Sunday, August 4, 2013

Rezeki Awal... (^_^)

Alhamdulilah...bila dah melalui saat-saat berkahwin ni, step seterusnya sudah tentulah menunggu satu lagi rezeki Allah yang belum tentu semua orang boleh dapat. Dapat dengan mudah, dapat dengan cepat. Iaitu ZURIAT. Bagi aku, siapa yang dah kahwin, tapi taknak anak tu, dia adalah manusia yang paling PELIK dalam dunia. Zuriat adalah penyambung keturunan, penyambung agama yang kita anuti sejak lahir, penyambung legasi keluarga. 

Alhamdulilah jugak sebab Allah bagi kami peluang untuk mempunyai zuriat awal. Yess..I'm pregnant! Huhu...Bunting pelamin orang tua-tua kata. Actually I'm not aspecting anything at first. Pergi clinic tu pun sebab nak pergi renew rekod kesihatan yang sepatutnya di renew setiap 2 tahun. Suddenly masa buat urine test, staff clinic tu tetiba wish me CONGRATES. I thought congrates sebab dah berjaya renew rekod kesihatan tu. Rupa-rupanya congrates kerana disahkan mengandung. Mih mih mih....sengal sangat. 

For sure encik hubby adalah orang yang paling gembira bila dapat tahu perkara tu. Sadly masa dapat tau tu, he was in KL for out station. But, at the other side, felt lucky jugak sebab walaupun dapat berita tu tanpa husband di sisi, tapi Mama was with me! Mih mih mih...kebetulan becoz of hubby out station, Mama datang Penang untuk teman aku selama seminggu. So, masa pegi klinik tu, aku bawak mama sekali. Mama excited? Of coz la. Tapi takdela se excited macam dapat cucu pertama coz kalau ada rezeki, this is her 9th grandchild. 

Back from clinic, aku still rasa tak percaya lagi dengan berita tu. So, I took the pregnancy test and try it for the 2nd time. Huhu...ok, bila dah nampak 2 line tu...barulah rasa percaya tu datang. LOL.

1st trimester ni orang kata adalah antara fasa-fasa yang mencabar. Yess...memang pon. Orang kata kalau belum tahu kiter pregnant, rasa rilek je. Macam bese je. Tapi once bile kiter dah tau, mulalah macam-macam rasa tak sihat datang. Especially rasa mabuk dan nak muntah tu. 1st 2 weeks tahu pregnant, muntah-muntah agak teruk jugak. Antara perkara-perkara yang dulunya boleh tapi sekarang tak boleh adalah.....

Bau husband 
Dulu dia pakai minyak wangi kuat-kuat, banyak-banyak, kite lah orang yang paling suka bau. Sebab purfume tu kite yang pilih. Tapi sekarang, siap warning kat dia. No purfume! Bau bilik tidur sendiri pon tak mahu. Sudahnya ajak hubby tidur depan TV. Until today. Huhu...

Fresh milk/ Low fat milk/ Full cream milk
LANGSUNG tak boleh masuk. Dulu, susu-susu ni mesti ada berkotak-kotak dalam mini bar tu. Tapi sekarang, tak teringin langsung....Hubby belikan susu Mamil tu, sampai ke hari ni tak bukak langsung! Ini dirasakan sangat tidak bagus untuk perkembangan baby kan? Hmmm.... =(

Nescafe/ Coffee/ Caffein
Dulu, aku memang hantu caffein. almost everyday akan minum coffee atau nescafe. Tapi sekarang keinginan tu takde langsung. Daripada hari dapat tau preggy sampailah dah masuk minggu ke 10 ni, aku tak minum walau setitik pun lagi air yang ber caffein. Hmm...yang ni rasanya bagus untuk perkembangan baby =)

Bau tumis-tumisan
Sebaik sahaj sebulan berkahwin, kami telah mula berpindah masuk ke kuarters kelamin. So, faham-fahamlah bila dah duduk kuarters yang bertingkat ni, everything we share together. Anak orang menangis kita dengar, orang pasang tv kuat-kuat kita dengar, orang berlari-lari di tingkat atas kita dengar, orang memasak di atas dan bawah for sure kita akan bau. Tapi itu normal. Cuma aku je yang tak normal sebab tak boleh bau tumis-tumisan jiran yang sedang memasak. Kesudahannya, setiap kali terbau, terpaksalah tutup semua tingkap dan pintu supaya bau tu tak masuk dalam rumah.

But, alhamdulilah semakin hari rasa loya, mual dan muntah tu makin kurang. Tapi 4 perkara ni masih belum ada tanda-tanda untuk hilang. Semoga Allah kuatkan mummy dan baby ini. Tolong doakan untuk kami yek! Hugss---> \(^_^)/ 


Not so clear. But you can say hye to him/her. 
Hye cutie! Assalamualaikum! (^_^)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...