Day 38 of my confinement day.
Lately banyak dengar pasal kesah STALKER. Men'stalker' orang. Di'stalker' orang. Meninjau, meneropong, mencurik-curik tengok, menyiasat orang lain tanpa mahu diketahui oleh orang tersebut. Motif? Hanya si stalker yang tahu ape motif dia 'mengintai' orang lain secara senyap-senyap. Maybe atas sebab dengki, cemburu, admire, peminat atau mungkin jugak dia dah takde kerja. Pendekata menjadi 'unpaid private investigator' ini memang telah menjadi 'hobi febret' sesetengah orang especially di laman-laman sosial.
Kejap-kejap. Anak bangun. Nak ulit anak kejap.~
Ok, sambung balik. Aku pernah jadi stalker. Ada la sekali sekala. Motif? Saja. Suka-suka. Takde kerja. Hahaha~ Tapi sekarang dah ada anak ni, memang tak sempat kauuu Jahhh nak stalker orang. Anak aku asek 'stalker' aku je. Bila dia jeling je aku tengah menaip, tgh browse internet, aku tau dah dia mesti cakap dalam hati,'Mummy ooo mummy, dah takde kerja lain ke? Bagi saya minum susu lagi baik dari stalker orang.' LOL.
Pernah kena stalk? Rasa macam pernah. Euuuwww...feeling-feeling famos amos pulak kauuu ni ashu. Hahaha~ Takdela, actually pernah tau la ada sorang dua yang stalker kite. Kadang-kadang sampai sanggup buat account twitter/fb/insta 'palessu' sebagai kaedah untuk 'bersembunyi'. Tapi tak tau plak apa motif dia. Mula-mula memang rasa nak marah. Tapi, yess...hidup kena positif. Maka aku terfikir beberapa tips untuk mengatasi masalah si STALKER ni.
1. UPDATE YOUR PRIVACY SETTING
Kepada yang ada FB atau twitter, boleh tukar setting privacy korang serta-merta. Limitkan siapa yang boleh view page atau album-album korang. Jangan bagi satu dunia boleh tengok gambar korang kalau korang rasa gambar tu tak perlu menjadi tatapan umum. Bagi yang ada blog pon boleh private kan blog korang kepada orang-orang yang 'dibenarkan' untuk view sahaja. Tapi bagi aku, kalau taknak orang baca apa yang kita taip, baik tulis kat dalam diary je. Tak perlu ber'blog'. Hehe...
2. APPROVING FRIEND REQUEST
Approve lah acc member-member yang korang kenal sahaja. Jangan main approve je semua makhluk yang add korang. Kalau tak kenal dan tak sure, PM him/her privately. Yelah, ramai jugak pengguna acc FB dan twitter ni yang letak profile pic depa dengan gambar mata saja, bibir saja, gambar kasut, stokin, kereta, pendekata gambar yang tak bley describe siapa mereka sebenarnya. Dahla page dia pun di'private' kan.Tanya betul-betul siapa mereka, kenapa add kita. Tanyalah dengan berhemah, Insyaallah orang balas dengan berhemah. Tapi kalau depa berdolak dalik, tak payah pening-pening kepala. Ignore saje reply dan friend request dia.
3. STOP FOOLING/TRAP YOURSELF
Kalau tak nak orang stalk kite, stop buat status-status panas, buh gambar-gambar 'hot like chillies' korang. Kalau yang ada blog tu, stop buat cerita-cerita panas yang membuatkan orang yang dengki, sakit hati, 'terpukul' dengan kata-kata korang. Bak kata pepatah, Kalau takde angin, masakan pokok bergoyang. Tak giteeww?
By the way, ada org rasa 'terpukul' ke dengan entry/blog aku ni? Sumpah. Aku takde niat nak 'fire' orang. Aku cuma share tips apa yang aku rasa boleh share dengan orang lain. As I always remembered, positive thinking always lead to a better life. Peace yawww! (^_^)
4. THINK POSITIVE
Bagi yang pernah bercinta, kemudian putus, mesti ada rasa macam ex-girlfriend/boyfriend korang stalker korang kan? Tak pun rasa macam ex kepada pasangan kita sekarang sedang 'tinjau-tinjau' life kita. Easy. Kadang-kadang apa yang korang rasa tu ada betulnya. Mungkin depa nak tengok betapa 'indahnya' hidup kita dengan pasangan kita sekarang. Atau boleh hidup ke kita tanpa depa. In this case, be positive. Show your true life. Apa yang penting jangan biar kita hidup dalam kesedihan. Sebab mungkin 'sedih' kita tu jadi satu 'kegembiraan' pada orang yang stalker kita. Sekalipun life kita lepas putus dengan dia, tiada pengganti, cheer up yourself. Keep busy with your routine life.
Nanti kalau depa tengok life kita happy, depa makin sakit hati. Depa dah tak sanggup nak view page korang lagi. Hihihi. Main psychology aje sekarang. Tapi, ingat! Jangan menipu! Sebab bila korang create 'fake happiness', korang bukan sahaja tipu si stalker, korang juga sebenarnya menipu DIRI SENDIRI.
5. IGNORANCE IS A BLISS
Pernah tengok AC Mizal cakap ayat ni tak? LANTAKK KAUUU LAHH! Tengok lenggok badan dia tak masa dia sebut ayat ni? Rasa macam puas hati kan bila dapat cakap dan buat gaya macam tu? So, praktikkan. Hahaha~
Maksud aku, biarkanlah 'si pandir itu terjun dengan labu-labunya'. Buat apelah kita nak layan orang yang busuk hati, dengki, cemburu dengan kita. Sangat buang masa ye. Sangat. Kalau sekalipun depa stalker tu sekadar suka-suka. Biarkan. Cerr uolls feeling like uolls sangat retisss bila ada orang yang sanggup buang masa dan kuota internet dia hanya semata-mata nak stalker kite. Tak ke uolls rasa macam uolls ni Beyonce sangat? Tak ke? Bukan senang nak famous like Beyonce tau. Hehe...
So, hope korang bley apply tips tu untuk mengatasi masalah berhadapan dengan stalker korang tu. Oh by the way...kita patut berterima kasih pada si stalker tersebut sebab tanpa dia kita takkan dapat rasa yang diri kita ni glamor umpama Beyonce. Thanks Stalker. Hihihi!
p/s: aku tak pasti siapa yang sebenar-benarnya stalker aku kecuali sorang manusia ni je.
Suka sangat view blog aku dalam diam tau!
Pastu buat muka selamba je. Ingat orang tak tau ke?!
Ni dia orangnya. Huh~
Ye. Shuben aku.
Dia memang UNPAID PRIVATE INVESTIGATOR a.k.a STALKER aku.
Ekekekek.....
Jangan marah sayang...nak cheese cake tak? (^_^)
Dia memang UNPAID PRIVATE INVESTIGATOR a.k.a STALKER aku.
Ekekekek.....
Jangan marah sayang...nak cheese cake tak? (^_^)