Wednesday, May 22, 2013

DIY: Final Touch Part 1


Salaammm....selamat tengah malam. (*_*)
Mata dah kecik tapi ada hati nak gagahkan diri menaip.
Refer pada entry yang sebelum ini,
aku ada beritahu pasal Table Tag DIY aku isn't it?
So, this is the pictures....hasil sentuhan tangan sendiri.
Motif? Macam biasa. 
Inginkan kelainan, mencungkil bakat terpendam di samping menjimatkan kos.
So, please scroll ke bawah.....
----------
--------
------
---
-


Why tiba-tiba ada bunga kaler biru?
Jawapan munasabah--> sebab bunga kaler putih tiba-tiba habis
dan aku malas nak keluar pergi beli. 
Boleh tak macam tu? (^_*)

Atas persetujuan parents dan empunya badan,
kami bersetuju menyediakan 6 x meja khas untuk tetamu khas.
Tapi tak bermakna tetamu lain tak penting.
Cuma group ini kiter kena khas kan sikit sebab...
title mereka, pangkat mereka, jawatan mereka dan status mereka.
Tapi makanan tetap sama. Tiada beza.
Apa yang penting kesemua tetamu adalah PRIORITY saya (^_^)

Ada tagging 'SILANG PEDANG'?
Orang awam mungkin tidak faham apa itu 'Silang Pedang'.
Ok, short & sharp --> upacara istiadat perkahwinan pegawai tentera
Later, apabila majlis dah selesai, 
aku akan tunjukkan gambar apa yang dimaksudkan dengan
upacara istiadat silang pedang tersebut. Ok? (^_^)







Ok, aku tak tau kenapa gambar bunga ni boleh jadi penyek macam ni. Abaikan.

Bunga kaler hijau kuning itu actually adalah handmade paper flower
Paper yang aku gunakan untuk buat bunga tu dinamakan kertas crepe 
yang sgt mudah untuk membentuk sekuntum bunga.
Harganya cuma RM0.80 sehelai.
Untuk sehelai kertas crepe, korang boleh hasilkan 2 kuntum bunga
mengikut saiz seperti yang aku buat dalam gambar tu.

Kemudian, bunga putih/biru di atas paper flower tu 
adalah merupakan artificial flower
Biasanya kedai bunga kecik-kecik ni diorang jual RM 2.50 sejambak
Dalam sejambak ada 5 kuntum.
Bermakna sekuntum bunga harganya cuma RM0.50
Tapi tengok kedailah jugakkan...
Kalau kedai bunga glamer macam Krismaya atau Romantika tu
memanglah mahal sikit harganya.
Kualiti bunga dan kaler pon cantik-cantik belaka.
Sometimes, hampir menyerupai bunga hidup.

Oh ya!
Pasu kaler-kaler itu?
By the way, aku beli pasu tu dari kedai MR DIY
1 x pasu = RM 5
Yup, memang sedikit mahal. 
Sebab di saat-saat akhir ni,
aku malas nak pikir macamana nak buat handmade vase.
Tapi kalau korang betul-betul nak jimatkan kos
dan lebih menyerlahkan kekreatifan korang,
ada macam-macam material yang korang boleh decorate 
untuk dijadikan sebuah pasu.
Barang kitar semula pun boleh.
For example, bottle or boxes.

Untuk bahagian batangnya, aku recycle aje.
Batang kayu boleh, pakai batang besi pon boleh.
Janji boleh berdiri tegak dan di lekatkan tagging

Untuk span, boleh dibelah dua sebab...
pasunya takdelah besar sangat
Span standard harga dalam RM1.50
Bahagi 2 bermakna separuh span harganya RM 0.75

COSTING untuk 1 x set table tag ni:
1 x Pasu- RM 5
4x Crepe Paper - RM3.20
1 x batang- Recycle
3 kuntum bunga- RM 1.50
Span RM0.75
Tulisan tagging- Microsoft Word + print aje.
TOTAL : RM 10.45

Kalau buat pasu sendiri lagi save cost =)




Ok, gambar terakhir ni takde kena mengena dengan the making of my Table Tag. Hehe...
Saja nak beritahu korang bahawa goodies aku masih belum siap dipacking. (^_^)

2 days to go! (^_*)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...