3 bulan punya cuti akhirnya tiba ke hari-hari pengakhirannya. Selepas ini, rutin hidup ibu + surirumah akan bertukar semula kepada rutin hidup seorang isteri + ibu berkerjaya.
Fuhh! Bunyi macam hebat. Tapi, ketahuilah. Aku TAKUT dengan title tu. Title yang bukan semua orang boleh rasa, bukan semua orang boleh pikul. Salah step, sama ada suami & anak terabai atau kerja di office yang terabai. Tapi demi masa depan diri, anak dan keluarga, aku kena pikul apa jua title yang aku dapat. So, that I can always make sure:
--> belajar sekolah 4 tingkat, sijil besar karpet, training peluh jantan aku kat universiti dulu berbaloi
--> anak dapat kehidupan yang terbaik, masa depan keluarga aku terjamin.
Bukan senang, beb. Dulu, sebelum kahwin, bangun pagi boleh rilek2. Sempat tengok MHI, sempat dengar HITZ.fm lagi giteww sebelum pi kerja. Lepas kahwin, mula sibuk sikit, nak make sure keperluan dan breakfast husband siap untuk dia pergi kerja. Lepas dah ada anak, aktiviti pagi jadi lebih 'meriah' dan kelam kabut. I have to make sure keperluan aku nak pergi kerja lengkap, keperluan untuk suami tersedia, keperluan untuk hantar anak ke pengasuh cukup.
Itu pagi. Belum tengahari, nak jenguk anak, nak tanya suami da makan ke belum, nak lunch untuk diri sendiri lagi. Petang, nak pick up anak dari pengasuh dan cepat-cepat balik masak dinner untuk suami. Malam, tidurkan anak, tidurkan....eh! Suami tidur sendiri lah! Ekekekek...Tapi, pendekata, setiap masa tu aku kena buat TRIPLE TASK secara serentak. Tu belum start anak sekolah lagi. Fine. Aku bakal jadi SUPER MOMMY mulai minggu depan. Title baru yang aku percaya jauh lebih mencabar. (muka cuak)

To be honest, walaupun hidup terasa semakin kurang ruang untuk diri sendiri, tapi ianya lebih bahagia kalau nak dibandingkan dengan hidup zaman bujang dulu. Sekarang, walau nak buat ape sekalipun, 1st thing 1st aku kena fikir husband dan anak dulu. Settle tentang mereka, baru aku boleh proceed dengan apa-apa aktiviti atau tugas. Plus, aku kena jadi lebih super duper pantas dalam pergerakan dan pemikiran berbanding masa hidup bujang.
So, to those yang nak mendirikan gerbang perkahwinan, analyse diri korang dulu. Adakah anda sudah cukup bersedia untuk meninggalkan zaman bujang anda itu. Bukan nak menakutkan. Tapi nak tolong, supaya anda tak ter'confused' masa sendiri dengan fasa2 baru yang anda akan tempuh selepas berkahwin. Bagi aku, hanya orang yang betul2 bersedia je akan dapat meredah bahtera perkahwinan dengan tabah dan steady. Tapi, short words nya, kahwin dan ada anak tu bestttttttttttt....
SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA IBU-IBU DI DUNIA!
Tahun ni 1st time aku sambut Hari Ibu sebagai seorang Ibu! Horreeeyyyy!!!
No comments:
Post a Comment