Awan mendung & gelap.
Air cond terlalu sejuk walaupun di paras LOW di ketika ini
Lampu office di off kan.
Maka mata pun menjadi kuyu macam ikan puyu.
Ish...tak boleh, tak boleh...Tak boleh tido di waktu kerja. Kalau waktu lunch takpe. Hehe! So better rasanya aku menaip since mood nak baca 'kitab-kitab' berkaitan tugasan aku tak berapa nak ada petang ni. Nak what's app dengan encik husband pon, jangan harapla dia nak layan time-time kerja macam ni. Berubah lepas kahwin? Taklah. Dia memang macam tu sejak dari zaman bujang lagi. Time dia bekerja, janganlah ganggu dia dengan perkara-perkara yang tak penting, BO LAYAN jawabnya.
Erm, nak cerita la sket pengalaman memasak untuk open house husband aritu. Open house ke namanya kalau buat kat office? Open office la ye tak? Hehe...Tak kesahlah. Janji on that friday, sampai turn dia untuk bawak something yang dikira macam pot luck untuk open office dia tu. (mcm pelik je nak sebut)
So, disebabkan 'keberjayaan' aku memasakkan spaghetti untuk dia aritu buat kali pertamanya...so he decided untuk bawak menu spaghetti sempena pot luck day tersebut. (pot luck day lah pulak...)
At first aku kaget jugak bila dia cakap, aku kena masak untuk 50 orang punya makan. Telan air liur jugakla 2-3 kali. Bukan apa, aku ni dah la masa bujang memasak tu jarang-jarang. Pastu dah kahwin, aku belajar masak pun untuk tekak suami makan. Ini aku kena masak untuk tekak 50 orang punya makan. Masa tu la aku terbayang wajah mama. Kalau lah mama ada masa tu...huhu!
So, disebabkan aku nak meraih kepercayaan suami bahawa...untuk dia, apa sahaja akan aku lakukan...(cewahh!) maka aku pun sanggupkanlah diri ni untuk memasak spaghetti bagi 50 orang tersebut. Masalah pertama yang aku hadapi adalah kuali besar. Macam mana nak masak banyak kalau kuali tu besar sekangkang kera je?
Maka nak tak nak kenalah mintak simpati member yang duduk kat tingkat atas. Pinjam kuali. Eee...malunya. Tapi itu pun kuali dia besar sket je dari aku. Kira macam 2 kangkang kera. (Sebab kuali aku kan besar sekangkang kera je. Hehe...) So, akhirnya aku terpaksa mengalah dengan keadaan. I have to cook triple times untuk kuah spaghetti tersebut. Aku bermula jam 7 malam iaitu sebaik sahaja pulang dari kerja dan berakhir pada 11 malam. Gile. Masak sampai 4 jam. Macam nak buat dodol. Hehehe!
Itulah gambar-gambar yang sempat aku snap sambil memasak tu. Seriously, this is my 1st experience masak banyak-banyak macam ni. Lepas masak tu, husband pon bawak pegi keje. Dalam hati dup dap dup dap ternanti-nanti komen dari encik husband. At last pada jam 11 pagi dia what's app aku. Katanya....
"Spaghetti awak dah habis licin dah."
Well...........hehe. Tak perlu di explain dengan kata-kata lagi. Mihmihmih!
Mungkin ada orang cakap,
"ala, pakai kuah Prego yang dah sedia ada, bolehlah. Semua orang boleh buat."
Ye. Memang. Tapi semua orang boleh bercakap, bila kena buat, ada yang cakap tak sanggup, tak berani, takut tak sedap. Haa...betul tak? So, aku yang amatur ni kira berani lah mengambil risiko tu kan? Tu dah kira hebat lah bagi seorang yang naif dalam bidang masakan seperti aku ni.
Oklah. Cakap lebih-lebih nanti orang kata riak pulak. Hehe...
Adios. Amigos. Bye!
No comments:
Post a Comment