sebelum aku pilih photographer aritu, aku ada la mintak pendapat member-member yang berpengalaman dalam dunia photography ni. Especially yang dah melalui moment-moment menuju ke gerbang perkahwinan. Katanya, kalau kita nak cari photographer ni, kita kena cari photographer yang boleh memenuhi beberapa aspek yang kita perlukan.

POSE
1. Kalau kita tau yang kita dan pasangan ni memang kaku dan kayu dalam berposing di depan kamera, kita kenala cari photographer yang tahu macam mana nak pose kan kita. Supaya gambar kita takkan kelihatan janggal dan kelihatan bersantai. Bukan dalam keadaan stress!

MOOD
2. Mood manusia ni senang berubah-ubah dan lebih teruk kalau model gambar mudah terpengaruh dengan cuaca. Bila redup, boleh senyum lebar, tapi bila panas sikit muka jadi masam mencuka. So, kita kena cari photographer yang pandai datangkan mood dan kekalkan mood. Walau dalam apa jua keadaan. Macam photographer untuk pre wedding kami ni, diorang pandai bergurau. Yelah, bukan senang nak buat tunang aku tu senyum. So, bila photographer cakap muka dia macam Black Mentor, pastu siap nyanyi lagu Black...baru dia nak senyum! Halah...awak ni perasan tau!. Hahaha! Takpelah, janji dia senyum. Tapi itu pon sikit je senyumnya. Kata dia, 'saya rasa janggal lah kalau saya senyum.' Hehe...aku tak rasa pelik sangat dengan statement tu. Lelaki kan....biaselah. Dia rasa macho kalo dia buat muka serious. Haha!

NO TIME LIMIT
3. Ini adalah perkara yang aku anggap sangat-sangat penting. Bagi aku, sebagai seorang customer, kalau photog tu sangat berkira dengan masa, itu bermakna dia juga sangat berkira untuk ambil gambar kita. Kalau pre wedding session ni takpe lagi. Kita tidak bermain dengan masa. Cuba bayangkan time wedding nanti? Katakanlah photog tu bagi kita time limit untuk ambil gambar cuma 6 jam untuk 1 event, bayangkan kalau tok kadi pulak tiba-tiba lewat 3 jam. So, kamu cuma ada 3 jam sahaja untuk berfotografi. itu belum outdoor shoot lagi tu. So, perkara terbaik adalah...carila photog yang bagi pakej 'no time limit' untuk satu-satu event tu. By the way, photographer untuk pre weds kami ni sangatlah sporting. Mereka shoot gambar kami satu hari suntuk! Sampai matahari terbenam! Tanpa mengira masa dan tempat. Plus, mereka yang bagi idea untuk pergi ke beberapa tempat selain dari tempat pilihan kami. Best sangat =)

BERKIRA
4. Sifat berkira adalah penghalang kepada keberkesanan seseorang tu bekerja. So carila photog yang tidak berkira sangat dengan kita. Bukan dari segi masa dan duit je, malah dari segala segi. He/ she is willing to help you in any way of taking pictures. Plus, dia boleh suggestkan kita macam-macam angle, tempat atau pose-pose yang menarik untuk kita tampak lebih menonjol di dalam gambar.

PAKEJ
4. Of course kita kena tengok pakej. Kalau boleh pakej tu biarlah mengikut peredaran masa dan mengikut bajet kita. Kadang-kadang ada jugak photog yang masih berfikiran classic. So, kita sebagai customer yang kena bijak memilih. Kalau kita bajet RM3000 ke bawah, kita jangan la pulak aspect orang nak bagi kita perkhidmatan yang macam RM5000 punya style. Hehe...Tapi, kita pun kena bijak tawar-menawar. Who knows rezeki kahwin kita kan. Kita bajet sikit tapi orang bagi kita lebih. Itu dah lebih dari bersyukur. 

Credit to Norbaizura Abu Bakar. Thanks for the tips mummy-to-be (^_^) 

Ok, tips aku dah share. Jom kita share pics pulak. Siapa tahu korang berminat? 
Boleh ambil photographer yang sama =) 
(Ok, saya tengah promote Abg Man dan Kak Eja ni.) Hahaha!







1st place. Botanical Garden.
Btw, tulisan dan kata-kata itu di edit oleh aku sendiri. Hehe... biasa la kan...
Nak gambar feel more romantic katanya. LOL!





This is an unexpected scene.(^_^)
Tiba-tiba ada pulak sorang lady dari UK yang berminat 
tengok kami yang sedang pre weds.
Dia ambil gambar kami dan terus sent pada anak perempuan dia yang ada kat UK
sambil tulis text:
" This couple was in pre-weds photo shoot...in military service uniforms 
and the future bride is wearing their engagement ring."
Haha! Macam-macam la orang putih ni.
Btw, thanks sebab buat kami glamer sampai ke UK. LOL!









2nd place. Western Hill.
Kami memang kaku bila bergambar. 
Tapi alhamdulilah, the way they taking our pictures buat gambar kami nampak santai.
'Macam iklan jual jeans dan baju Polo pon ada' kata Abg Man. Hahah!




 This is the flashback moment. 
Moment di mana encik tunang melamar saya di atas puncak bukit. (^_^)
Tapi nak suruh dia lakonkan semula the way dia melutut 
dengan muka bersungguh-sunguh dan penuh harapan untuk melamar itu,
memang adalah satu perkara yang sangat susah. 
Itu pun dapatla tangkap gambar dalam beberapa minit je.
Lepas tu muka dia dah merah padam sebab masa tu ramai orang yang lalu lalang 
sambil tersenyum-senyum pandang kami. 
Yang peliknya, masa moment sebenar berlaku tahun lepas,
dia takde pulak nak malu-malu. LOL!











3rd place. Seagate Beach-Sunset Moment.
Ini tempat terakhir kami photoshoot untuk merakam moment matahari terbenam. 
By the way, matahari tak terbenam kat sebelah situ pon.
Sebab dah nak maghrib kan. 
So kami malas nak pegi jauh-jauh area Batu Maung tu.
Dapat tangkap pemandangan senja 
berlatar belakangkan Pulau Jerjak pon jadilah. (^_^)


Last but not least.....
thanks kepada MANJAFOTO PHOTOGRAPHER 
Abg Man dan Kak Eja yang sudi melayan kerenah kami sehari suntuk.
Sambil perah otak pikir macamana nak bagi Zawir senyum. LOL!
Hope to get your best service again pada resepsi Sg Petani 
8 Jun nanti! (^_^)




Eh! Eh! Lupe la nak beritahu.
Ha nampak tak bunga yang saya pegang di tangan iteww?
Itu adalah Fabric Hand Bouquet yang saya buat sendiri.
Seperti dalam tutorial yang saya bagi hari tu. (^_^)
Comelkan? Plus, save bajet I, uollsssss...... haha!

4 comments:

manjafotophotographer said...

Terharu pula kak eja membaca nyer....
Tq juga buat ashu & zawir....
Layan kami pun terbaik...dan sporting...♡♥♡♥
Nanti kita jumpa sg.petani buat 5pose ok...hihihiji

Miss Ashu (^_^) said...

hehe...ok kak =) tak sabar nak tgu 8 Jun nanti (^_^)

Seri said...

Wowww ashu...best....best...gdluck k ~

Miss Ashu (^_^) said...

TQ Seri! (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...