Well...well...well...dunia ini memang selalu penuh dengan sifat dengki dan busuk hati manusia yang tak pernah berkesudahan. Sebab tu Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa:
"Akan menjalar kepada kamu penyakit umat-umat yang terdahulu; hasad dan benci-membenci. Itu sebenarnya pencukur. Aku tidak menyatakan pencukur rambut, tetapi ia mencukur agama." (riwayat At-Tirmidzi).
Hati kita jangan kotor sangat dengan perasaan hasad dengki tu. Sebab titik hitam tu la kalau dibiarkan, lama-lama akan menghitamkan seluruh hati kita.
Bukan nak jadi ustazah. Tapi sedih dengan sikap segelintir masyarakat yang memandang bahawa dunia blogging ini adalah untuk orang yang ingin mencari populariti, orang yang takde keje, orang yang suka membazir masa, orang yang cuba nak show off, cuba nak be different dari orang lain. Blogging dianggap sebagai satu perkara negatif yang tak sepatutnya diamalkan oleh manusia.
Come on. Akal tu jangan pendek sangat. Bagi aku, kalau kamu berblogging bercerita tentang keburukan orang lain siap mention nama! Yess...itu memang blogger yang bersifat negatif. Atau menjadikan blog sebagai tempat mengumpat, tempat menyebarkan dakyah yang salah, berpolitik sampai boleh mengganggu ketenteraman awam, atau menghasut orang lain mempercayai benda yang salah, ok yang tu aku admit you're not blogging in a right way.
Tapi kalau kamu berblog tentang tutorial2 yang membina, tentang fesyen hijab, tentang pets animal, tentang resepi makanan, plus kalau nak blogging pasal life sendiri tu pon, apa salahnya kan? Yess...some people yang berkecimpung dalam dunia blog ni bukanlah artis atau model yang cantik macam Miss Hanis Zalikha tu yang cun melecun tu. Tapi tak salah rasanya kalau dia spend his/her leisure time untuk menaip karangan yang membina, memberi tips dan tutorial berguna atau sekalipun menceritakan pasal turun dan naik dalam kehidupan dia. Yang baik boleh pembaca jadikan tauladan, yang buruk boleh dijadikan sempadan. Blog is just like a diary. Kamu suka sesuatu moments dlm life tu, kamu terasa nak share dengan orang lain, then kamu dedicatekan dalam tulisan. Kalau nak bercerita face to face tak mungkin ramai yang nak dengar. Tapi kalau dia ubah sket gaya penceritaan melalui medium pembacaan, tambah sikit dengan gaya penceritaan yang menarik, plus gambar-gambar yang berkaitan dengan topik, tak mustahil kalau ada yang nak follow.
So for those 'makhluk-makhluk' yang tak suka dengan orang yang berblog, tak perlu la kau jenguk blog dia. Tak perlu nak cakap orang tu takde kerja, suka bazir masa atau nak show off. Aku rasa orang itu jauh lebih baik dari kalian yang 'konon'nya claim dia banyak kerja, tapi bila takde kerja, dok mengumpat orang atau dok mengutuk orang tak sudah-sudah. Ewwww...keji sangat perangai kau nokkss.....
Kepada blogger-blogger lain yang menyampaikan perkara-perkara yang sihat, especially kepada newbies...keep on blogging. Keep on typing, writing and sharing good ideas yang boleh bantu orang-orang di luar sana. Remember, macam kata-kata aku dalam header kat atas tu.
"SETIAP LANGKAH DALAM HIDUP PASTI ADA CERITERANYA, CORETAN ADALAH TANDA INGATAN, TINGGALKAN SESUATU YANG BAIK UNTUK MASA DEPAN"
William Shakespere, Khalil Gibran, Usman Awang, sering diingati oleh manusia seluruh dunia hanya kerana kata-kata mereka yang dianggap 'well said', yang membina, yang menasihat, yang menaikkan semangat. Words make them popular, make them a better person...ever.
No comments:
Post a Comment