Friday, December 6, 2013

Review Online Sellers (Baby Stuff) yang Awesomeeee!! (^_^)

Online Shopping is a trend nowadays. Setuju?

Ini entry untuk sharing info pasal online seller yang menjual barang-barang baby yang quite murah but yet berkualiti. By the way, ini bukan promote--laku--dapat untung punya entry yek. Sikit pun aku tak dapat keuntungan dari mempromosikan online seller dalam blog aku ni. Aku pon tidak kenal mereka secara mendalam. Just jumpa mereka dalam screen laptop dan what's app since aku rajin untuk search barang online dalam internet. Plus, niat di hati ni cuma nak tolong mommies2 kat luar tu especially yang 1st timer mom-to-be ni untuk search kelengkapan bayi/bakal bayi yang dilahirkan. Sharing is caring. Tak salah kan? (^_^)

Owhhh....bukan jugak bermakna sesiapa yang kerap membeli barang-barang anak ini dianggap sebagai org yang 'taksub' atau 'terlampau suka'. Setiap ibu pasti ingin memberi yang terbaik untuk anak-anak. Since ibu-ibu sekarang dipermudahkan lagi dengan cara online shopping ni, jadi orang lain yang berhasad dengki itu, janganlah menganggap atau melemparkan kata-kata negatif untuk ibu-ibu seperti kami. Kami juga seperti kalian yang sentiasa nak yang terbaik untuk anak-anak.

Luahan perasaan ke ni? Hehe...yelah kot sebab lately selalu sangat ada orang cakap...'jangan suka sangat'...'jangan eager sangat, nanti banyak benda buruk terjadi.' Ayat tu semua seolah-olah mendoakan yang tak baik. Insyaallah, harap-harap kita semua percaya dengan qada dan qadar Allah. Apa pun yang berlaku biarlah Allah yang tentukan. Bukan 'mulut' manusia yang tentukan. Peace! (^_^)

Ok, there's some website, facebook & instagram yang aku nak suggest untuk mommies out there. Let's cekidaud!!!

1. Website- Atasrakcollection

Apa yang aku beli?
  1. Diapers Bag (RM 52.00)
  2. 1 set includes 5 items:
  • 1 big diaper bag
  • 1 small diaper bag
  • 1 bottle bag
  • 1 food bag
  • 1 diaper pad
Untuk order Dec 13 ni, owner website siap bagi free gift untuk mummy & baby. Tak sabar nak tunggu barang dan gift ni sampai (^_^)




Apa lagi yang hebat?



Rocker baby ni di website lain, harganya RM 200 and above. Tapi website ni menawarkan harga RM 155.00 each. Ada 2,3 jenis dan colour lagi. Boleh pilih colour, ikut jantina anak.



2. Instagram- @babiesmall

Apa yang aku beli?
  1. Tommee Tippee Grooming Kit. (RM 85.00) 
  2. 1 set includes:
  • 1 digital thermometer
  • 1 nasal aspirator
  • 1 toothbrush
  • 1 brush
  • 1 comb
  • 1 scissors
  • 1 nail clippers
  • 2 emery boards 
  • 1 carry case

Apa lagi yang hebat?

Owhh...owner insta ni banyak menawarkan barang-barang Tommee Tippee dan Avent (especially botol susu) dengan harga yang sangat-sangat murah. Pelbagai set yang dia selalu offer. Barang-barangnye ni di order terus dari UK dan US. Tapi korang kena grab cepat2 la once dia bukak order. Sebab barang-barang dia sangat limited. Kira macam 1st come 1st serve.







3. Website- One Baby World

Apa yang aku beli?
  1. Milk Storage Bottle & Bags with Cooler Packs.
  2. Ketiga-tiga barang ni dikira sebagai 1 set dan berharga RM 94.20.





Kalau uolls nak beli asing-asing pon boleh. Tapi harga untuk 1 set ni lebih murah berbanding beli 1 item. Tak percaya? Ok, jom kite calculate harga untuk setiap 1 single item.

RM 20.70

+

RM 33.00

+


RM 44.72

=
RM 98.42

Nahhh....terbukti bahawa harga bagi 1 set tadi beza RM 4.22 dengan harga campur bagi setiap 1 single item.  Kan? (^_^)

Apa lagi yang hebat?

Macam-macam lagi yang hebat. Breast pump pun banyak pilihan jenama such as Medela, Tommee Tippee, Autumz, OBW dan lain-lain lagi. 


4. FB- Daddy's Little Pumpkin

Apa yang aku beli?

Disebabkan facebook ni aku baru jumpa minggu lepas, so aku masih rambang mata lagi untuk memilih barang-barang yang di display kan...huhu! Lagipun, memang saje tunggu gaji masuk. Bolehlah borong banyak sikit. Jimat duit pos kan? Hehe...

Apa lagi yang hebat?

Macam-macam deq non oiii....sebab tu la sampai hari ni aku masih tak bley finalize lagi barang apa yang nak dibeli. Sebab setiap hari owner FB ni upload barang-barang yang menarik dan murah. Contohnya....


This awesome & cool pre walker shoes only RM 23 for each pair! Argghh!!



This cute rompers only RM 15.00 each! Arrrggghhhh!!! 


This dress legging only RM 27.00 each pair! *pengsan mata terbeliak*


This mitten & booties set only RM 26.00 for 4 set! * jatuh bergolek-golek*

So, tunggu this month punya pay day. Ngeh-ngeh ngeh.....*muka jahat*


Notes

Website, facebook dan insta yang aku review ni adalah totally merujuk kepada survey aku sendiri. Tak tau la kalau korang ada jumpa website yang lebih murah dari ini. Itu rezeki uolls la kan...syukurrrrr.... (^_^) 

Nanti, kalau aku ada jumpa website terbaeeekkk lagi, aku akan share ngan uolls yek. No worries! Buat ape makan sorang kannnn... *kelip-kelip mata sambil senyum*

Thanks

Thanks untuk keempat-empat owner website, insta dan fb. Sorry sebab 'curi' gambar di page uolls. Niat saya cuma nak tolong promote. Takde niat lain. Sorry again. Heeee.....




Wednesday, December 4, 2013

Rezeki dan Dugaan Mengandung, Melahir dan Membesarkan 'Amanah' Allah. (^_^)

Salam & selamat pagi!

Rasanya dah lama tak tulis entry since the last entry pasal Placenta Previa aritu kan? By the way...macam-macam yang jadik selama aku tak berkesempatan untuk story mory morning glory kat blog ni. Dengan admitted wad 2 kali nye, dengan tugasan office yang sedikit mencabar hujung-hujung tahun ni. Tapi alhamdulilah, semuanya berjaya dihadapi dengan tenang. Ceewaahh!

Kenapa admitted ward?


This is my very 1st time punya experience masuk wad. 
Selama 27 tahun hidup, belum pernah lagi tido atas katil spital. 
Honestly, yang tak bestnya, 
walaupun tak rasa sakit tapi sebab keliling org sakit,
memang secara auto rasa sakit. Hukhuk....
Tapi yang bestnya....org anta makan sampai ujung kaki. Hehe!

The bleeding still continued for several weeks...plus sampai skrg. But it's actually not exactly macam blood colour, merah. Just spotty yang berwarna koko only. Cuma ada sekali yang keluar tompok darah pekat sebesar syiling 50sen. Aku pun tak pasti kenapa sebab ia memang tak sakit. But dari apa yang aku alami, once aku lasak sket, the stain akan keluar sama ada byk atau sedikit. Tapi kalau duduk-duduk saja, memang clean. Adakah itu bermakna baby nak mummy dia duduk rehat sahaja sepanjang masa? Huhu...tak boleh la macam tu baby, tak terurus lah daddy kamu tu nanti kalau mummy duduk saja tak masak, tak kemas rumah. Hehe!

From doctor punya early analysis, might be the stains bukanlah disebabkan oleh baby. Sebab growth baby adalah normal, movement juga good. Mereka suspect something happen inside my pangkal rahim. OMG...sangat takut. Semua wanita pasti akan takut bila ada masalah dengan pangkal rahim. Itu adalah organ dalaman yang paling bernilai untuk seorang wanita. Betul tak?

So, 2 times of admitted in ward, pap smear test, 3 minggu menunggu result, akhirnya ujian pap smear mengesahkan, aku tidak ada tanda-tanda mengalami kanser mahu pun jangkitan kuman di pangkal rahim. Alhamdulilah....Allah je tahu betapa leganya dengar doktor beritahu pasal result tu. 

But the problem masih belum settle. Dari mana datangnya stains itu?

Specialist tanya aku macam ni....
"Dari research kami, your baby is ok, your blood pressure ok, your placenta fundal, HB ok, kitaran period before pregnant ok, you tak demam, takde simptom2 kanser atau terkena jangkitan. Tapi kami pun pelik dari mana datangnya stain tu. You pun tak pasti why you having that stains, ya?"

Aku menggeleng sambil dalam hati cakap....
" Kalau saya tahu dari mana datangnya stains tu, buat apa saya datang sini." Huhu....sabar jelahkan. Kalau doktor yang penuh ilmu perubatan tu pun pelik dgn problem aku ni, aku yang takde knowledge psl perubatan ni apetah lagi.

So, doctor buat kesimpulan mungkin ada berlaku sedikit luka di bahagian pangkal rahim kerana pertukaran sel (disebabkan ini 1st pregnancy) yang apabila aku lasak sedikit akan mengakibatkan pendarahan. Dia bagi aku masa sehingga end of this Dec untuk pantau keadaan ni dan datang appoinment balik on 31st Dec ni. If the bleeding still continue, dan makin teruk, aku akan kena admit ward lagi. Huh...jenuh.

Tapi jauuuuuhhhhh di sudut hati aku berkata...kalau problem ini bukan disebabkan oleh baby atau pangkal rahim aku, aku anggap ia sebagai dugaan kecil yang Tuhan suruh tempuh sebelum aku melahirkan si comel ni. Hanya Allah yang tahu kenapa ujian ini diberikan pada aku. Kadang-kadang ada jugak penyakit yang tidak dapat dikesan oleh perubatan. Akal manusia ni ada batasnya kan?

Lagipun aku percaya, setiap anak ada rezeki dan dugaannya. Kalau bukan dugaan ketika mengandung dan melahirkan, ia mungkin akan datang ketika kita membesarkannya. Semoga aku tabah untuk menghadapi apa jua dugaan dalam proses menerima amanah tuhan ini ke dalam hidup kami suami isteri dan sentiasa bersyukur dengan berkat rezeki yang dikurniakan kerana melahirkan amanah ini. Insyaallah...Apa yang penting baby keluar sihat dan sempurna. Ameen....

Buat masa ni baby masih aktif seperti biasa. Plus, dia dah pandai bagi respon especially bila daddy dia 'sembang teh tarik' dengan dia setiap malam. Pastu daddy suka main 'ketuk-ketuk dinding perut mummy' dengan dia. Daddy ketuk sekali, dia balas 'kick' sekali. Daddy ketuk 2 kali, dia pun respon 2 kali. Even kena tunggu beberapa second or minutes. Tapi kalau dengan mummy, takdela agresif sangat dia nak bagi respon except bila mummy tengah baca Quran atau nak tidur. Dia memang akan gerak dengan agresif. Hmm, memang anak kesayangan daddy la kamu ni nanti, baby. Jangan degil sudah. Mummy zass-zasss dengan rotan nanti. Hehe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...