Simple, nice, reasonable, cute, creative & save cost.
Pernah dengar wishes cards? Ala, yang orang selalu letak kat Guest Book Corner tu. Ha, tengok gambar ihsan cik google kat bawah tu sebagai contoh.
So, semua ni korang boleh buat sendiri dan itu mungkin lebih menjimatkan disamping orang lain menganggap kamu perantin yang kreatif! (^_^) Kalau korang takde buat Guest Book Corner pon takpe. Kad ni korang letak je kat meja hadiah. Orang mesti rasa nak tulis something selepas meletak hadiah. (^_^)
Tak susah pon. Buat macam bentuk poskad je. Draw melalui microsoft word, tepek gambar anda dan pasangan, tepek gambar ihsan cik google dan sediakan ruangan untuk orang tulis wishes. Lastly, print! (^_^)
Ini contoh dari air tangan saya sendiri =)
So, nanti after wedding, bolehlah korang simpan wishes-wishes tu semua dalam satu album sebagai kenang-kenangan. Atau korang boleh sediakan satu corner khas dalam rumah untuk tampal wishes tu semua.
Hey! Jangan pandang rendah dengan wishes itu semua. Sebab one day, andaikata rumahtangga kita diuji, bacalah semula pesanan rakan-rakan dan saudara-mara yang telah ikhlas ditulis dalam kad tu. Manalah tau dengan nasihat-nasihat bertulis seperti itu, korang boleh memulihkan semula keadaan yang sedang bergolak. Menepis jauh-jauh rasa marah dan sedih itu dari hati. Memberi semangat untuk korang mempertahankan rumahtangga yang dibina.
So, tak rugi untuk mencuba! (^_^)
No comments:
Post a Comment