Monday, August 19, 2013

Raya Punya Cerita (^_^)

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin! (^_^)

Weehooo....at last kan, selepas sebulan mengharungi dugaan berpuasa, akhirnya kita berjaya meraih kemenangan dengan merayakan Aidilfitri yang cuuuukuuuppp ceria. (^_^) Thanks God, saya lahir sebagai seorang Muslim dan berada di bumi Malaysia ni. 

This year jugak aku berjaya menghasilkan sejenis kuih raya tanpa bantuan mama. Tapi sejenis jela sebab lepas tu takde masa dah nak buat. Itu ponn pinjam oven member je. Haha! 



Opkosss la kuih samperit menjadi pilihan kennn....favourite nih! Senang pulak tuh!
Rupa tu memang takde. Amatur la katakan...Tapi rasa manyakkk sidappp oooo!



Pastu kan...pastu kan...sebelum balik raya dah siap-siap masuk balang dah. Bajet macam aku abis je cuti raya, balik je rumah kuarters ni, ada orang nak datang beraya la kunon. Ceh! Hehe....
Abaikan kuih lain-lain yang cantek-cantek tu. Memangla. Kuih tunjuk-tunjuk la tu. (*_*)


This year, walaupun pertama kali beraya sebagai seorang isteri plussss sebagai seorang mummy-to-be (^_^), hubby telah memberi peluang pada aku untuk beraya di Negeri Sembilan, of course la rumah my mama & ayah kan...Heehuuu...thanks hubby. Jasamu dikenang. Taun depan bulan 2, saya kasik awak hadiah yek. Heeee..... (^_^) But, we still balik raya di SP pada raya kelima sampailah habis cuti raya kami. I masih tak lupa yang sekarang I dah ada mak mertua uolls... (^_*)

2 days before balik raya, I've got an appoinment dengan doc untuk scan baby. Masa tu baru 11 weeks. Baby mummy acting sooo good while scanning. See (^_^)  Macam sedang melambai-lambai mummy. Heee....


"Dia dah mula membentuk kepala, tangan dan kaki" kata doc. Tunggu masa untuk sempurna, Insyaallah. Semoga anak mummy lahir dengan sihat dan sempurna ye sayang. Mummy & daddy tak sabar nak tengok kamu nih (^_^) Your daddy asked mummy to print out your pic sebab dia tak berkesempatan nak datang masa mummy scan kamu. Al maklumlah daddy kamu tu kan orang pentingggg sangggggattt kat base dia tu. Huhu.... Tak kisah la, janji kami berdua memang soo excited to see you, sekiranya diizinkan Allah.

 Dan yang paling penting, baby acting sooooooo good time raya ni. Mummy no muntah-muntah, no loya-loya dan selera sungguh makan.....Nauzubillahhhh..... (*_*) Start masa 1st day raya lagi. 
Heee...tq baby mummy syg...tapi daddy agak merana jugak sebab nak ikukan kehendak tekak mummy yg macam orang tak makan sebulan. Huuuu...

Then, a day before raya, kami balik kampung. This year raya memang sangat happening. Walaupun tak semua uncles and aunties yang ada, tapi atleast, penuh jugaklah rumah pusaka arwah atuk tu. Pluss, the amazing moments yang kami memang susah nak dapat bila di pagi raya, ayah bersetuju untuk ambil gambar keluarga beramai-ramai. Kalau sebelum ni, ayah memang susah sangat nak amik gambar sama-sama. Lepas balik semayang raya je dia akan tarik bantal dan tido. Huhu....Bukan takat dengan keluarga besar je, dengan kami adik beradik pun susah sangat nak bergambar dengan dia. Tapi tahun ni alhamdulilah ayah sangat sporting. Mungkin sebab dia excited ada menantu baru kot. Menantu pulak 'cameraman' tak bertauliah. Semua moment dia ambil gambar tanpa perlu disuruh. Huhuhu....



This is my BIG FAMILY. Not so big sebab masih tak cukup korum ni.



Mama & Ayah. Speechless. Greatest parets ever. *HUGS*



Along & B.Long. 
Loving couple ever. Haha! 
Shot yang saling berpandangan tu yang tak tahan nak nengok tuh! Hehehe...
Owh yg 3 kiddos tu anak-anak diorang la. Super lasak. (^_^)


Angah & B.ngah...with their 3 kiddos.
Happy & funny family.
Anak-anak dia pon pandai posing. 
Especially si adik tu. Haishhh....




Abang & Kak Umi...with their daughter & son.
Anak-anak diorang yang sangat cute.
Sedang rancak membesar dengan...Upin Ipin. (*_*)





Heyyy! Ini kak long Zara. My eldest bro's daughter. Semakin hari semakin bijak budak ni.
Lagi-lagi bila dia dah ada adik. Lagi macam-macam ragam dia.
Setiap kali aku balik kampung, dia akan master satu kepandaian yang berbeza-beza.



This is my youngest bro...He's a seaman. Navy. Pelayar samudera. 
Bujang trang tang tang lagi ni. 
Sape nak kenal, boleh isik borang, submit kat bawah pintu office iolls berserta duit yuran RM5 ok! Eceh...mampoih aku kalau dia baca entry ni. hehe!




Uncles & Aunties with cousins yang menceriakan lagi rumah Hajah Saminah.


Nenek sayang. Pon speechless. (*_*) *HUGSSS*
Semoga Allah panjangkan umur nenek sentiasa. Ameen...




Ayah tengah bawak menantu dia orientasi rumah tempat dia dilahirkan. 
Rumah yang kini telah dijadikan Muzium Tradisional Negeri Melaka.
Btw, my family sebelah ayah still menetap kat situ. 
(Tapi menantu sibuk sangat nak ambil gambar 
sampai sekeping gambar dia pon xde masa ni. Hehe!)







Dan sekarang...barulah gambar kami berdua pule...heeee...
1st time beraya sebagai husband and wife.
Memang sangat memorable & sweet.
Ramadhan tahun lepas kami berkenalan, 
Ramadhan tahun ni kami dah jadi suami isteri.
And Insyaallah...parents-to-be.
Alhamdulilah...semuanya atas izin Allah jua.


So, below adalah gambar ragam-ragam yang diambil randomly masa raya aritu. 
May next raya akan jadi lebih happening dari tahun-tahun sebelumnya. Insyaallah... (^_^)











Oklah, gotta go. Nak pikir masak apa pulak untuk malam ni. (*_*)











No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...