Monday, April 21, 2014

Suffi Khaleefa Si Jantung Hati (^_^)

Busy sangat sekarang. Kemain lagi busy nye. 

Pertukaran fasa hidup kali ni lebih mencabar, sibuk tapi seronok. Betul cakap orang, bila jadi ibu, takde masa lagi nak duduk-duduk melepak tanpa aktiviti. Setiap masa perlu diisi. Aku ingat pesan mama. Pesan yang aku rasa telah dinobatkan sebagai 'Pesanan Keturunan'. Hoho~ Sebab pesanan ini telah dipegang turun temurun. Moyang pesan kat nenek --> nenek pesan kat mama --> mama pesan kat aku. Turun temurun la tu kan? (^_^)

"Bila anak tidur, kita jangan tidur sekali. Selesaikan apa yang patut. Kemas rumah, masak, basuh baju. Nanti anak dah bangun, takde masa lagi nak buat semua tu"

True. Bila Suffi dah bangun, aku memang tak boleh ke mana. Selagi dia buka mata, mesti kena ada orang depan mata dia. Kalau takde, dia merengek. Dalam buai pon macam tu. Selagi mata dia segar, selagi tu lah kita kena duduk depan mata dia. Kemain manja lagi kau kan, nak?


"Mummy...selagi saya belum tido, sila terpacak depan mata saya ok!"

By the way, azam kami suami isteri, bila Suffi keluar je melihat dunia, kami TAK NAK ajar dia tidur dalam buaian dan hisap pacifier. Atas alasan, kami tak mahu dia tak boleh hidup tanpa dua benda tu. Tapi, apakan daya, perancangan Allah itu lebih baik. Suffi tetap cari buaian dan pacifier. Sebelum ada buaian, naik ber'panda' dah mata mummy dia berjaga malam. Masuk je pukul 11 malam, orang semua masuk bilik nak tidur, dia pulak berjaga sampai pukul 3,4 pagi. Maka, mummy daddy terpaksa mengalah. Daddy akhirnya belikan buaian, sekali dengan mesin auto buai tu. Hoh~



Nampak? Selesa kemain lagi anak dara tu tido haaa....siap berkipas.


Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
Mummy nye pon dulu hisap pacifier sampai umur 2-3 tahun, kata Mak Wan.
Daddy pun sampai kena sorokkan pacifier nye baru nak berhenti, kata Mak Tok.
So, tak boleh nak salahkan Suffi jugaklah. Haha~


Tapi hidup kami suami isteri lebih bermakna bila ada Suffi. Walaupun nak ke mana-mana agak sedikit leceh sebab kena bawak dan prepare macam-macam. Pampers, baby bath/shampoo, breastpump, baju, stroller, minyak yu yee dan segala macam kelengkapan untuk dia. Tapi itu semua nampak small matter sebab kehadiran dia telah menepisss segala rasa kelecehan dan keserabutan tersebut. Tolak stroller dia pun dah rasa macam wonderful sangat. Rasa bangga bahawa kami adalah seorang Mummy & seorang Daddy. Buat kata Daddy, masa hari nak register nama Suffi kat JPN....

" Saya tak sangka ada seorang budak comel yang ber'bin' kan nama saya. 
Akhirnya, saya ada zuriat sendiri." (^_^)


Suffi --> Ahli Tasawuff
Khaleefa --> Wakil, khalifah


Kalau nak cerita pasal manja, mungkin semua orang dah sedia maklum...normal kalau anak perempuan sangat rapat dan manja dengan ayahnya. Macam tu lah jugak Suffi dan daddynye. Sampai mummy dia cemburu tahap dewa-dewa. (*_*)




See? Berkepit je keje depa. 
Tapi takpe, daripada Daddy berkepit dengan orang lain, 
baik dia berkepit dengan anak dia sendiri. Hoho~
Ok, Mummy tak kesah dah. (^_^)


Paling best, kalau time shopping, Suffi 'memerut', daddy akan 'settle' kan Suffi sampai jadi wangi semula. Mummy? Rilek-rilek goyang kaki la. Haha~ Thanks daddy. Jangan dengan anak 1st je rajin macam ni yek. (gaya cakap macam nak bagi Suffi adik je.) Hoho~




Kehidupan kami memang totally berubah. Kalau nak bergaduh pun akan fikir 2,3 kali sebab tak sampai hati bila tengok muka anak. See. Betapa besarnya berkat yang Allah bagi kepada seorang anak. Sebab tu Allah kata anak itu adalah amanah, anugerah dan pembuka pintu rezeki. Maka disebabkan itu, aku pelik sangat kenapa ada orang sanggup buang anak. (*_*)




Mummy SAYANG SANGAT kat kamu, nak!
Membesar dengan sihat dan jadi anak yang solehah yek.
Insyaallah....











No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...