Wednesday, September 4, 2013

Senyum Vs Masam Mencuka... (^_*)

Ni nak cerita 2 situasi peniaga yang aku saksikan dengan mata kepala aku sendiri. 

Niat nak cerita bukanlah nak mengaibkan. Aku pun tak nak mention kedai siapa dan di mana. Cukuplah sekadar aku beritahu ianya 2 buah kedai makanan berlauk yang terletak somewhere di Bayan  Lepas, Pulau Pinang.

2 buah kedai ni letaknya bersebelahan. Pelbagai lauk disajikan sama banyak, sama sedap. Sampai 3 tingkat rak makanan tu. Satu tingkat ada 4,5 jenis lauk. Tapi aku suka pergi pada kedai yang pertama ni kerana   3 sebab.

1. Aku memang jenis manusia yang tak berani untuk mencuba selera baru. Kalau sekali aku sedap makan di satu tempat tu, makanya aku akan maintain rajin untuk mengunjungi kedai tersebut walaupun beribu kali. Sampai peniaga kedai tu dah kenal muka aku.

2. Harganya berpatutan. Kalau nak dibandingkan dengan harga di Georgetown sana, memang kedai tu jauh lebih murah. Jarang makanan yang aku ambil dia charge melebihi RM5.30. Paling murah aku pernah bayar di kedai tu adalah RM 4.30. Ayam/ikan keli, sayur, sambal belacan, kadang-kadang ambil lauk hati ayam 3,4 biji, kuah semua jenis aku senduk. Bagi aku dah cukup berpatutanlah tu untuk golongan sederhana macam aku.

3. Sebab pakcik yang jual makanan tu sangat ramah dan bermuka mesra pelanggan. Dia bukan berborak pun dengan aku. Tapi setiap kali aku datang, pasti ada senyuman yang terukir kat bibir dia. Aku anggap sebagai tanda 'Selamat Datang' dia kepada semua pelanggan di kedainya.


Hampir setiap hari, itu sajalah destinasi makan tengahari aku. Normally, kalau aku pergi seorang, aku akan tapau bawak balik. Makan kat office.

Sampailah hari ni, nak dijadikan cerita, kedai yang aku suka pergi tu....tutup. Maka takde pilihan lain, aku kenalah berubah selera kepada makanan di kedai sebelah yang nampak macam sedap tapi sedikit kurang pelanggan berbanding kedai pertama.

Aku bajet mesti makanan dia rasanya tak berapa nak 'kick' atau harganya mahal. Tapi disebabkan tiada pilihan, perut pun lapar, so aku beli jua di kedai kedua tu. Amik lauk tu, amik lauk ni. Lebih sikit dari yang biasa aku ambil. Saja nak test, harga makanan di kedai ni mahal sangat ke?

Then, aku beratur di kaunter untuk bayar. Kat situ aku dapat bezakan layanan makcik tokey kedai tu dengan pakcik tokey kedai sebelah.

Muka makcik tu masam mencuka. Sesaat pun dia tak senyum apetah lagi nak bertegur sapa. Mata pun tak pandang aku. Cuma tangannya ralit membungkus dan mengikat makanan tersebut dengan getah. Sesudah tu aku bertanya.

"Berapa ringgit ye, makcik?" dengan senyuman
"RM 4." Jawab dia ringkas. Pendek. Muka masam mencuka.

Aik? Murah pulak? So aku terus hulurkan sekeping not RM5. Ketika tu dia sedang membungkus makanan pelanggan lain. Lama aku menghulur tangan untuk membayar. Hampir setengah minit. Tapi dia sedikit pun tak endahkan aku dan menghabiskan kerja dia membungkus makanan pelanggan lain.

Bagi aku, apelah salahnya kalau makcik tu terima dulu duit yang aku sedang hulur tu. Aku tak kisah pun kalau dia nak bagi bakinya lambat sikit. Asalkan dia tak biarkan pelanggan sampai lenguh tangan hulur duit depan dia. Nak kata dia dalam keadaan kelam kabut, tak jugak. Pelanggan dia tak berapa ramai pun.

So, lepas aku dapat baki, aku pun berlalu sambil ucap terima kasih. Tak macam pakcik sebelah yang membalas ucapan terima kasih aku sambil tersenyum dan mengangguk. Makcik tu langsung tak jawab apa-apa malah pandang muka aku pun tidak. Teruknya gerak-geri dan budi bahasa dia.

Sambil berjalan keluar dari kedai, aku sempat tengok keliling. Memang tak ramai. So aku aspect, ni mesti lauk kedai ni tak sedap. Sebab tu murah.

Then, sampai je di office, dengan lafaz bismillah, aku terus menyuap makanan tadi ke dalam mulut. Uiiii! Sedap rupanya! Sama macam kesedapan makanan yang dijual kat kedai pertama tu.

Kat situ aku terfikir. Kenapa kedai tu tak ramai orang sedangkan makanan dia sedap dan harga pun murah. Kedai pakcik yang pertama tu sedap tapi harganya mahal sedikit berbanding kedai kedua tu, tapi kedai dia penuh orang. Kadang-kadang kalau aku datang lewat sikit, banyak lauk yang dah habis.

Fikir punya fikir, banding punya banding....barulah aku dapat buat kesimpulan bahawa.....sikap kedua-dua tokey kedai tu sangat mempengaruhi bilangan pelanggan yang hadir ke kedai mereka. 

Pakcik di kedai pertama- Makanannya sedap, harganya sedikit mahal tapi pakcik tu murah dengan senyuman dan mesra pelanggan. Sebab tu pelanggan dia ramai.

Makcik di kedai kedua- Makanannya sedap, harganya sangat murah tapi makcik tu kurang senyuman dan suka buat muka masam. Sebab tu pelanggan dia tak berapa nak ramai.

Tak bermakna bila kita jual sesuatu makanan/barang tu dengan senyuman, kita boleh naikkan harga yang melambung tinggi. Bukan itu yang aku maksudkan. Tapi, ternyata rakyat Malaysia sukakan budi bahasa, sikap mesra pelanggan dan murah senyuman. 

Aku tak tahulah kalau orang lain. Tapi bagi aku, biar aku bayar mahal, tapi aku puas hati dengan layanan atau perkhidmatan yang diberikan. Daripada aku bayar murah, tapi aku terpaksa berdepan dengan muka masam dan tak ikhlas. 

Setuju? (^_^)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...