Gottcchhaa!
Hihi....few days ago, iolls 'tertangkap' ada satu personal pics dalam FB sumone ni yang sudah 'mengkopi-teh'kan kata-kata azimat yang iolls cipta sendiri dan letakkan pada header blog ashu oh ashu ni. Hihi....Dia siap buh signature nama dia lagi bawah ayat tersebut. Tapi iolls taknak lah mention FB sape. Tak baik mengaibkan orang. Nanti Allah buka aib kita tau.
Ayat yang mana? Alah...ayat yang ni lah:
"SETIAP LANGKAH DALAM HIDUP PASTI ADA CERITERANYA. CORETAN ADALAH TANDA INGATAN. TINGGALKAN SESUATU YANG BAIK ITU UNTUK MASA DEPAN."
Marah?!
Dak ehhhh! Tak marah pong. Ye, pinjamlah. Sekalipun kamu nak men'declare'kan kat orang bahawa ayat itu keluar hasil dari perahan otak kamu sendiri. Yeee...iolls sikit pon tak kisah. Sebab kalau orang lain tak tahu, Allah kan tahu. Hehehe....
Lagipun, iolls ni takdelah kedekut ilmu, kedekut bahasa sangat pun dgn orang. Kalau tak, buat ape iolls open blog ni untuk tontonan umum. Jangan kamu copy gambar iolls kemudian kamu declare itu adalah kamu atau gunakan untuk tujuan yang tidak baik. Ha, yg tu memang mak bengang,nyah! Tak nak gaduh but no mercy, iolls terus report pada pihak yang berkuasa aje. Biar mereka yang selesaikan.
Mana-mana ilmu DIY yang iolls tau, iolls tak pernah pon kedekut dgn korang semuakan? Siap bagi tutorial lagi. Ajar step by step. Sebab iolls tahu. Semua ilmu itu adalah dari Allah. Takde satu pon hak milik kekal manusia. So, we have to share it together.
Iolls sendiri pon kadang-kadang ada jugak pinjam ayat-ayat 'well said' dari philosophy bebas, negara dan international macam Wiliam Shakespeare, Khalil Gibran, Usman Awang etc. Dan kadang-kadang ada jugak amik ayat-ayat power dari individu seperti Fynnjamal, Ahadiat Akashah and so on. Cuma iolls takdelah letak signature nama iolls kat bawah ayat tu untuk membuktikan kat orang bahawa ayat itu adalah hasil daripada perahan otak iolls sendiri. Hihi....
Oklah, btw, kepada individu tersebut...iolls nak ucapkan terima kasih sebab u sudi jugak baca blog iolls yang tak seberapa ni. Hehe...jadikan ayat atau kata-kata azimat iolls tu sebagai satu panduan dan semangat dalam hidup u. Lagipun memang itu pon tujuan iolls buat blog ni. Supaya iolls BOLEH MENINGGALKAN SESUATU YANG BAIK UNTUK ORANG LAIN DI MASA HADAPAN. Oh ya'! Jangan lupa untuk jadi followers yek! Nanti iolls share banyak lagi tips2, ayat2, madah2, tutorial2 yang best2 yek.
Peace yaw!!
Taip...taip...taip...sampai tak larat nak taip. (^_^)
(Jangan fokus kat duit tu sebab itu duit orang, uollsss....bukan duit iollssss)
No comments:
Post a Comment