Thursday, January 30, 2014

Review Online Seller Lagiiiiii (^_^)

Salam!

Uiii lama benar rasanya tak cot cet cot cet dalam blog ni. Sibuk nau lettewww.... (^_*) Takdelah. Al maklumlah da masuk taun baru kan...banyak benda nak kena reset dan setting balik. Btw, nak ucap Happy New Year la kat semua yang dok baca 1st entry untuk 2014 ni. Apa azam taun baru nih? Ok ok....iolls tau uolls taknak cakap sebab nanti kalau tak capai, muka malu jadi merah blush blush kan? Hahaha! Choii...sama la kitee. (*_*)

Masuk 2014 ni, fikiran tak lain tak bukan asyik fokus untuk persediaan menerima kelahiran 'orang baru' dalam hidup kami suami isteri. Owh anak...5 more weeks to go to see you. Itu pun kalau kamu tak keluar awai la. Huhu...Daddy kamu selalu pesan kat kamu kan, jangan keluar awal sangat, nanti tak matang. Jangan keluar lambat sangat, nanti daddy tak senang duduk. Hehe...hari-hari dok pesan macam tu. Agaknya si gebu mummy dlm ni pun dah boring dengar agaknya. Tu belum kira daddy dah 2,3 kali mimpi baby lahir terus pandai jalan dan bercakap. Kehkehkeh...

Semakin dekat tarikh due, semakin dia aktif bergerak dan semakin tak nyenyak mummy dia tidur. Mengiring salah, menelentang salah. Nak menangkup lagilah tak boleh. (*_*) Lambat makan sket, dia mengamuk. Makan lebih sikit pun dia suruh buang. Mungkin kalau dia boleh bercakap masa ni, dia akan kata 

''Mummy! Buang cepat makanan ni. Saya punya ruang tido dah cempiitt!"

Ok, overrr sangat mummy ko ni nak bayangkan sampai macam tu sekali. Keh keh keh....

Btw, dah baca entry yang lepas? Pasal review online seller baby stuff? Dah try jenguk2 website dorang? Kalau belum, bolehlah review sekarang kat SINI sebab di awal-awal tahun ni depa banyak buat New Year Sales. So, byklah barang yang berada pada harga diskaun.

Nak lagi review pasal barang baby?

Ok, iolls bagi uolls info pasal 3 barang lagi. Sharing is caring. Nanti boleh pakai sesama (^_^)

Baby Bumper

Btw, ini adalah item perrrrtama sekali yang aku beli once bila aku diberitahu bahawa aku disahkan pregnant. Sebab masa tu saja usha-usha online seller untuk buat survey. Pastu terrrrbeli pulak! Pastu aku pi plak suruh kedai ni pos ke kampung. Tak pasal-pasal kena marah dengan mama sebab beli awal sangat masa tu. Huhu!


Apa yang istimewa pasal baby bumper ini adalah:
  • Bumper yang best dan boleh elak baby yang dah pandai golek-golek, jatuh ke lantai. Hehe....
  • Siap ada kelambu yang comel dan boleh tutup keseluruhan tilam. Incase lah kalau rumah uolls banyak nyamuk kan....
  • Cara order sangatlah mudah. Melalui SMS pon boleh.
  • Tuan punya kedai update penghantaran.
  • Tuan punya kedai sangat ramah & berhemah walaupun cuma dalam sms.
  • Banyak pilihan warna dan harga. (opkosss iolls amik kaler merah hitam)
  • Harga yang sangat-sangat berpatutan.

Kat mana nak dapatkan item ni? Nah. TRY CARI DIA KAT SINI

Nanti kalau baby iolls dah besar sikit, kalau dia pandai main 'counter strike' dengan daddy dia, buleh la dia jadikan bumper dia ni sebagai 'kubu pertahanan' dia pulak. Al maklumla....kan anak askar. Kihkihkih.... 

Baby Cot

Untuk item ni, aku tak beli secara online. Sebab asben punya prinsip, untuk baby court, stroller, baby car seat...dia nak tengok real depan mata dulu baru dia buat pilihan untuk beli. Katanya, barang-barang macam ni kita kena puas hati dengan kualitinya dulu baru lah decide untuk beli. Kenapa? Sebab ia melibatkan KESELAMATAN baby.

Asben cakap lagi..... katakan lah kita beli baby cot online, kita tengok barang tu cuma dalam gambar aje. Pastu order dan barang sampai. Pastu kita letak anak dalam tu. Masa kecik, ok lagilah. Memang nampak kukuh. Sebab baby cuma guna untuk tidur. Cuba bila anak dah besar sket. Dah pandai 'main kaki' katanya. Kalau di terajangnya kayu baby cot tu...PAPP! Patah! Dan anak kita pun jatuh bergolek ke lantai. Sama jugak macam play pen yang biasa kita lihat berdindingkan material kain. Anak lasak sikit, pasti koyak, pastu anak jatuh berdebukk ke lantai.

(*_*) Jauh sekali pemikiran daddy kamu ni.....

Maka, kami pon pergilah ke sebuah kedai di Jln Macalister, Penang. Dekat-dekat dengan area Hospital Bersalin P.Pinang. Nama kedai tu Mum and Baby. So, kat sana kami telah beli satu baby cot ni dengan harga RM599. Dalam harga tersebut, kami dapat:

  • Baby cot (white color-rubber wood)
  • 7 in 1 bedding set (cover set yang warna coklat putih tu)
  • Yasumi Coconut Fiber Baby Mattress

Pada pendapat kami, kami dapatlah berjimat dengan harga ni sebab....7 in 1 bedding set tu kalau jual asing pon dah dekat RM 300. Tilam pon dalam RM100++. Plus, free delivery. Fence dia pon boleh di adjust dengan mudah oleh parents. Kata taukehnya....kalau dalam area Penang atau paling jauh pun Kulim, dia boleh buat penghantaran percuma saja. Malah siap tolong pasang lagi. Huhu. 

But, kalau uolls nak yang lagi mahal pun ada jugak. Kayu baby cot nya lebih berkualiti dan kukuh. Yang tu kalau bapak baby naik pon rasanya masih kukuh. Huhu!

Tapi cawangan untuk kedai Mum and Baby ni tak banyak dan masih belum sampai ke seluruh Malaysia. Hanya ada sesetengah negeri sahaja yang ada. Tapi jangan risau. Kalau uolls berminat, dan malas untuk pergi terus ke kedai, uolls masih boleh kunjungi kedai ni secara online dalam website depa. 

 Breastpump

Last but not least, breastpump. Yang ni adalah the latest item yang iolls beli secara online. Dan baru je sampai pagi tadi. Hihiks! Btw, untuk item yang ni, banyak sangat pakej yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Iolls amik pakej yang dapat sekali food and bottle warmer dengan harga cuma RM550. Btw, harga tahun lepas dalam RM599 tau. Tapi untuk promosi pembukaan tahun 2014 ni, depa bagi diskaun sket. So, iolls telah beli dengan harga RM550 aje with free postage. Ada jugak yang harga below than RM500 tau.

Ape yang iolls dapat dalam harga RM550 tu?

  • 1 SET FLEXI BREASTPUMP
  • BABY BOTTLE AND FOOD WARMER
(+ PERCUMA)
  • 2 STORAGE BOTTLES
  • POWER BANK 
  • NURSING BUSTIER (STANDARD SIZE)
  • POSTAGE

Untuk penceritaan yang lebih baik tentang set-set yang ditawarkan,silalah carilah akak Safuhah ni kat FB dia Breastpump Evelove .




So, selamat bershopping!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...