Thursday, March 20, 2014

Your Husband: Which Level of Romantic? LOL. (^_*)

Hye.

Semua perempuan suka lelaki romantik kan? Of course la. Bila romantik, mesti terbayang pasangan kita kasik bunga, kasik coklat, kasik teddy bear, kasik macam-macam surprise, ingat semua tarikh special kita berdua, darling carry wife dia hari-hari. Bila dapat semua tu, rasa macam...owh indahnya dunia! Owh, bertuahnya saya jadi isteri dia! Ok, fine. Berhenti berangan. 

Actually, bagi aku romantik seorang lelaki ni aku bahagikan kepada 3 tahap iaitu:

1. Sangat Romantik
2. Romantik Suam-Suam Kuku
3. Hati Batu.

Semuanya ada pro and contranya. Let's do the research.

1. SANGAT ROMANTIK


Kalau dapat husband macam ni...memang sangat seronok. Rasa macam hidup umpama puteri. Sentiasa dibelai, sentiasa dijaga dengan manja, sentiasa ada kejutan gembira dalam hidup. Nak pegi keje, ada surprise, balik keje, ada present, nak naik bilik tido siap darling carry bini, nak makan kat luar tempah meja candle light dinner, hari biasa ke, hari-hari penting ke, semuanya ada kejutan. Lelaki macam ni tidak dinafikan menjadi dambaan bagi setiap wanita. Especially yang belum kahwin. Pantanglah tengok hero-hero romantik sikit, dia mesti dah berangan nak dapat suami seromantik watak/hero tersebut. Kemain lagi kan...?  Kalau yang dah kawin tu pulak, mesti lepas tengok drama/movie tu, merengek-rengek suruh husband dia jadi romantik macam tu. (*_*)

Kelebihan

Lebihnya lelaki macam ni adalah...hati wanita yang menjadi pasangannya akan sentiasa dijaga. Lelaki seperti ini akan pastikan setiap saat yang dia lalui dengan isterinya, akan dipenuhi dengan saat-saat romantik. Yang sentiasa akan diingati sampai mereka tua. Dia akan biasakan isteri/pasangannya dengan kehidupan yang penuh kejutan gembira. Walau macamana susah sekalipun nak sediakan kejutan, dia pasti akan laksanakan.

Kekurangan

Bila dah kata manusia, tak mustahil kalau hatinya boleh berubah. Kadang-kadang bila dia serabut, kalau bukan sebab curang sekalipun, mungkin sebab masalah kerja di pejabat, masalah kewangan atau masalah hidup yang lain, sikap romantik dia mungkin juga akan sedikit terjejas. Dia mungkin akan murung, mendiamkan diri, dingin, atau sikap baran tiba-tiba datang. Ini sudah pasti akan menjadi HAZARD kepada isteri/pasangannya yang sudah terbiasa dengan kehidupan romantik, terbiasa dengan kejutan gembira dan hadiah. Maka terdetiklah naluri negatif di kalangan hati isteri/pasangannya itu bahawa....

"Suami saya sudah berubah. Suami saya curang. Suami saya sudah tidak sayangkan saya lagi." 
Kemudian dia nangis meroyan. (*_*)

Tidak dinafikan, wanita hatinya mudah rapuh, mudah terasa, mudah berfikiran negatif, mudah selesa dengan keadaan yang telah menjadi rutin hidupnya. So, that is why aku kata lelaki romantik ini sebenarnya bahaya untuk perempuan...lagi-lagi perempuan yang tidak boleh menerima perubahan. Apetah lagi perubahan yang negatif.

2. ROMANTIK SUAM-SUAM KUKU


Fahamkan maksud suam-suam kuku? Bahasa mudahnya 'ala kadar' sahaja. Tak terlalu romantik sangat but yet tidak terlalu dingin. Kalau dia buat kejutan pun, dia buat sekadar yang sederhana. Yang termampukan oleh dia. Oleh poket dia. Huhu. Tidaklah sampai terpaksa bergolok bergadai demi untuk surprisekan bini dia. Hehe. Kalau ada rezeki lebih, adalah surprise yang mahal atau special sikit. Kalau rezeki takat cukup makan, surprise dia nampak macam tak surprise pon. LOL! Tak pun, dia langsung tak buat surprise/kejutan. Example. Dia dah tau hari tu hari jadi bini dia, dia pegi beli hadiah, dia balik rumah, dia terus bagi bini dia hadiah tersebut sambil kata dengan nada sederhana dan senyuman nipis...

"Nah, hadiah untuk awak. Selamat hari jadi sayang." 

Kiss sikit pipi bini, pastu dia menguap, masuk bilik dan tidur. Tak pun dia amik remote, buka TV dan tengok bola. Macam takde apa-apa berlaku.

Kelebihan

Lelaki macam ni, dia mudah untuk 'setting'kan masa yang betul-betul gembira, yang dia nak isteri/pasangan dia lalui. Sebab, perangai macam ni perempuan memang susah nak jangka. Nampak macam takde duit, alih-alih hadiah dia kemain. Mahal-mahal, special-special, romantik ala ala Romeo & Juliet lagi. Dia boleh buat surprise itu satu perkara yang paling susah untuk dilupakan oleh isteri/pasangannya. Yelah, sebab dia jarang-jarang nak romantikkan. So, bila jarang-jarang romantik, jarang-jarangla ada surprise nya. Hoho! Bila sekali dia buat surprise, bini dia kompem appreciate gila-gila. Kalau laki dia buat surprise hari ni, sampai 5 tahun lagi bini dia akan ingat. Setuju?

Atau kalau tak dapat hadiah/surprise pun, suami dia bagi kiss pon dah cukup buat dia senyum lebar sampai minggu depan dan bersyukur.

Kekurangan

Kalau dapat husband camni, isteri kena redha. Jangan tunggukan kejutan. Tapi tak salah menyimpan harapan. Sebab kalau mungkin nasib baik, hari jadi dia tahun ni ada surprisenya. Atau mungkin, taun ni husband dia lupa tarikh lagi. Hehe...jangan sedih lah. Itu normal. Majoriti lelaki memang susah nak ingat tarikh-tarikh penting. Kalau kita bagi hint pon, dia langsung tak ingat. Sebagai contoh....

Isteri: Sayang, ingat tak hari ni hari ape? (hint)
Suami: Hari ISNIN. Kenapa? Ada drama kat TV ke?
Isteri: (*_*)

Jadi, macam yang aku cakap awal-awal tadi, perempuan mudah terbiasa dengan rutin hidup dia. So, isteri yang dapat suami macam ni, dia akan lali. Kalau ada surprise, adelah. Kalau takde, it's ok. Jawapan mudah dalam hati...."Laki aku memang macam tu...tak hairanlah."

3. HATI BATU


Ini jenis lelaki yang takde perasaan. Hari jadi ke, anniversary ke...semuanya sama bagi dia. Takde bezanya dengan hari-hari yang lain. Even dia ingat sekalipun! Dia akan buat donno aje. Hoh! Apa pon tabbleeyyy.... (*0*)

Kelebihan

Advantage untuk lelaki macam ni ialah isteri dia takde keinginan langsung nak mintak apa-apa hadiah atau kejutan. Pendekata isteri dia dah 'immune' dengan perangai hati batu suami dia. Yelah, usahkan berharap, mimpi pun tak mampu. So, lelaki tak mudah pening kepala bila isteri merengek, merajuk sebab tak dapat sebarang penghargaan.

Kekurangan

Kesian kat bini la...hidup dia langsung tak exciting. Mak bapak mertua dia plak yang ingat anniversary dia dan suami. Suami dia? Harraamm.....isteri penat-penat memasak, jaga anak, uruskan rumah tangga, suami langsung tiada masa-masa khas untuk menghargai isterinya. Owh, sangat kejam lelaki macam ni. 

So, which level are your husband? 


Shuben aku level mana? 
(tukar nick utk hubby aku. Which means Ashu's Husband. Hoho!)

Yunk...kalau syg baca entry ni, nanti beritahulah saya which level is you, yek. 
Nanti saya belanja cheese cake Secret Recipe (paksa shuben mengaku) Hahaha~






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...