Selamat sore semua!
Minggu ni minggu mood malas balik rumah waktu lunch. Sebab? Takde sapa pun kat rumah. Nak masak? Owh, membazir jua rasanya sebab hubby tak balik makan tengahari. Kenapa tak balik? Adakah sebab Iolls tak masak? Owh...janganlah kejam menuduh Iolls sebegitu. Walaupun Iolls mengaku yang Iolls tak pandai masak tapi itu tak bermakna Iolls pemalas untuk memasak okeyyy. T_T
My husband kerja di luar pulau sedangkan kami menetap di dalam pulau. So, perjalanan untuk dia balik makan tengahari akan mengambil masa hampir 30 minit sehala. Pergi balik dah makan 1 jam. Itu belum kira masa dia nak makan lagi, nak rest lagi, nak solat zohor lagi. Plus, tol masuk ke pulau is about RM7 sekali masuk. Kalau time lunch dia balik, pastu abis working hours pun for sure dia akan balik, kat situ je da makan costing RM14 sehari. Kalau seminggu? Tak ke bankrupt pakcik tu? Ekekek....
So, dia decide untuk just take lunch kat tempat kerja. Dapatlah kami berjimat masa dan duit. Tapi malam pun tengok jugak. Jarang jugak aku masak berat-berat untuk dinner malam. Sebab hubby tengah dalam proses diet. Overweight? Taklah. Berat dia baru 66kg je. Masih lagi ok bagi seorang lelaki normal. Tapi dia dah gelabah nak diet sebab dulu sebelum kawen, dia bangga perut dia ada six pack. Tapi lepas kawen, semuanya hancuss belaka. Ekekekek....
Ok, jangan salahkan aku yek. Dia yang malas nak sit up & work out. Hehe...
So, time malam, dia just mintak buat dinner yang light-light aje. Menu yang lebih kurang macam menu untuk supper. Such as 2 keping roti bakar, tuna dan susu atau mushroom soup plus Quacker Oat.
Kadang-kadang dia makan pisang sebijik je. Atau kalau dia teringin nak makan berat, dia akan suruh aku masak spaghetti. Dulu makcik mane tau masak spaghetti nyah oi...tapi sekarang, handal la jugak. Hahaha! Berlagaksss sangat kenn....
Ini adalah mushroom soup + Quacker Oat + Habbatus Sauda'
Kadang-kadang dia makan pisang sebijik je. Atau kalau dia teringin nak makan berat, dia akan suruh aku masak spaghetti. Dulu makcik mane tau masak spaghetti nyah oi...tapi sekarang, handal la jugak. Hahaha! Berlagaksss sangat kenn....
Ok, sila fokus pada gambar spaghetti sahaja.
Mohon abaikan gambar kuih buah melaka & meatball buatan sendiri yang hodoh tu yek. Huhu!
Pelik ke laki aku?
Bagi aku, tak peliklah. Sebab masa bujang dulu, encik hubby adalah seorang atlet. He's a cyclist. A bicycle racer. Mountain bike & road bike. But more expert to MTB. Joining tournament itu sudah menjadi kebiasaan bagi dia.
Dalam idup aku, perkataan 'jadual' hanya ada pada dua perkara.
1. Jadual Belajar.
2. Jadual Kerja.
Jadual makan? Manusia macam aku makan tak berjadual. Hahaha!
Tapi lepas hubby kenal dengan manusia yang makan tak berjadual ni....hancurlah segala diet dia semua. Hohohoho! Sebab aku makan apa saja yang terlintas di mata. Lama-lama mamat tu pon tergoda. Lalu dia juga belasah apa yang ada. Goodbye 'jadual makan'. Hahahaha! (gelak jahat)
Tapi sejak menyedari kehilangan six pack nya itu, dia kembali tersedar.
Breakfast pon dia mintak yang western. Tak nak yang oily. Terlebih karbohidrat.
Tapi still boleh bagi tenaga. Contoh....
Breakfast pon dia mintak yang western. Tak nak yang oily. Terlebih karbohidrat.
Tapi still boleh bagi tenaga. Contoh....
Baked beans, scramble egg, half-boiled egg, telur dadar, tuna,
hashbrown, fries (sometimes) & air ribena/fresh orange dia mesti ada.
Plus, dia makan salad-salad jugak.
Dia akan pelbagai kan pemakanan sayur-sayuran tu macam ni.
Roti bakar + salad + scramble egg + honey
Ewww...I hate vegetables!
Tapi dah husband makan, kenalah jugak sediakan, ye tak?
Separuh orang mesti kata,
" Untungla. Laki ko jenis yang tak makan sangat. So, tak payahla susah-susah nak masak."
Sape kata?
Itu jadual makan dia time weekdays aje tau.
Time weekend, waktu lunch I have to cook because after kawen ni,
weekend kalau takde agenda kami akan lepak kat rumah aje.
Masa decide jadual makan macam tu katanya...
" On Friday nite, awak cari resepi apa nak masak untuk Saturday & Sunday. List down the ingredients.
Then early morning on weekend, kita akan pergi beli barang untuk masak resepi tu."
So....sape kata aku tak yah masak langsung?
Aku cuma dapat cuti masak time weekdays aje tau (*_*)
No comments:
Post a Comment