Tak terlintas pon dalam hati yang aku akan bersalin pada minggu ke 37 pregnancy. Memang tak di sangka sama sekali.
Walau ape pun, aku dan husband sangat-sangatlah bersyukur sebab Allah telah memudahkan proses melahirkan amanah yang telah Dia berikan pada kami. Baby lahir cukup sifat, sihat, normal, sempurna pendekata I really feel greatful since the day she was born.
Mari mengenang kembali saat-saat berdebar,cemas yet menggembirakan itu. (^_^)
10 Feb 2014
Aku bekerja macam biasa pada tarikh ni. Tak terlintas langsung akan bersalin pada minggu tersebut. By the way, 2 days before tarikh ni aku dah dapat tanda awal iaitu false contraction atau lagi mesra orang panggil Braxton Hicks. Baby mengeras sangat lama, kira-kira 15 minit selama 2 kali dalam masa setengah jam. Sampai aku rasa sesak nafas yang amat. Nak duduk tak kena, baring tak kena. Berpeluh-peluh dibuatnya. Masa tu cuak jugak sebab hubby was not around. Dia pi futsal tournament kat KL. Bayangkanlah kalau si kecik ni nak keluar jugak malam tu. Maunye malam tu aku drive sendiri pergi hospital. Hahaha! At last, dalam rasa cemas2 tu, aku call kakak yang duduk di Butterworth dan malam tu aku terpaksa tidur kat rumah dia sebagai langkah berjaga-jaga takut terberanak malam tu. Hehe...but the next day, keadaan jadi kembali normal. Mungkin si kecik dalam perut tu nak tunggu Daddy dia balik dari KL jugak baru dia nak keluar. Huhu...
Petang 10hb, aku amik picture kaki yang sembab dan bengkak melampau-lampau ni.
Punyalah bengkak dan sembab sampai kasut kerja aku langsung tak muat nak pakai. Nak masuk hujung kaki pun tak lepas. Kat situ aku da rasa lain macam je. Selalunya kalau bengkak pun, still boleh pakai lagi kasut tu. So, aku saja-saja sent gambar tu kat what's app tanyakan kat kawan-kawan yang dah berpengalaman melahirkan, adakah keadaan ni normal. Tapi, majority reply...
"Kau ni macam dah nak meletop je, ashu."
"Berapa minggu dah ni Ashu? Macam dah nak sampai masa je ni."
Tapi aku macam acuh tak acuh je lagi sebab takde sebarang tanda pun keluar. Air ketuban or darah. Sampailah malam 10hb tu, bila aku nak masuk tidur je, baby sekali lagi mengeras macam 2 hari lepas. Kali ni lebih sakit. Sampai aku berguling-guling atas katil. Hubby pon dah panik, terus ajak pergi hospital. Dan kami batalkan plan nak bersalin di Hospital Sg Petani sebab takut baby terkeluar tengah jalan. Huhu! Maka, Hospital Bersalin Pulau Pinang adalah pilihan paling cepat dan dekat. Malam tu husband bawak kereta macam bawak ambulan. Kemain lagi lajunya. Nasib baik jalan sedikit lengang sebab da nak tengah malam. Huhu...
Sampai je di hospital, doktor check bukaan, baru buka 2cm. Baby buat gimik je. So, malam tu kena tidur kat wad la jawabnya...
Tapi bayangkan, contraction macam tu punya kuat pun, jalan baru buka 2cm. Owh...aku terbayangkan macamanalah kuatnya contraction bila baby dah betul-betul nak keluar nanti. (*_*)
11 Feb 2014
Sangat berharap baby keluar pada tarikh ni sebab nak sama tarikh birthday dengan my mama, her grandma. Tapi sepanjang tarikh ni berlalu, bukaan masih 2cm. But contraction makin kerap. So, sepanjang hari tu aku dok menahan sakit jela. Tapi masih mampu makan dan minum. Pagi tu dapat injection ubat tahan sakit jugak. Mungkin sebab nurse kesian tengok aku buat muka sakit. Huhu. Bila ubat tu masuk dalam badan, memang sangat sakit. Rasa panas dan perit. Tapi ubat tu memang sangat power sebab tak sampai 2 minit aku kena inject, aku tertidur sampai ke petang!
Malam tu, memang tak boleh nak tidur. Contraction makin kuat. Tapi mata mengantuk yang amat. Akhirnya aku tidur-tidur ayam sambil duduk. .
12 Feb 2014
Masuk jam 1.30 pagi, makin tak tahan dengan contraction yang datang. Maka, untuk hilangkan rasa sakit, aku turun dari katil dan berjalan ke hulu ke hilir dalam wad. Masa tu dapatlah tengok ibu-ibu yang dah selamat melahirkan tidur dengan baby masing-masing. Ada baby yang menangis, ada yang tidur nyenyak sangat. Masa tu rasa macam tak sabar je nak tengok anak sendiri tidur depan mata. Mesti hilang segala resah, sakit dan berdebar. Mesti rasa tenang je. Kejap-kejap aku usap perut sambil dalam hati cakap "Baby, cepat keluar ok. Mummy tak sabar nak tidur peluk baby."
At last jam 2.45 pagi, aku panggil nurse sebab dah tahan sangat dengan contraction yang datang. So, doktor datang dan check bukaan. Alhamdulilah, akhirnya bukaan bergerak kepada 4-5 cm. Maka, bolehlah aku ditolak ke labour room untuk persediaan melahirkan. Tepat jam 3 pagi aku naik wheel chair ke LB.
Jam 4 pagi, doktor masih tak benarkan aku meneran. Sebab bukaan baru 5-6 cm. Katanya, kalau aku paksa jugak baby keluar dengan bukaan macam tu, aku akan membahayakan baby dan rahim aku. So, terpaksa la bertahan supaya baby tak keluar awal. Masa tu seksa dia hanya Allah saja yang tau. Contraction sangat sangat sangat sakit. Rasa macam nafas tu tak cukup, nyawa tu di hujung tanduk. Patutlah orang selalu cakap, hargailah ibu anda kerana ibu anda telah bersusah payah melahirkan anda. Sekarang baru aku faham maksud 'susah payah' tu dengan sebenar-benanrnya.
Jam 5 pagi, Rasa nak meneran sangat-sangat. Tapi nurse masih nasihatkan aku supaya tahan. Jalan bukaan masih belum mengizinkan baby keluar. Masa tu kat bibir aku tak henti-henti berzikir. Di kala-kala tu dalam kepala aku hanya fikir Allah, Mama Ayah, suami dan baby. Itu jelah yang jadi sumber kekuatan aku pada ketika tu. Mama dan ayah masih di kampung dan ambil masa untuk sampai ke Penang. Tapi mama sempat call dan bagi semangat sambil beritahu dia dan ayah akan sentiasa mendoakan aku dan baby dan mereka tak berhenti buat solat hajat untuk aku di sepanjang malam tu. Terima kasih mama, ayah. Itu pun dah cukup membantu walaupun mama ayah tak dapat berada di sisi aku ketika tu.
Tepat jam 6 pagi, dalam keadaan mamai-mamai dan sakit (mamai sebab sekali lagi disuntik dengan ubat tahan sakit) aku nampak kelibat husband berdiri kat sebelah sambil pegang lengan dan usap-usap lembut kepala aku. Masa tu rasa tenang sikit sebab salah seorang orang yang aku sayang ada kat sebelah bagi semangat. Tapi aku memang tak mampu nak cakap apa-apa. Aku just boleh pandang dia dengan pandangan yang lemah je lepas tu terlelap balik.
Dalam pada tu nurse dan doktor dah start buat preparation untuk aku melahirkan. Air ketuban aku dipecahkan.
Dan akhirnya tepat jam 6.20 pagi nurse benarkan untuk aku start push. Masa tu memang tak tunggu dah. Aku berusaha sedaya upaya sambil mulut nurse dan doktor tak berhenti-henti ajar aku cara yang betul untuk push. Husband terus bagi moral support sambil tangan dia genggam erat2 tangan aku. Saat yang sangat cemas tapi sangat memorable.
Jam 7.10 pagi, akhirnya zuriat kami...lahir dengan selamat melihat dunia. Saat yang paling lega dan tak boleh nak digambarkan gembiranya. Hilang segala rasa sakit mengandung dan melahirkan bila dengar suara dia menangis. Happy sangat bila tengok husband senyum lebar tengok anak kami. Sempat jugak dia cium dahi aku sambil bisik 'Terima kasih, sayang'. Owh, rasa nak nangis sangat masa tu. Lagi tak boleh nak cerita perasaan excited tu bila doktor letak baby atas dada. Bau dia sangat wangi walaupun masih belum dimandikan. Orang kata itulah bau yang dia bawa dari syurga (^_^)
Finally, I officially declared myself as a MUMMY. A proud mummy. Yes. I am a mummy. Dan malam ni, aku boleh tidur peluk baby sendiri. *senyum lebar*
No comments:
Post a Comment