Saturday, May 11, 2013

DIY: Tips Menempah Kad Jemputan Kahwin (^_^)

Selamat tengah malam...dah tido ke? Lek luuu....

13 days left. 

Banyak benda sebenarnya nak share dengan readers semua. Masa semakin suntuk. Majlis tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi. Dan disebabkan kekangan waktu itu, aku share apa yang sempat dulu yek. Especially pasal Do It Myself (DIM) wedding project dan tips-tips menuju hari bahagia. Untuk entry ni, aku share sikit pasal beberapa tips memilih kad jemputan kahwin.

TEMPAHAN ONLINE



Ok, gambar di atas adalah merupakan kad jemputan yang telah aku tempah online.  Kenapa online? Sebab tak sempat nak ke kedai la ceritanya. Hehe...Warna dan design adalah pilihan aku sendiri. Kadnya berkonsepkan poskad. Sekeping. Depan dan belakang. I just want a simple card sebab 2 PERKARA.

1. Konsep poskad. Memudahkan orang yang sedang memandu untuk melihat peta yang ada di dalam kad. Kalau aku buat kad jenis fold, lipat-lipat, agak susah orang nak buka dan merujuk sambil memandu. Itu semua, based on my own experience. Aku membahayakan diri sendiri sebab dalam masa yang sama, aku sibuk nak selak kad dan sibuk nak pegang stereng. Tapi for those yang ada GPS atau ada peneman di sebelah tempat duduk penumpang, itu lain ceritalah.

2. Simple. Bagi aku, kad yang too fancy, too expensive, too complicated nak bukak, wangi, mempunyai gambar adalah merupakan satu pembaziran kecil yang kita tidak nampak. Kenapa? Sebab...orang cuma memerlukan info alamat, peta, tarikh, nama dan contact no dalam kad tu. Bila dah sampai, orang dah makan di kenduri kita, so...kad kita tiada gunanya lagi. Akhirnya, orang akan buang juga. (except bagi orang yang mempunyai hobi mengumpul kad kahwin...hehe) Melainkan kita ada buat dwifunction dalam kad tu. Sebagai contoh, ada kalendar. Atau ada sticky notes. Kalau tak, ke dalam tong sampah jugalah kad tu pergi. Hehe...Bayangkan gambar kita dan pasangan 'bermastautin' dalam tong sampah...huuuu.....

Tentang harga, bagi aku tidak menjadi masalah. Kalau ambil kad yang murah, tapi lots of lack information pon tak guna juga, ye tak? Kena pandai-pandai carilah. Berpatutan mengikut bajet korang.

Aku mengalami beberapa MASALAH dalam tempahan kad secara online ni. So, aku nak remind kepada sesiapa yang berhajat untuk menempah kad secara online. Lihat masalah-masalah yang telah aku hadapi dan silalah buat kesimpulan.

Masalah 1.
Susah untuk berkomunikasi dengan designer. Kalau korang nak tempah kad secara online, make sure korang dapatkan contact no designer yang akan design kad korang. Kenapa? Sebab di sepanjang aku berurusan dengan designer kad aku tu, aku cuma boleh hubungi dia melalui email. And I have to wait him replied me dalam 2 ke 3 hari. Yelah, kita pon bukannya nak online email setiap masa, betul tak? Bila aku call syarikat, dorang mintak aku call designer sendiri. Yet, bila aku call designer, tak pernah berjawab.  Dekat situ, aku dah mengalami kesulitan untuk menyampaikan apa yang aku inginkan dalam kad tu. Plus, keadaan ini dah memakan masa yang terlalu lama, hanya untuk tunggu dia reply draf, pembetulan atau sebagainya.

Masalah 2.
Bila tak dapat nak contact designer, kita hanya boleh mengharap, apa yang kita mahu, akan ditunaikan. Sekali lagi, masalah yang aku hadapi ialah apabila kad telah siap dan ready untuk dihantar, syarikat telah menelefon aku dan mengatakan bahawa parcel masih belum boleh dihantar kerana designer nya TERLUPA untuk memberi draf sampul bercetak bagi kad tersebut. Jadi tiada sebarang pencetakan sampul telah dibuat. So, how can I distribute all the cards without the envelopes?! Makanya, aku terpaksa meminta syarikat tersebut menghantar kad dahulu dan sampulnya aku terpaksa beli sikit-sikit di kedai sementara nak tunggu sampul bercetak itu siap. Choiii!

Masalah 3.
Penggunaan courier sevice. Hal ini pun korang WAJIB ambil tahu. Sebelum decide syarikat apa yang akan buat kad korang, check dulu which courier service yang mereka gunakan untuk hantar kad-kad tersebut. Kalau dapat courier yang lembab & tak pro, memang sangat malanglah jawabnya. Masalah yang aku hadapi adalah, abg courier tu tidak berjaya mencari alamat yang aku beri dan sudahnya parcel aku pending di branch courier tersebut dalam beberapa hari. Sedangkan sudah tiba masanya aku mengedarkan kad tersebut kepada jemputan. Dan apabila aku bertekad untuk pick up parcel tersebut di branch, yet, barang tersebut telah bergerak bersama lorry untuk dibuat penghantaran kali ke 2. So, I have to 'drift' all the way mengejar abang courier itu sebelum dia sekali lagi tak berjaya mencari alamat tersebut dan barang aku pending macam tu sahaja. Aku bukan sekadar habis minyak, malah telah sesat entah ke mana. Lebih malang lagi, disebabkan aku drift macam fast & furious, aku telah terkena saman speed trap! Choiii....!! Malang yang bertimpa-timpa. (*_*)

Masalah 4.
Kecacatan pada kad. Dalam 1000 kad yang aku tempah, terdapat 16 keping kad yang cacat telah diterima. Color pudar, kad koyak, kad dicetak tidak sempurna dan ada juga yang aku terima kad orang lain. Yes 16/1000 adalah satu jumlah yang agak kecil. Separuh orang mungkin akan kata, dalam setandan pisang mesti ada beberapa pisang yang rosak. Itu pisang. Ini kad aku. I pay for the cards. So, I want the best for my cards. Sebab aku bukan nak jemput kayu yang tak boleh bercakap. Aku nak jemput manusia yang boleh memberi komen. Dan aku telah mengambil gambar pada kad-kad 'cacat' tersebut dan membuat komplen melalui email. Aku bukan nak kondem syarikat tersebut. I haven't mention the company's name. Aku juga tidak minta mereka menggantikan semula kad-kad tersebut. Sebab jumlahnya cuma kecil. Kalau 160 keping yang cacat, mungkin aku akan minta ganti. Niat aku cuma mahu mereka memperbaiki servis yang diberikan kepada customer. Supaya tiada customer yang akan mengalami nasib yang sama seperti aku. Choii tak abis-abis...Huhu.

Masalah 5.
Disebabkan kelewatan mendapatkan kad-kad itu, aku juga telah lewat mengedarkannya kepada jemputan. Juga telah menyukarkan parents aku untuk pergi menjemput, dan membuatkan ahli keluarga aku terpaksa lambat membuat permohonan cuti untuk hadir ke majlis tersebut. Dan tak kurang juga ada yang sempat mengatakan 'Eh, ingat lupa dah nak jemput kami. Sebab tinggal 2 minggu je lagi. Kami tengok, kad tak sampai-sampai jugak ke sini'. Sorry ye kepada jemputan semua. Masalah teknikal yang tak dapat dielakkan.

So, ada pro and cons nya membuat tempahan kad secara online ni. Ia memang menjimatkan masa orang-orang seperti aku dan boleh mendapat harga yang jauh lebih murah daripada yang kita tempah di kedai. Aku tak kata yang semua tempahan kad online itu tidak bagus. Cuma korang sebagai customer, you have the rights to choose the best & the right to complaints whatever yang korang tak puas hati. You pay for the service & products. Unless, you get it for free. Memang tak bolehlah nak cakap banyak. Ye tak?

Last but not least, perkara-perkara yang aku bebelkan di atas adalah MY OWN OPINION. Kepada sesiapa yang tak bersetuju, tiada masalah. You can always follow your own heart. No objection. (^_^) Aku sekadar berkongsi tips dan pandangan di atas pengalaman sendiri. So, make a good choice! Jumpe uolls dalam next entry ya! (^_^)

1 comment:

Unknown said...

Good blog! You have described in a nice way.
Thanks for sharing this information.
Wedding card Malaysia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...