Tuesday, September 3, 2013

Kuku Panjang. Cantik atau Berdosa? (^_*)?






"Ye murid-murid...hari ni cikgu nak cerita pasal hukum dan keburukan BERKUKU PANJANG dari segi agama dan istilah sains...."

Ecewahh...perektis-perektis nak jadi cekgu pulak aku. Dulu time mak aku suh jadi cekgu, aku buat muka toya. Sekarang terhegeh-hegeh nak jadi cekgu pule. Hehehe....

Well itu bukan topik yg aku nak bawak hari ni. By the way, sebenarnya aku nak cerita pasal 'Hukum dan Keburukan Berkuku Panjang' dari segi istilah sains dan rujukan agama.


"Tadi nak jadi cikgu. Sekarang nak jadik ustazah dan saintis pulak?" 

Hessshh...cobe jangan pikior negatif buleh tak? Cuba bukak sikit pemikiran anda tu. Space banyak lagi. Jangan sempitkan dengan benda-benda yang negatif. Rugi space & RAM. (^_^)

Okla, aku divide penerangan dengan membahagikan entry Berkuku Panjang ini kepada 2 bahagian iaitu:

1. Rujukan Agama
2. Istilah Sains


Let's go pada penerangan di bahagian pertama iaitu dari sudut rujukan AGAMA.

Hadis dan Riwayat

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Abu Daud dan beberapa orang ulama hadis yang lain menyatakan Anas r.a. meriwayatkan bahawa:

"Rasulullah s.a.w. telah menetapkan tempoh masa kepada kami dalam perkara memendekkan misai, MEMOTONG KUKU, mencabut bulu ketiak, dan mencukur bulu ari-ari. Rasulullah s.a.w. mengarahkan kami agar tidak membiarkannya melebihi 40 MALAM."


Imam al-Baihaqi dan Imam al-Tabarani meriwayatkan daripada Abi Ayyub al-Azdi, beliau menyatakan terdapat seorang lelaki bertemu dengan Rasulullah s.a.w. untuk bertanya tentang berita dari langit. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Ada seorang daripada kalian bertanyakan tentang berita dari langit sedangkan kukunya panjang seperti kuku burung dan berkumpul padanya kotoran hadas junub dan kotoran lain."

Namun, penetapan tempoh masa dalam perbuatan memotong kuku adalah bergantung kepada situasi seseorang. Perkara tersebut adalah menurut Imam al-Nawawi rhm. Sebagai contoh, apabila dilihat sudah panjang dalam masa 1 minggu, maka ianya hendaklah dipotong. 

Bergantunglah. Tuhan bagi kita akal yang waras untuk berfikir, deria rasa untuk merasa. Kalau dah nampak kuku tu panjang macam cik ponti, maka silalah potong kuku tu. Atau kita sendiri boleh rasa tak selesa bila nak lakukan sesuatu perbuatan dengan jari kalau kuku kita panjang. Contohnya, menyuap makanan ke dalam mulut. Atau nak uli tepung mahupun adunan kek.

Lagipun, nak amik wudhuk pon mesti rasa was-was kan kalau berkuku panjang? Sama ada air wudhuk itu sampai ke tidak dalam celah-celah kuku.


By the way, aku ada jugak dengar yang menyimpan/membela kuku panjang itu dosanya umpama membela sekandang khinzir. Masyaallah...Tapi aku masih tak jumpa lagi hadis mahupun riwayat yang menyatakan tentang kesahihan apa yang aku dengar tu. Mungkin ada yang aku terlepas pandang dan tak baca. So bagi sesiapa yang tahu, boleh lah share yek kat komen atau pun email aku yek... nurstar86@gmail.com.


Settle penerangan dari sudut AGAMA. Aku bagi hadis dan riwayat yang mudah untuk kita faham. Sebenarnya banyak lagi sumber hadis dan riwayat yang berkaitan. Tapi, cukuplah aku share yang 2 tu buat masa ni.

So,sekarang kita pergi pulak pandangan dari sudut SAINS.

Apa pulak explanation orang sains tentang tabiat membela atau menyimpan kuku panjang? Adakah ia bertentangan dengan apa yang agama terangkan?

Setelah aku kaji beberapa website, buku dan rujukan yang boleh dipercayai, aku dapati bahawa penerangan dari sudut sains adalah selari dengan penerangan dari sudut agama. Tak percaya? Ok, baca sampai abis.

Sejenis bakteria yang hidup dalam najis manusia (E.Coli) akan duduk pada kuku yang panjang. Kuman E.Coli ini tidak senang untuk dihapuskan sekalipun kita berusaha untuk membasuh tangan dengan sabun. Jadi, sentiasa lah berkuku pendek dan bersih untuk hidup ceria tanpa E.Coli.


Menurut Dr Hingky Hindra Irawan Satari, Sp.A., MTroPaed, meskipun tangan telah dicuci, apabila kurang bersih, kuman akan berisiko masuk ke dalam tubuh ataupun terjadinya infeksi. 

“Cacingan merupakan penyakit yang paling sering disebabkan oleh kuku yang panjang dan kotor.” kata Doktor tersebut yang aku pasti penuh dengan loghat Indonesianya. 

Doktor Pakar Kanak-kanak di RSUPN Cipto Mangunkusumo, Jakarta ada menyatakan bahawa 

"Telur-telur cacing ini biasanya sering terdapat pada tanah. Tanah yang mengandung telur ini, bisa tanpa sadar bersarang di kuku si kecil yang panjang saat bermain. Selain itu, kuku yang panjang pun bisa mengakibatkan timbulnya infeksi pada kulit.”

Antara lain fakta Hindra yang aku baca adalah, kuku yang panjang juga adalah penyebab kepada masalah kecacingan dalam perut manusia. Perkara ni bukan sahaja terjadi pada kanak-kanak yang suka bermain tanah, malah boleh juga terkena pada manusia dewasa yang suka menyimpan kuku panjang. Antara fakta-fakta tersebut adalah seperti berikut:
1. Cacingan yang dialami, biasanya disebut askariasis yang diakibatkan oleh cacing gelang atau Ascaris lumbricoides. Cacing yang tubuhnya berwarna putih kemerahan dan berukuran sekitar 20-30 cm ini, biasanya ditemui di tanah.
2. Tanah yang mengandung telur larva cacing gelang akan masuk ke dalam tubuh bila tangan yang kurang bersih memegang makanan atau memasukkan tangannya ke mulut. Selanjutnya, telur-telur ini kemudian menetas dan larvanya menembus dinding usus dan masuk dalam aliran darah di pembuluh balik (yang menuju paru-paru). 

3. Cacing gelang merupakan jenis parasit. Sebagai parasit ia merampas makanan yang masuk ke dalam usus manusia, seperti protein dan karbohidrat. Padahal zat-zat makanan tersebut sangat diperlukan untuk pertumbuhan manusia. Itu sebabnya, jika penyakit cacingan diderita manusia terutamanya kanak-kanak, pertumbuhan mereka boleh terganggu.
So,kat sini jelas menunjukkan bahawa sains juga bersetuju dengan faktor agama bahawa kuku panjang adalah lebih memudaratkan dari mendatangkan faedah.
"Macamana pulak kalau kita simpan kuku panjang tapi bersih?"
Soalan yang aku pasti ramai tertanya-tanya dalam hati. Betul tak?
Sejauh mana kita boleh menjamin bahawa 'kuku panjang dan bersih' yang kita katakan itu, benar-benar bersih dari sebarang kuman? Melainkan kita ada mikroskop atau kanta yang boleh melihat kuman di rumah lah. 
Lagi-lagi kuku panjang yang siap kaler-kaler tu. Dah penuh dengan kaler, celah bedah mananya kita nak nampak kekotoran yang melekat pada kuku tu?
Haa...nmpak ke kalau ada kotoran? Tak nampak kan?
So, kesimpulan kat sini adalah lebih eloklah berkuku pendek. Lebih nampak sopan, bersih dan cantik berbanding kuku panjang dan lebih buruk dihias dengan kaler-kaler. Badut je suka cat badan dengan kaler-kaler ni. Hehe...
Tadaaa! Sapa nak jadi badut? 



2 comments:

Ziyad Yazid said...

assalam ..saya nak tanya .. mengenai kuman di kuku tu oleh Dr.Hingky Hindra Irawan Satari dapat dari mana ea sumber nya ? saya perlukan untuk assignment

nurstar ashu said...

Sy tak ingat which article that i've read. Since ini entry 2 tahun lepas. But u can try to read both of this:

1. https://niisha.wordpress.com/category/kesehatan/

2. http://sengketahati.blogspot.com/2014_10_01_archive.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...