Tuesday, August 27, 2013

Tips Berhadapan Dengan Si Perampas & Ex.

Semalam ada terbaca kat satu blog ni. Adik ni mungkin masih belajar di peringkat universiti/kolej. Dia hampir tak nak pergi class setiap hari hanya kerana dia terpaksa berdepan dengan ex-boyfie dia dan minah yang telah merampas boipren dia itu. Minah dan ex tu pulak kebetulan termasuk dalam geng study group dia. Lagi la dia takleh nak fokus belajar. Dalam masa yang sama, dia beritahu yang dia telah pun mempunyai boipren baru yang jauh lagi hensem, kacak dan pandai dari ex-boipren dia yang dah kena kebas tu.

So, dia tengah mencari tips2 yang dapat membantu dia untuk mengatasi masalah tu. Akak taknak mention nama dan blog adiklah. Tapi, akak terpanggil untuk membantu adik, hope that when you search any blog, you will find my blog & read the tips given. Akak dah bagi tajuk entry yang more close kepada apa yang adik cari. Tips ni aku dah pikirkan semalaman plus dengan sikit-sikit pengalaman 'when I was' aku dulu. Ekekek....Btw, nasihat UTAMA aku kepada adik tu ialah....

"Dik, kalau dah jadi macam tu, habiskan belajar tu dulu. Sebab sikit je lagi step yang adik nak daki. Yang penting grad. Jodoh Insyallah akan datang bila diizinkanNya."

Bagi aku, bercinta di zaman universiti itu masih belum mendatangkan kemeluatan melampau terhadap pemikiran aku sebab...peringkat universiti tu dah kira matang lah jugak untuk membuat penilaian. Dah waras sikit untuk berfikir.

Tapi kalau masih di bangku sekolah, sijil UPSR pon belum dapat, apetah lagi sijil PMR dan SPM...janganlah ngengada nak bercinta dik non oi...akak sakit mata nengok status2 cinte kamu. Walhal ketika kamu sedang menaip status itu, Cikgu Bahasa Melayu baru nak masuk kelas ngajor kamu. Bahasa Melayu Pemahaman kertas 2 pon kamu masih terkial-kial nak memahamkannye. Inikan pulak nak faham apa makna cinta-cintun ini. Memang kamu akan tersasar syg oi....

Ok, berbalik kepada masalah budak U tadi. Tips-tips yang adik boleh ambil adalah....

POSITIF

Tuhan kan ada beritahu, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Bukan senang Tuhan nak uji kita dik. Sebab Dia hanya menguji hambaNya sekiranya Dia tahu bahawa hambaNya itu betul-betul kuat untuk menghadapi ujian tersebut. So, adik sedang diuji, that's mean, adik seorang yang kuat untuk melawan rasa negatif tu. Betul tak?

PROFESSIONAL

Anggap sahaja ini ujian bagi menguji tahap professional adik semasa bekerja selepas grad nanti. Kalau kita sedang bekerja, atau sedang belajar, dalam masa yang sama kita menghadapi masalah emosi & perasaan, try to hide it with your capability of being professional. 

'When I Was' akak dulu? Akak pernah jadi tak professional dan pernah jugak jadi professional habissss. Masa study dulu pernah bercinta,  frust menonggeng, pastu takleh berhadapan dengan minah tu. Nak tau apa akibatnya? I've lost. Everything I need. I lost my love & also my pointer. Setelah berfikir dgn rasional bertahun-tahun dan mengkaji balik sedalam-dalamnya, baru akak sedar yang akak tak professional. I dare to take a risk untuk bercinta di kala belajar, tapi akak tak sanggup untuk menghadapi realiti risiko putus cinta tersebut. Luckily, akak tersedar perkara tersebut sebelum grad. And I was like to built up my strength balik, pulun dan pulun. Alhamdulilah, grad dengan jayanya. Pointer pon taklah menjunam. Still lepas 3 pointer.  Thanks God. (^_^)

Then, masa zaman bekerja, diuji sekali lagi, bercinta dan frust. Kali ini tak menonggeng. Sebab, di awal bercinta akak da set mind, if anything happen, I will not be a stupid person again. Jodoh tak panjang, dan break up. Kecewa tu memanglah. Tipulah kalau tak kecewa. 2 years kannn...Tapi disebabkan ketika itu sedang bekerja, plus kerja datang macam takde hari esok, so akak ended the 'frustration period' pada hari kelima. Cukuplah 5 hari je bersedih. Menangis. Buang air mata, buang air hidung. Itu pon curi-curi nangis dan bersedih sebab mase tu kerja hakiki adalah bertemu dengan pekerja bawahan, kerja sampingan adalah escort the VIP's. Then, akak go back to normal. Lama-lama terbiasa dan boleh terima hakikat. Sampailah Allah temukan dengan jodoh yang akhirnya menjadi suami sekarang =) 

Kesimpulannya, being a professional will heal your emotion yang sedang tunggang terbalik tu. Trust me. Hanya kita yang boleh mengajar diri kita sendiri untuk menjadi positif. (^_^)

FEEL LUCKY

Macam yang adik dalam blog tu cakap, dia already dah dapat pengganti yang jauh lebih baik dari yang dulu. So, silalah rasa bertuah dengan apa yang Tuhan gantikan itu sebab hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kamu. Comparekan (dalam hati) apa yang kamu rasa bertuah setelah mendapat pengganti tersebut. But beware, cinta bukanlah di atas dasar paras rupa, sentuhan, wang ringgit dan harta benda. Cinta adalah berdasarkan sikap penyayang, bertanggungjawab & mengambil berat dia terhadap kamu. Sebagai bonus, mungkin funny dan soft-hearted. Ada etika...plus, ada masa depan. Ala, pendekata sikap yang kamu rasa sesuai la untuk dibuat suami kelak. Yang apabila kamu menjadi isterinya, kamu akan bahagia sampai ke syurga.

FOKUS

Kalau tengah frust, jangan fokuskan diri pada rasa frust tu sahaja sampai kamu lupa apa yang perlu kamu kejar dan kamu capai untuk masa depan kamu. Macam contoh adik tadi, frust itu satu perkara lain yang sepatutnya menjadi perkara sampingan untuk difikirkan. Perkara utama yang perlu adik fikir adalah BELAJAR SEHINGGA TAMAT. Sebab you're just at the corner of successful. So jgn ruin kan ia dengan perkara-perkara yang akan buat adik menyesal sampai mati. Bukan senang nak repeat sem dik oi....dan betapa malunya untuk jadi pelajar extend.

SHOW YOUR HAPPINESS

Dengan melarikan diri daripada class dan study group, itu bukanlah jalan terbaik untuk adik keluar dari masalah ini. Plus, 'minah' atau ex-boyfie adik akan rasa bahawa mereka telah berjaya untuk 'down' kan adik dengan sehabis baik. Suka ke tengok orang gelakkan kita yang tengah bersedih? Tak suka kan? So, please show that adik sedang bahagia, malah lebih bahagia dengan kehidupan sekarang. Atau kalau lebih ganas (tak digalakkan), kalau dengar diorang kutuk-kutuk adik, cakap saje, 

"Nasib baik I tak ditakdirkan dengan U so and so. Dan good luck la kat you minah so and so. Selamat menempuh cabaran."

Hehe...ayat tu tak digalakkan sebab ia akan mengundang pergaduhan. Tapi kalau dah cakap tu,cepat-cepat larikan diri lah. Jangan tunggu-tunggu lagi, Ekekekek.....

So, ini tips mudah yang perlu bermula dari diri adik sendiri. Remember, cinta yang membahagiakan adalah cinta yang mampu menemukan bahagia. Bukan cinta yang boleh menghancurkan masa depan. (^_^)

Peace yaww! 


Ini gambar masa hari husband melamar iolls kat atas Penang Hill setahun lepas. 
Nampak tak muka ceria  iolls tu. Hihi... (^_^)





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...