Tuesday, April 2, 2013

Fikirlah Sendiri. (^_^)

Lately quite busy dengan pelbagai tugas hakiki dan tugas sampingan yang rasanya memang tak pernah berkesudahan. The works never stop. My heart beat will stop. So the works will continue eventhough I'm dying. On that time, manusia lain pulak akan ambil alih tugas-tugas tersebut. Hehe.

Bila duduk saja-saja macam ni, di kala malam sedang sepi, teringat balik dialog-dialog yang berlaku dalam kehidupan seharian. Ada yang buat aku tersenyum. Dan ada jugak yang buat aku rasa nak ambil bantal tekup muka. (*_*)

Boss VS Staff

Boss: Until today, aku tak nampak lagi borang permohonan kahwin kau. Nak kahwin ke tak nak ni?

Aku: Nak tuan...tapi bla..bla..keje..outstation..proses pejabat agama lambat gila..borang wali tak sign lagi.

Boss: Kalau lambat-lambat sangat, aku hantar kau pergi Lahad Datu dulu pi bayaq gaji depa kat sana.

Aku: (*_*) (*_*) (*_*) Baik tuan. (pasrah)

Boss: (Tergelak besar)


Leader VS Leader

Leader: Kenapa anggota-anggota aku asyik pergi pejabat ang je, sedangkan kerja depa banyak lagi yang tertangguh kat pejabat aku?

Aku     : Time bila yang anggota anda datang pejabat saya tu?

Leader: Bila-bila jelah. Asal aku panggil depa je, depa tak dak kat office. Bila tanya pi mana, depa kata, depa pi pejabat ang.

Aku     : Anda dah usul periksa sehabis baik? Is it betul mereka ke pejabat saya? Atau mereka melencong ke tempat lain pekena teh bawak pokok?

Leader: Itu aku tak tau la. Tapi depa kata depa pi pejabat ang.

Aku     : Kalau setakat kata, budak 6 taun pun boleh berkata-kata.

Leader: Ang cuba nak mencabar kredibiliti aku sebagai seorang ketua?!

Aku     : Takdelah. Tapi sebagai seorang ketua, anda SEPATUTNYA berfikir secara bijak dan TIDAK SEPATUTNYA percaya secara membabi buta.


Gaji VS Cukai

SadiqSigaraga : Gaji baru yang PM umum tu, agak-agaknya bila akan dibayar?

Aku : Insyaallah secepat yang mungkin. Kami, especially orang atasan sedang berusaha.

SadiqSigaraga : Ish, ape ke yang lambat sangat? PM umum  berita tu dah lama kan? Nak tangguh apelagi? Bagi ajelah. Kan itu hak kami? Janganlah nak dilewat-lewatkan.

Aku: Erm...ye, faham. We try our best. By the way, cukai taun lepas dah buat taksiran? Bayaran cukai dah selesai?

SadiqSigaraga: Alah, nanti-nantilah. Lambat lagi 30 April tu.

KESIMPULAN AKU

Situasi Pertama : I'm glad to have such a caring boss. I mean caring dengan kebajikan staf-stafnya. Bukan kita nak sangat dia puji kita, cukuplah dia tahu dan bertanya tentang apa yang kita sedang lalui dan hadapi.

Situasi Kedua   : Jangan nak menuduh membabi buta sangat. Kita sama-sama ada pangkat dan tanggungjawab. You better check your own organisation rather than asking others.

Situasi Ketiga   : Kalau kamu tahu tuntut apa yang patut jadi HAK kamu, kamu juga patut tahu apa TANGGUNGJAWAB yang perlu kamu pikul.

KESIMPULAN KORANG

Korang tafsirlah sendiri. (^_^)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...