Disebabkan sejak dari tadika sampailah tamat tingkatan 5, aku tidak tergolong dalam golongan ini, maka aku rasa aku layak untuk menegur adik-adik yang semakin lama semakin teruk dengan amalan melepak di Mall ni.
Saban hari (ok ayat starting pon da macam serius) kalau kita pergi mall-mall kat seluruh negara ni time pembelajaran sekolah tengah running, mesti akan nampak budak/remaja berbaju sekolah melepak tak tentu hala di kaki-kaki lima mall. Kalau tengok cara, mereka bukanlah datang ke sana untuk membeli barang atau buku. Tapi memang niat datang tu nak melepak.
Aku pernah tertanya-tanya dengan diri sendiri. Kalau aku berada di tempat mereka, ape motif sebenar aku pergi ke Mall tu dengan baju sekolah yek? Takde rasa malu dan segan ke? Sebab orang mesti fikir yang kite ni ponteng sekolah sebab kita berada pada tempat yang tidak sepatutnya ketika waktu sekolah sedang berjalan. Ye. Mungkin ada yang jawab, "Ala...class start petang. So pagi tu ape salahnya pergi melepak kat mall dengan kawan-kawan?"
Jangan pendek sangat akal tu dik. Jangan pikir nak berhibur je. Kan elok kalau class start petang, pagi tu korang dok check homework mana yang tak siap lagi, buku apa yang tak masuk dalam beg lagi. Atau kalau semua tu dah settle, ape kata tolong mak siram bunga ke, tolong ayah basuh kereta ke, atau paling teruk pon perbuatan malas yang korang boleh buat...tengok TV atau tidur. Sekurang-kurangnya, takdelah orang nampak muka korang di Mall dengan baju sekolah, lepas tu orang mulalah mengata dan menyalahkan keluarga kerana salah didikan. Tak pasal-pasal nama mak bapak terbabit sama. Sometimes aku tau, mak bapak dah ajar anak-anak mereka yang terbaik. Tapi disebabkan pengaruh kawan-kawan, persekitaran, anak-anak lebih suka menipu dan buat benda tak baik. Tu kalau orang tak kenal mak bapak kita. Kalau orang kenal, macamana? Tak ke korang rasa bersalah sebab telah mencemarkan nama baik keluarga sendiri?
Ye. Mungkin ada jugak yang jawab,"Kami penat belajar di sekolah, so lepas balik sekolah kami nak release tension la kat situ". Banyak kau punya release tension, dik. Ada berjuta cara lain lagi kau nak release tension. Bukan dengan melepak di Mall, tunjuk hero hisap rokok, ganggu orang awam, bergurau senda macam korang bajet semua orang akan pandang korang dengan pandangan yang hebat. Belajar-belajarlah menghargai masa dan menghormati baju sekolah kamu tu.
Tidak kurang ada yang datang ke Mall dengan berbaju sekolah bersama pasangan tercinta. Pegang-pegang tangan, peluk-peluk pinggang. Hoiii....! Ini bukan masa untuk bercinta. Adakah korang tau yang pasangan korang tu akan terus setia sehingga ke masa depan? Dapat je sijil tamat sekolah, for sure dia akan cari lain. Kat luar tu bersepah gadis-gadis cantik/teruna-teruna hensem yang jauh lagi hebat dari kamu. Goodbye lah uolls...jangan adik-adik ingat bahawa orang akan pandang korang ni as a PERFECT COUPLE bila berjalan mesra macam tu sambil memakai baju sekolah. Orang lagi menyampah dan meluat adelah. Ini bukan zaman Romeo dan Juliet lah dik. Ini zaman teknologi. Orang semua nak berjaya kerana ilmu. Bukan berjaya kerana cinta.
Aku harap, sepupu-sepupu aku, anak-anak saudara aku, saudara-mara aku atau my future daughter/son, tidak akan tergolong dalam golongan yang aku gelar sebagai Hero/Heroin Poyo Baju Sekolah. Kalau ada, tolong-tolonglah tegur dan sedar. Aku tahu bahawa manusia ini bukanlah golongan yang perfect. Tapi sekiranya kita tau bahawa perbuatan sebegini berlaku, maka silalah ringan-ringankan mulut tegur dan sedar diri.
Kepada yang ditegur tu janganlah pikir nak memberontak je. Lepas tu laungkan motto "HAK MELEPAK, HAK KAMI". Ok, motto korang tu boleh campak siap-siap ke dalam lombong. Kalau orang tak sayang orang takkan tegur. Orang cuma nak tengok korang berjaya dalam hidup. Kalau korang sendiri rasa nak menjahanamkan masa depan sendiri, so boleh lah angkat motto poyo tu tinggi-tinggi. Kita tengok sejauh mana adik-adik boleh pergi.
# Sekadar mengingatkan. Mungkin di masa depan ada keturunan kita yang terjebak, maka tolonglah ingat-ingatkan. Jangan sampai mereka dah jadi sampah masyarakat baru kita nak menyesal dan mengumpat tak tentu pasal.
No comments:
Post a Comment